.

Friday, 8 March 2013

Berita Lahad Datu Terkini : Jeneral Raja Muda Azzumudie & 51 Terbunuh? Jamalul Kiram III, Apa Tindakan Anda?

Berita Lahad Datu Terkini : Nampaknya bilangan anggota kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah yang terbunuh semakin bertambah. Kalau dikirakan semula sejak bermulanya pertempuran 1 Mac 2013 yang lalu, sehinggalah semalam sudah 52 orang penceroboh Lahad Datu Sabah yang terbunuh termasuk….

Termasuklah, seorang ketua penceroboh Lahad Datu berpangkat Jeneral tumbang iaitu Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
Gambar Azzumudie SULU Berita Lahad Datu Terkini : Jeneral Raja Muda Azzumudie & 51 Terbunuh? Jamalul Kiram III, Apa Tindakan Anda?

 

Berita Lahad Datu : Bilangan Kematian Penceroboh Militan SULU :

  1. 1 Mac 2013 : 12 terbunuh
  2. 2 Mac 2013 : 6 terbunuh
  3. 6 Mac 2013 : 1 terbunuh
  4. 7 Mac 2013 : 31 lagi terbunuh
  5. Berita Lahad Datu setakat ini, jumlah kematian 7 Mac 2013 : 52 penceroboh Lahad Datu telah terbunuh

Berita Lahad Datu : Kronologi Laporan PDRM Berkiatan Isu Lahad Datu!

 

  • Berita Lahad Datu pada 12 Februari 2013  : Pencerobohan Lahad Datu berlaku di mana kira-kira 150 orang bersenjata berpakaian tentera menceroboh masuk ke Felda Sahabat, Lahad Datu. Polis mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan itu meletakkan senjata mereka dan menyerah diri.
  • Berita Lahad Datu pada 14 – 28 Februari 2013 : Beberapa rundingan dijalankan di mana di antara penceroboh Lahad Datu Sabah dikenal pasti dari selatan Filipina (ada kaitan dengan ‘kesultanan Sulu’) dengan pihak polis  bagi mengelak pertumpahan darah.
  • Tarikh akhir rundingan krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah, Malaysia pulang secara aman pada 24 Februari 2013 lulus tetapi rundingan diteruskan untuk membolehkan mereka untuk berundur.
  • Berita Lahad Datu pada 1 Mac 2013 : Berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengakibatkan dua anggota polis Malaysia terkorban akibat serangan mortar. 12 penceroboh bersenjata ditembak mati polis.
  • Risalah digugurkan dari helikopter mengarahkan penceroboh bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo supaya menyerah diri.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada penceroboh supaya menyerahkan dan jika gagal berbuat demikian pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Presiden Filipina Benigno Aquino III menggesa penceroboh menyerahkan diri tanpa syarat.
  • Berita Lahad Datu pada 2 Mac 2013 : Insiden menembak di Kampung Simunul di Semporna di mana enam anggota polis terkorban dan enam lagi penceroboh terbunuh.
  • Seorang lagi penceroboh bersenjata, yang dikenal pasti oleh penduduk kampung sebagai seorang imam, juga dibunuh di Kampung Sinalang Lama oleh penduduk kampung selepas dia cuba menjadikan mereka sebagai tebusan.
  • Berita Lahad Datu pada 3 Mac 2013 : Polis menyelamatkan mereka yang terperangkap dan mengambil mayat.
  • Berita Lahad Datu pada 4 Mac 2013 : Tujuh batalion tentera telah dikerahkan ke Sabah. Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian
  • diisytiharkan sebagai “zon merah” berikutan laporan pendaratan lelaki bersenjata di sana.
  • Penceroboh dilabelkan sebagai “pengganas” selepas mesyuarat antara menteri luar Malaysia yang asing dan setiausaha luar Filipina di Kuala Lumpur. [Ini telah dipertikaikan oleh Manila].
  • Berita Lahad Datu pada 5 Mac 2013 : ”Ops Daulat” dilancarkan di mana tindakan bersama oleh pasukan keselamatan untuk menamatkan segera kebuntuan dengan pengganas di Kampung Tanduo untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Ini diikuti dengan operasi memburu dan membersihkan kawasan itu.
  • Berita Lahad Datu pada 6 Mac 2013 : Seorang pengganas bersenjata ditembak mati (11 pagi) ketika cuba untuk menyerang hendap pasukan keselamatan negara Malaysia  manakala yang lain melarikan diri dalam hutan.. Kawasan operasi diperluaskan. Keadaan keselamatan di bawah kawalan.
  • Gambar Raja Muda Azzumudie SULU Berita Lahad Datu Terkini : Jeneral Raja Muda Azzumudie & 51 Terbunuh? Jamalul Kiram III, Apa Tindakan Anda? Berita Lahad Datu pada 7 Mac 2013 : Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.
  • Sultan Sulu Jamalul Kiram III memohon gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah bagi mengelak lebih banyak meatian

  • Gambar Penceroboh Terbunuh Berita Lahad Datu Terkini : Jeneral Raja Muda Azzumudie & 51 Terbunuh? Jamalul Kiram III, Apa Tindakan Anda?  
  • Malaysia menolak gencatan senjata unilateral Sultan Jamalul Kiram III dan menuntut supaya pengikutnya di Kampung Tanduo, Lahad Datu menyerah diri tanpa syarat
  •  
  • Kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ketika ini.
  • Berita Lahad Datu pada 8 Mac 2013 : Beberapa mayat pengganas masih lagi belum berjaya dikeluarkan dengan  keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan

P/S : Apapun kami harapkan krisis Lahad Datu Sabah dapat ditamatkan dengan segera. Diharapkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III menurunkan ego anda dan menyerah diri dengan memerhatikan sendiri keadaan yang menimpa anggota anda ketika ini termasuklah adik anda sendiri yang telah terbunuh. Jangan hanya menurut perasaan tamak semata-mata untuk kepentingan sendiri sahaja. Mahu tunggu sampai bila lagi?

PP/S : Apapun pasukan polis dan tentera telah menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan baik sekali. Apa respon anda pula melihat perkembangan dan berita Lahad Datu ketika ini?


-BERITA SEMASA

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Head Hunters Soul.'s avatar

Head Hunters Soul. · 646 weeks ago

Jamalul Karam 111, apa tindakan anda?..... Cuba cubalah minta tolong ngan Power Rangers atau lampu ajaib Aladin....kwang kwang kwang.
syukur alhamdulillah...tahniah pdrm,atm...anda semua pejuang sejati...
kekuatan malaysia memang tidak boleh dipandang remeh...jangan sesekali untuk menganggu gugat malaysia lagi...inilah akibatnya...
alhamdulillah..semoga semua selamat hendaknya bg seluruh rakyat malaysia terutama di sabah amnya..termasuk lah warga atm serta pdrm..moga jasa mereka sentiasa di kenang..harap apabila sudah aman jgn lah kita saling bergaduh..tumpu kan kepada agenda yg terbaik demi negara..kpd pasukan yg terlibat mohon pihak kerajaan berilah penghargaan kpd pasukan keselamatan yg terlibat spt pingat atau sbgnya,,bkn apa sbg tanda mnghargai dr rakyat malaysia.
RUDY SARXZO's avatar

RUDY SARXZO · 645 weeks ago

KALAU DAH KITER DPT BUKTI ADA RAKYAT KITER BWESEKONGKOL DGN PENGGANAS...MEREKA JUGAK ADALAH PENGGANAS DAN HARUS MENERIMA HUKUMAN PELURU MULIA DARI ATM DAN PDRM. HANYA ITU SAJER JALAN. JAGAN DIBERI PILIHAN. JIKA ADA PILIHAN LAGI LAH LEMAK. KITER HANYA MAHU RAKYAT YANG PERLUKAN KEDAMAIAN ,SENANG CARI MAKAN UNTUK ISI ALAS PERUT ANAK2. KEPADA MEREKA YANG TAK RETI BACA N HAYATI RUKUNEGARA KITER....ANDA TAK LENGKAP LAGI SEBAGAI RAKYAT MSIA YANG SAYANGKAN YANG SIPERTUAN AGONG KITERRRRR

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist