Terdapat kebimbangan
bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap
tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti
pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad
Datu.
Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk mungkin akan
berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di
peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang
"dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci
terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.
Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan
persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan
Pembangkang boleh dipatahkan.
"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak
memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat
tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas
terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah
strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.
"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah
memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang
lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim
sebagai dalang di sebalik kejadian.
Saya tidak fikir ia adalah sesuatu
yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara
ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika
mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang
dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk
menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan
mereka dalam pilihanraya yang akan dating.
Kita sudah begitu hamper pada
pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk
mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga
perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar
Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak
dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."