Oleh: Shahbudin Husin
Kehadiran sekumpulan mahasiswa yang menamakan diri mereka Gerakan
Mahasiswa PRU 13 atau GM13 di Pekan telah mencetus kemarahan orang-orang
Najib sehingga kumpulan mahasiswa itu diganggu, dimaki hamun malah ada
mahasiswa perempuan yang dikasari serta ditarik tudung mereka. Walaupun
kerajaan telah membuat keputusan membenarkan mahasiswa aktif dalam
gerakan politik luar kampus dan bertanding dalam pilihanraya, insiden
yang berlaku di Pekan iaitu kawasan pilihanraya Najib sendiri
memperlihatkan bahawa UMNO dan Perdana Menteri sebenarnya masih tidak
bersikap terbuka dalam perkara ini.
UMNO dan Najib sebenarnya hanya mahu mahasiswa menyokong UMNO dan
kerajaan tetapi tidak bersedia membenarkan mahasiswa menyokong pihak
lain.
Sebelum ini GM13 telah pun membuat keputusan untuk meletakkan calon
mereka bertanding Pekan sebagai mesej bantahan golongan mahasiswa
terhadap kepimpinan Najib. Blog ini sendiri beberapa bulan lalu ada
menyiarkan artikel berdasarkan maklumat daripada sumber pelajar
Universiti Malaysia sendiri tentang kemungkinan mahasiswa meletakkan
calon menentang Najib dalam pilihanraya akan datang ini.
Kini semuanya sudah sahih. Mahasiswa akan bertanding di Pekan. Dan
kehadiran mereka di Pekan baru-baru ini ialah untuk mengedarkan risalah
kepada penduduk mengenai hasrat itu serta isu-isu yang melingkari
kehidupan mahasiswa yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan Najib.
Ia sebagai petanda awal keseruisan mereka untuk meletakkan calon
menentang Najib di Pekan.
Malangnya kehadiran mahasiswa itu telah menimbulkan rasa kurang senang
segelintir puak dalam UMNO Pekan dan mereka telah dikacau-ganggu serta
dikasari. Klip video mengenainya kini tersebar luas di dunia maya dan
jelas memperlihatkan bagaimana UMNO Pekan yang dipimpin oleh Najib
sebenarnya tidak bersikap terbuka dengan amalan demokrasi.
Najib seolah-olah tidak boleh diganggu oleh sesiapa sedangkan beliau
sebelum ini mengatakan Anwar dan PR akan mencetuskan huru-hara jika
kalah pilihanraya. Beberapa pemimpin UMNO lain termasuk Mahathir juga
mengeluarkan kenyataan yang serupa. Anwar dan PR dianggap tidak akan
berdiam diri jika kalah pilihanraya akan datang ini akan mencetuskan
keadaan yang tidak aman. Keupayaan Anwar menggerakkan kebangkitan rakyat
dalam beberapa isu seperti peristiwa Baling 1974, selepas dipecat
daripada kerajaan pada 1998 dan beberapa siri demonstrasi sejak
kebelakangan ini telah dijadikan sandaran untuk mengaitkan Anwar dan PR
dengan huru-hara yang kononnya bakal berlaku itu.
Tetapi sekarang dengan sekumpulan puak dalam UMNO Pekan cuba berlagak
samseng dan mencetuskan huru-hara terhadap mahasiswa di Pekan jelas
membuktikan bahawa UMNO dan Najib bukan saja tidak sedia menerima
kekalahan, malah tidak sedia menghadapi tentangan sekalipun. Jika benar
bersikap terbuka dan kerajaan sendiri membenarkan mahasiswa aktif dalam
politik, kehadiran mahasiswa di Pekan itu seharusnya disambut dengan
tangan terbuka.
Walaupun kumpulan mahasiswa yang dikasari itu terpaksa pulang
tergesa-gesa ke Kuala Lumpur kerana bimbang keselamatan diri terancam
tetapi mereka tetap akan kembali lagi ke kawasan itu dengan matlamat
yang sudah dimuktamadkan.
Selain di Pekan, beberapa insiden ala samseng dan kacau ganggu terhadap
ceramah dan program PR juga sudah banyak kali didengari dan dilaporkan
sebelum ini. Selain kenderaan dirosakkan dan bas jelajah merdeka Anwar
disimbah cat, beberapa insiden lain yang berupa gangguan seperti
merosakkan poster dan gangguan melalui kumpulan anak muda bermotosikal
turut juga berlaku sejak kebelakangan ini.
Semua ini memperlihatkan seolah-olah UMNO dan BN mula menggerakkan
sesuatu jika kalah pilihanraya nanti. Mereka bukan saja tidak sedia
kalah di Pekan tetapi juga tidak sedia terlepas Putrajaya. Amaran Najib
sebelum ini bahawa Putrajaya akan dipertahankan dengan apa cara sekali
pun adalah cerminan awal bahawa tindakan ganas dan huru-hara bakal
berlaku jika mereka kalah nanti.
Tetapi untuk melindungi hasrat terlindung itu, Anwar dan PR telah
dituding akan mencetuskan huru-hara walaupun hakikatnya pembangkang di
negara ini telah dapat menerima kekalahan dalam pilihanraya sejak 12
kali pilihanraya yang lalu lagi. Tiap kali pembangkang kalah, tiada
huru-hara yang tercetus.
Berbeza dengan UMNO dan BN, mereka telah menang 12 kali pilihanraya yang
lalu tetapi kemungkinan akan kalah kali ke 13 ini. Sudah tentu kuasa
yang dipegang selama 12 kali pilihanraya itu mahu dipertahankan lagi.
Keseronokan terlalu lama berkuasa mungkin menyebabkan nikmat kuasa itu
tidak mahu dilepaskan semudah itu.
Walaupun UMNO berhujah bahawa mereka juga sedia menerima kekalahan dan
huru-hara tidak pun berlaku setelah kalah di Selangor, Perak, Pulau
Pinang, Kedah dan Kelantan dalam pilihanraya tetapi kekalahan di di
peringkat negeri dengan kekalahan di peringkat Pusat adalah berbeza.
Lagi pula dalam pilihanraya lalu, kekalahan di beberapa negeri itu tidak
disangka dan mereka tidak sempat merancang sesuatu. Ketika itu mereka
alpa dan tidak bersedia apa-apa.
Kali ini UMNO nampaknya macam sudah bersedia. Apa yang berlaku di Pekan
dan beberapa insiden kacau-ganggu terhadap PR memperlihatkan UMNO dan BN
lebih berpotensi mencetuskan huru-hara berbanding PR jika kalah dalam
pilihanraya nanti.
Kebimbangan UMNO Pekan akan kemungkinan Najib bakal kalah di Pekan
bukannya tidak berasas. Ini kerana Najib dalam pilihanraya 1999 cuma
menang tipis 241 undi, malah ada laporan mengatakan Najib sebenarnya
sudah pun tewas ketika itu. Ketika suasana cemas dan kelam-kabut waktu
itu, tiba-tiba dikatakan muncul beberapa karung undi pos yang akhirnya
menyebabkan Najib cuma menang 241 undi saja. Cemas tapi lega akhirnya.
Meskipun sejak hampir kalah pada 1999 itu, proses penambahan pengundi
baru giat dijalankan di Pekan termasuk dakwaan wujudnya beberapa
perkampungan baru yang dihuni oleh rakyat asing dan Najib menang dengan
puluhan ribu undi dalam pilihanraya selepas itu tetapi hakikatnya
bukanlah sesuatu yang mustahil Najib boleh dikalahkan di situ.
Kacau ganggu dan tindakan ala samseng terhadap mahasiswa di Pekan
baru-baru ini tidak lebih memperlihatkan kebimbangan UMNO dan BN
mengenai masa depan Najib sendiri. Kuasa Najib cuba dipertahankan dengan
cara menakut-nakutkan penentangnya dan sudah tentu kumpulan ini akan
mencetuskan kekacauan jika Najib tewas. Jika di Pekan ia boleh berlaku,
tidak mustahil ia juga boleh digerakkan di tempat-tempat lain.
Malah jika di Pekan Najib cuba dipertahankan dengan lagak ala samseng
dan ugutan, kuasa Najib di Putrajaya juga boleh dipertahankan dengan
kaedah yang sama. Huru-hara dan kekacauan lebih berpotensi berlaku jika
BN tewas dan Najib kehilangan jawatan Perdana Menterinya. (SH
17/02/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-