KUALA
LUMPUR : Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah
kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat
Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan
pasukan keselamatan Malaysia.
Abraham Idjirani,
jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'Syaitan' Sulu
Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai
'lelaki gugur' itu dari sumber di Sabah.
“Apakah
Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani
merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.
“Asas
kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari
sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah
rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari
Philippine Daily Inquirer.
“Untuk
mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di
mana mereka ditangkap,” katanya. “Jika mereka ditangkap di luar Lahad
Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].
“Mereka
cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan
Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka,” tambah Idjirani.
Beliau
mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai
Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja
“Ling Mad Salli” oleh Idjirani).
Idjirani
mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang
terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1
Mac.
Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.
Akan
tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, Pengerusi Jabatan
Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan yang
didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah rakyat
Filipina.
Salleh
memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai kerakyatan lapan
lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara Malaysia Tan Sri
Abdul Gani Patail pada Khamis malam.
Bagaimanapun,
SLA memuat naik di laman sesawang meraka pihak berkuasa Malaysia bukan
sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga rakyat Malaysia dalam operasi
keselamatan untuk menamatkan pencerobohan kumpulan yang mendakwa diri
mereka memegang takhta kesultanan Sulu.
Pihak
berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki mempunyai kaitan
dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.
Lapan
yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan dihadapan Hakim
P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk menghadapi
pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap mereka sehari
sebelum itu.
Kalbi,
Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan keganasan di
Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan seumur hidup.
Atik
Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan juga
melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati
bersalah, mereka akan dihukum mati.
Kadir
Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas, dan
menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas
tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera
Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan
kumpulan Agbimuddin.
Tiada
pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan oleh
Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula pada
12 April.
Dalam
satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur
mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan
diberikan bantuan guaman.
Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. (TMI)