Dalam tempoh beberapa hari, sudah ada 
beberapa pemimpin kerajaan tampil memberikan kenyataan & ramalan 
masing-masing mengenai nasib negara dan rakyat Malaysia selepas 
Pilihanraya Umum ke 13. Andaikata tersilap memberikan undi, buruk padahnya.
 Gambaran yang diberikan amat-amat menakutkan. Antara ramalan yang 
dikemukakan, kami mulakan dengan ramalan Datuk Seri Najib  terlebih 
dahulu iaitu….
Ramalan Datuk Seri Najib Razak
- Mata wang jatuh : Kenapa mata wang boleh jatuh pula? Kebiasaannya mata wang akan jatuh disebabkan krisis ekonomi. Krisis ekonomi Asia yang berlaku sekitar tahun 1998 – 1999 dahulu agak teruk, berapa banyak yang terpaksa gulung tikar. Adakah disebabkan bertukar kerajaan?
- Inflasi meningkat : Inflasi meningkat disebabkan kenaikan harga barangan. Sekarang ini inflasi di Malaysia dalam keadaan trend yang semakin meningkat naik yang mana kuasa beli semakin mengecil (KLIK SINI). Adakah semua ini berlaku disebabkan bertukar kerajaan?
- Sektor perlancongan lumpuh : Lazimnya, apa yang kami sedia maklum selama ini biasanya kalangan pelancong takut datang ke sesebuah negara adakah disebabkan faktor-faktor seperti bencana alam, perang, rusuhan, wabak penyakit. Adakah tetap juga dikatakan bertukar kerajaan sebagai faktor kejatuhan sektor perlancongan?
- Keselamatan negara tidak terjamin: Adakah semata-mata disebabkan bertukar kerajaan?
Apa asas dan rujukan ramalan 
berlandaskan kenyataan seperti di atas ini? Cuba senaraikan kekecohan 
apa yang dimaksudkan sebenarnya, sehingga mengatakan keselamatan negara 
tidak terjamin. Kumpulan mana yang bakal membuat huru-hara dan kekecohan
 itu? Perincikan?
Dengan memberikan kenyataan tidak bertanggungjawab ini, sangat sesuai
 untuk kami bandingkannya dengan petikan kata-kata Tony Benn (bekas Ahli
 Parlimen Britain) dalam documentari Sicko.“Keeping people hopeless and pessimistic – see I think there are two ways in which people are controlled – first of all frighten people and secondly demoralize them” – Tony Benn“An educated, healthy and confident nation is harder to govern” – Tony Benn
Bagi kami kenyataan seperti ini, adalah 
satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab apatah lagi ia keluar 
daripada mulut seorang yang bergelar Perdana Menteri ditambah mempunyai 
pendidikan dalam ekonomi pula, masakan sanggup memberikan kenyataan 
seperti ini? Kenyataan yang cuba untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia?
 Harapan kami, tolonglah hentikan perbuatan yang kami anggap telah menghina “pemikiran” rakyat Malaysia ini. Sekarang sudah abad ke 21? Takkanlah masih lagi menggunakan cara politik di zaman abad ke 19 lagi?
Harapan kami, tolonglah hentikan perbuatan yang kami anggap telah menghina “pemikiran” rakyat Malaysia ini. Sekarang sudah abad ke 21? Takkanlah masih lagi menggunakan cara politik di zaman abad ke 19 lagi?
Berpolitiklah dengan cepat mengikuti 
perderan masa dan zaman. Datuk Seri Najib Razak, perlu ingat sekarang 
ini zaman jalur lebar. Sekali lagi “jalur lebar”. Jikalau Datuk Najib 
ada pendapat dan ramalannya, Chua Soi Lek juga tidak ketinggalan. Kali 
ini, bagi kami kenyataannya (bunyinya) lebih menakutkan :
- Bursa Malaysia akan jatuh 500 mata. Sampai begitu sekali?
- Pas akan melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan sebuah negara Islam. (yang ditujukan khas kepada bangsa Cina)
- PAS akan menutup Genting (Highlands) dan Bursa Malaysia. (BUTIRANNYA DI SINI)
- Akhir sekali, dasar populis Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan tol dan pinjaman PTPTN, menyediakan pendidikan percuma (KLIK SINI) dan isi rumah pendapatan bulanan paling minimum RM4,000 untuk 3800000 keluarga, akan menyebabkan kos negara melambung sejumlah RM200 bilion setahun sekaligus negara boleh bankrap dalam masa 2 tahun sahaja.
Sumber : The Star
Apabila kami membelek laporan berita The
 Star ini, terus kerisauan menyelubungi kami. Andaikata kelak bursa 
Malaysia jatuh, ekonomi meleset, antara kalangan kami termasuk anda 
tiada kerja, jadi nak makan apa bukan? Tetapi……..
Tetapi, kami mahu bertanya semula kepada Chua Soi Lek, kamu petik “500 mata”  daripada mana sumber rujukannya?
Peringatan Tun Mahathir Kepada Rakyat Malaysia
Tun Dr Mahathir, walaupun lebih 8 tahun 
meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi 
kelibatnya dalam dunia politik negara tampak belum menemui jalan 
penamatnya untuk “benar-benar bersara”. MalahTun Mahathir sempat 
melontarkan amaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia sempena 
Pilihanraya Umum ke 13 :
Dalam erti kata lain, undilah Barisan Nasional…“Jangan silap beri undi”
Bagi kami kenyataan Tun Mahathir ini amat bahaya kepada demokrasi negara.
 Jikalau kerajaan tidak boleh diubah sama sekali, ini sebenarnya 
merupakan bencana kepada perjalanan demokrasi negara. Pilihanraya juga 
satu bencana. Secara logiknya, jikalau bertukar kerajaan memberikan 
masalah besar dan berbahaya kepada rakyat, apa perlunya diadakan 
pilihanraya?
Bagi kami, tidak kisah samada kerajaan 
bertukar kerajaan atau tidak. Jepun sudah beberapa kali bertukar 
kerajaan, kerajaan masih dalam keadaan baik seperti biasa. US sudah 
beberapa kali bertukar kerajaan, adakah menjadi kacau bilau? Beri 
peluang untuk rakyat buat keputusan samada mereka mahu memilih Barisan 
Nasional atau Pakatan Rakyat. Itu hak mereka.
Koleksi Gambar Najib Razak ketika Lawatan di Kedah
 Jadi
 tugas pihak Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat sekarang kongsikan 
dasar masing-masing untuk membangunkan negara. Dasar lawan dengan dasar.
 Fakta lawan dengan fakta. Dan kami
 juga lihat sekarang media arus perdana termasuklah RTM, TV3, Astro 
sejak akhir-akhir ini tidak henti-henti memutarkan iklan bantuan dan 
dasar yang kerajaan lakukan selama ini untuk dipertontonkan kepada 
rakyat. Jadi mahu dirisaukan apa lagI?
Jadi
 tugas pihak Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat sekarang kongsikan 
dasar masing-masing untuk membangunkan negara. Dasar lawan dengan dasar.
 Fakta lawan dengan fakta. Dan kami
 juga lihat sekarang media arus perdana termasuklah RTM, TV3, Astro 
sejak akhir-akhir ini tidak henti-henti memutarkan iklan bantuan dan 
dasar yang kerajaan lakukan selama ini untuk dipertontonkan kepada 
rakyat. Jadi mahu dirisaukan apa lagI?
Jikalau kerajaan merasakan dasar yang 
dibuat itu cukup kuat, tidak perlu rasanya memberikan kenyataan yang 
dilihat cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya di kampung-kampung 
semata-mata untuk meraih undi. Yakinkan rakyat, dasar dan polisi 
kerajaan benar-benar membantu rakyat.
P/S : Presiden UMNO Barisan Nasional 
telah memebrikan ramalannya, Presiden MCA juga sudah berkongsi 
ramalannya. Adakah selepas ini giliran MIC pula? Apa pula pandangan yang
 boleh dikongsikan bersama di sini?
 




 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
