Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara,
Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang
terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan
menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan
negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa
berdarah ini.
Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga
asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam
menyelesaikan isu ini?
Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil
mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa
yang berlaku.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum KEADILAN)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46269
2 remaja sengaja rentang tangga tengah jalan
1 hour ago