Apabila BN kehilangan
dua pertiga majoriti yang setelah sekian lama dipegangya di Parlimen,
ramai menyalahkan Khairy Jamaluddin dan Abdullah Badawi bapa mertuanya,
yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, parti
yang dominan dalam parti pemerintah.
Tiada seorang pun pemimpin UMNO-BN dan penyokongnya akan mengakui
bahawa prestasi mereka hambar dan telah menjadi semakin teruk akibat
rasuah, dan perbalahan dalaman. Tidak, ahli-ahli UMNO sudah biasa mejadi
‘raja penyamun’ sudah terpaksa mencari seorang untuk dijadikan kambing
hitam. Tiada seorang pun yang bermuhasabah diri dalam mencari jawapan.
Ketua UMNO dari cawangan ke bahagian kepada pusat, berteriakan mahu
membalas dendam - ia bukan salah mereka dan seseorang akan menjadi
mangsa dipersalahkan.
Orang semestinya Badawi, yang telah melakukan sedikit kerja, tidur di
mesyuarat manakala menantunya menguruskan pentadbiran dan didakwa telah
mampu meraih banyak keuntungan pada masa itu. Tetapi yang pentingnya
disini adalah permainan siapa yang patut dipersalahkan – inilah caraUMNO
membersihkan dirinya. Ia hanya tahu bagaimana untuk menyapu kotoran ke
bawah karpet dan itulah sebabnya ia terus kekal kotor dan semakin parah.
Jadi, apabila krisis seterusnya datang, rakyat Malaysia tidak perlu
terkejut jika UMNO mengheret si 'kambing hitam' yang lain, tidak kira
setinggi mana status orang itu pada masa ini.
‘Budak suruhan’ Deepak jadi berpaling tadah: Apa dah jadi?
Malangnya, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Badawi,
harapan ahli UMNO untuk memulakan lembaran baru bagaikan jatuh ditimpa
tangga. Bukan sahaja Najib dibelenggu skandal, dia juga memikul iaitu
isterinya, yang terbukti telah mengeruhkan lagi keadaan.
Pada usia 61, Wanita Pertama Malaysia ini sering menjadi ejekan yang
berbisa. Nama jolokan FLOM yang diberi kepadanya dikatakan singkatan
untuk Fat Lady of Malaysia (Wanita tergemuk di Malaysia).
Ya, Rosmah
yang sukakan muzik dan tarian tidak menunjukkan bentuk tubuh yang
sepadan dengan minatnya itu. Walaupun dia nampak sedekad lebih muda
daripada umur sebenarnya, namanya sudah cukup menggerunkan hati pembantu
rumahnya, teman-temannya dan juga suaminya serta rakan sekerja suaminya
dalam pentadbiran kerajaan dan juga di arena politik.
Tiada siapa yang berani menganggap Rosmah bodoh walaupun dia gemar
menunjuk-nunjuk, berbelanja di gedung-gedung mewah. Dia merupakan
autoriti di sebalik takhta Najib dan pembuat keputusan dalam situasi
yang sukar atau rumit yang menimpa mereka. Baru-baru ini telah
didedahkan oleh bekas budak suruhannya Jaikishan Deepak, seorang peniaga
permaidani yang memberitahu bahawa dia telah ‘meminta bantuan’ darinya
untuk mendapatkan bantuan selepas akuan berkanun yang kontroversi telah
disebarkan yang membabitkan dirinya serta Najib dalam kes pembunuhan
seorang warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu .
Dari kawan rapat, Deepak tiba-tiba bertukar menjadi penyangak
'wisel-blower' selepas dikatakan berpatah arang dengannya. Mereka yang
rapat dengan Rosmah tahu ini adalah sesuatu yang amat mencurigakan.
Walau bagaimanapun, Deepak kini sedang mengambil peluang untuk menjaja
cerita-cerita yang kurang enak mengenai Rosmah, yang juga dituduhnya
mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk membekukan pinjaman
perniagaannya dan juga akaun-akaun monetary yang lain.
Begitu angkuh
Tanpa mengira sama ada Deepak bersandiwara untuk Rosmah atau
musuhnya, Perkara pertama yang perlu dilakukannya adalah menjadi isteri
yang membantu menaikkan imej suaminya. Perkara itulah yang paling
penting dan bukan menyeretnya lagi ke dalam longkang. Dimata mereka yang
alim, dia tidak menunjukkan imej solehah manakala bagi mereka yang
liberal, dia tidak memainkan peranan yang sepatutnya tetapi telah
terlibat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya sebagai isteri
seorang perdana menteri. Ramai pengkritik telah membandingkannya dengan
isteri perdana menteri sebelumnya dan sedih sekali, kesimpulan mereka
adalah dia tidak mencapai 'standard' itu.
Namun, dia merupakan seorang yang berpendidikan, tinggi dengan ijazah
Sarjana dalam Sosiologi dan Pertanian dari Negeri Amerika. Dia juga
pernah bekerja sebagai seorang ahli perbankan dan pengurus pembangunan
perniagaan sehinggalah dia berkahwin dengan Najib pada tahun 1987. Jadi,
apa yang tidak kena pada Rosmah, dan mengapa rakyat Malaysia begitu
benci padanya?
Di mata rakyat, dosa pertama Rosmah adalah terlalu banggakan dirinya.
Ya, dia telah menjadi begitu angkuh. Mungkin, dikaburi oleh kuasa yang
diperolehinya melalui kedudukan suaminya, Rosmah telah menjadi sombong.
Dia tidak memahami rakyat dan mereka tidak akan memaafkan dirinya kerana
keangkuhannya itu. Ini adalah sebab kenapa apabila sesuatu berlaku,
seluruh negara begitu gembira menuduhnya bersalah. Perempuan ini adalah
contoh klasik bagi seorang wanita yang dibenci ramai.
Kerana menonjol dia jadi sasaran
Sebenarnya, dia layak menerima herdikan masyarakat yang tidak
mempercayainya. Tidak dinafikan ada dia sering menarik perhatian awam
dengan isu yang tidak kena. Oleh itu, mereka cenderung untuk mempercayai
bahawa bukanlah seorang yang baik seperti yang sering digembar
gemburkan. Malah saudara-maranya sendiri dan orang-orang kampungnya juga
membuka pekungnya di Youtube bahkan dirinya dikatakan ibarat ahli
sihir.
Dia sendiri sering menunjukkan bahawa dirinya seorang yang luhur
seperti bergegas terbang ke London untuk memberi semangat kepada wira
badminton negara Lee Chong Wei di sukan Olimpik baru-baru ini. Rakyat
Malaysia menjadi jengkel pada apa yang mereka anggap sebagai cara untuk
menampakkan dirinya ikhlas dengan cuba mengambil hati semua dengan
berpura-pura memberi sokongan kepada ahli sukan, kerana itu, rakyat
terus menyalahkannya sebagai pembawa malang. Ya, Chong Wei telah tewas
pada permainan itu.
Tabiat membeli belahnya yang lagenda termasuk pembelian cincin
berlian bernilai US $ 24 juta memalukan Imelda Marcos umpama pembelanja
amatur di 'pasar-malam'. Koleksi beg tangan Birkin Rosmah yang terkenal,
kontroversi anugerah kedoktoran kehormat yang diperolehinya, pangsapuri
mewah di New York ditambah lagi dengan besan popularnya, Maira
Nazarbayev, seorang wanita sosialit Kazakh yang dituduh sebagai penipu
antarabangsa, hanya manambah kepada reputasinya yang sudah tercalar
sebagai FLOM.
Perlu diingatkan bahawa lanjutan daripada itu, Najib juga akan
disifatkan 'tidak sesuai sebagai PM' dan ini sedang berlaku. Semakin
ramai dalam parti UMNO mahu dia mengundur diri dan khabar angin bertiup
kencang mengatakan sesuatu sedang dirancang untuk menjadikan Rosmah
sebagai mangsa. Dia tidak mungkin akan terlepas kerana beberapa orang
musuh sinisnya sedang mendesak.
Walau bagaimanapun, kisah Rosmah Mansor masih boleh berakhir dengan
sesuatu yang berbeza – mungkin juga dia akan menemui kebahagiaan yang
tidak disangka-sangka. Sila baca lagi.
..
Mahukan jawatan presiden tanpa memburukkan UMNO
Mereka yang terdiri dari orang atasan UMNO yang mahu untuk
menggantikan Najib dengan orang lain sudah pasti mahu mengetengahkan,
kesilapan Najib, masalah dan sebagainya. Tetapi jika mereka mula
memburukkan namanya sekarang - PM yang juga Presiden UMNO - rakyat pasti
tidak akan mengundi UMNO-BN pada pilihan raya umum yang akan datang,
yang mesti diadakan selewat-lewatnya menjelang pertengahan 2013.
Jadi mereka perlu mencari cara lain yang kurang nyata. Mereka mesti
menggunakan muslihat. Dan di sinilah masalah mereka akan bermula. Bagi
panglima UMNO yang terkenal dengan sikap tidak sabar, tangkas dan
kedalaman fikiran.
Sementara itu, Najib telah cuba untuk melindungi dirinya dengan cuba
memastikan bahawa UMNO-BN bergantung kepadanya. Sejak memegang jawatan
itu pada tahun 2009, dia telah membelanjakan beratus-ratus juta untuk
membina imejnya. Malah kini, pakar perancangnya terus cuba untuk
menegakkan kenyataan bahawa walaupun UMNO-BN bukanlah jenama yang boleh
menang, Najib masih pemimpin yang paling popular tanpa ada pengganti
yang sesuai.
Sedih untuknya juga, rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai kenyataan itu.
Tiada yang bersimpati dengannya mahupun Najib atau UMNO
Cara di mana Deepak dengan kejam telah menyerang sahabatnya yang
pernah berjasa padanya tanpa memberi mempedulikan kedudukan si suami
sebagai PM Malaysia, sungguh menakutkan. Ada sesuatu yang sedang
berlaku. Khabar angin menyatakan UMNO dipenuhi dengan cakap-cakap
termasuk kebarangkalian bahawa Najib mungkin berundur sebelum pilihan
raya umum ke-13 bagi membolehkan UMNO-BN bertanding tanpa ditenggelami
skandal.
Namun, masalah yang menghantui UMNO-BN lebih rumit daripada Najib dan
Rosmah. Respons kepada buku Rosmah yang dilancarkan baru-baru ini bukti
bahawa dakwaan skandal yang dibangkitkan terhadap dirinya adalah bukti.
Walaupun buku cepat dikeluarkan, ia tidak membuat sebarang impak
seperti yang diharapkan. Tiada sedikit pun rasa bersalah di kalangan
rakyat Malaysia yang menunjukkan mungkin mereka telah tersalah sangka
Rosmah - lambang kebobrokan UMNO. Ketiadaan perasaan bersalah pada
Rosmah, Najib dan UMNO satu lagi peluang untuk memerintah negara
menampakkan potensi kesudahan yang buruk bagi BN di peti undi.
Pada masa ini, sudah jelas bagi panglima UMNO yng berpecah belah
bahawa mereka mesti meneruskan dengan rancangan sandaran mereka. Dengan
tenggelamnya kapal lanun UMNO secara perlahan-lahan, sudah pasti, Rosmah
akan dicampak ke dalam laut untuk mengurangkan beban. UMNO, malah Najib
sendiri, boleh menuding jari mereka pada Rosmah. Dia dan cincin berlian
AS $ 24 juta yakni ‘cincin berapi’nya akan menjadi kambing hitam mega
seterusnya dalam UMNO selepas Badawi.
Rosmah, HEROIN KITA!
Tetapi Rosmah bukan 'ayam kampung' atau Bimbo (wanita bodoh),
sikapnya akan memastikan dia tidak akan menerima kekalahan tanpa
sebarang pertarungan ganas. Dan ini adalah berbahaya bagi UMNO dan juga
Najib.
Rosmah mengetahui rahsia suaminya lebih baik daripada sesiapa pun dan
jika dia pasrah pada permintaan kepimpinan jahat UMNO, termasuk bekas
pemimpin Mahathir Mohamad, Rosmah tidak akan memaafkannya. Daripada
menjadi orang yang jatuh dalam usaha untuk membebaskan Najib untuk
membenarkan Najib terus naik di arena politik tanpa dirinya disisi,
Rosmah mungkin lebih rela memusnahkannya!
Ya, Rosmah menyimpan terlalu banyak rahsia dimana broker kuasa UMNO
yang kejam seperti Mahathir boleh mengambil kesempatan. Tetapi bukannya
pendek akal. Jangan tersilap perhitungan, Rosmah menyimpan rahsia hitam
musuhnya dalam diary sendiri 'rahsia kotor' orang UMNO terhadapnya,
mungkin dia tahu dua bahkan lebih dari itu tentang mereka!
Dengan bertarung dan memperjudikan segalanya termasuk mendedahkan suaminya sendiri - Rosmah juga mungkin akan menjadi entit
yang akan memusnahkan UMNO untuk rakyat. Apabila ini berlaku, Rosmah
akan melakukan satu pencapaian yang besar kepada rakyat dan Negara. Ini
akan menjadi penebusan dosa bagi semua perbuatan yang telah dilakukannya
selama ini.
Bagi panglima UMNO yang gila kuasa, Rosmah akan menjadi sumpahan
mereka. Kepada suaminya - sedih untuk diakui, keliru dari awal hingga
akhir - ia boleh menjadi satu rahmat dan juga satu permulaan baru. Tanpa
Rosmah mendesak Najib, dia mungkin lebih gembira bermain golf dan
menjalani kehidupan bebas dengan wng berbilion-bilion yang didakwa telah
dikumpul mereka bersama.
Bagi rakyat Malaysia, mungkin dia akhirnya diiktiraf sebagai
penyelamat mereka - penghormatan dan kekaguman yang sudah lama
didambakan olehnya. Akhirnya, tiada lagi Rosmah malang yang jahat atau
si boros ‘Bik Mama'. Hanya Rosmah Mansor, HEROIN KITA! Akhirnya!
Malaysia Chronicle