Monday, 25 February 2013

Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah?

Kecewa, kecewa dan sangat – sangat kecewa melihatkan perkembangan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh (waris Sultan Sulu) ini. Terus-terang kami katakan askar kita tiada masalah. Mereka menjalankan tugas dengan sebaiknya atas arahan. Cuma…..kami bermasalah dengan Menteri Dalam Negeri ketika ini yang boleh kami katakan sangat lemah….Mengapa?

Datuk Seri Najib Razak, terus-terang kami katakan sepupu Datuk Seri sangat-sangat lemah. Ada lebih ramai lagi pemimpin yang lebih layak menggalas Kementerian ini, mengapa beliau yang dipilihnya? Kami agak musykil sebenarnya pemimpin yang sebegini boleh dipertanggungjawab menjaga satu kementerian yang cukup penting.

Sekarang ini beliau telah berikan “baton” pula kepada Wisma Putra untuk menyelesaikannya isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini. Jadi  apa peranan beliau jadi Menteri Dalam Negeri?
Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….

Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran

Isu Lahad Datu Sabah Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah?KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berharap jika permohonan terbabit dipersetujui, tempoh lanjutan itu tidak terlalu lama kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya. SUMBER : BERNAMA]
Dalam keadaan pencerobohan Lahad Datu Sabah genting sebegini, masih lagi mahu runding lagi? Boleh pula minta tangguh dan biarkan askar penceroboh Lahad Datu Sabah ini begitu sahaja.
  1. Ada penceroboh bersenjata ceroboh rumah kita, nak ambil “harta” kita
  2. Dalam hal sebegini, “kill or be killed”. Pilih yang mana satu?
Gambar Lahad Datu Sabah Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan SULU Filipina : Berita Terkini Dari Sabah?Mengapa apabila dengan rakyat sendiri seperti apa yang berlaku di terhadap kes Memali contohnya semudah itu mereka ditembak mati? Tidak pula untuk kali ini? Mengapa tidak bertindak tegas untuk kes yang terang-terang telah menceroboh kedaulatan dan keamanan negara? Mengapa?
Lanjut tempoh dengan harapan pencerobah Lahad Datu Sabah akan menyerah kalah dan mereka akan pulang dengan aman? Adakah itu harapan yang cuba diberikan disebalik isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?
Selepas itu akan akan datang, mereka akan buat lagi…..
Adakah ini ada kaitan dengan kegusaran Menteri yang masih lagi tidak memberikan arahan tembak kepada kalangan askar terlatih kita, dek kerana risiko & bahaya lambakan kumpulan Filipina ketika ini yang berkampung di Sabah sejak sekian lamanya “Projek IC sabah” seperti dibongkarkan DI SINI?
Dan kepada penceroboh Lahad Datu Sabah oleh penceroboh Sulu ini. Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang.
  1. Singkap semula sejarah sekitar 1654 di mana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah.
  2. Jadi, jikalau diikutkan Brunei yang lebih berhak menuntut Sabah sebenarnya kerana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah ini kepada kepada Sultan Sulu (yang memerintah sebahagian daripada apa yang dikenali Filipina sekarang)
  3. Pada tahun 1878 sultan Sulu memajak Sabah selama-lamanya kepada Syarikat Borneo Utara British
  4. Pada tahun 1946, syarikat itu menyerahkan Sabah kepada Britain.
  5. Sebelas tahun kemudian, Sultan Sulu mengisytiharkan pajakan dibatalkan.
  6. Tetapi Brunei telah reda yang Sabah sekarang sudah berada dalam Malaysia selepas bersetuju masuk Malaysia 1963 dan telah diiktiraf PBB, menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jadi nasihat kami, lupakan sahaja Sabah ini.

Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu?

 

  • Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
  • Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
  • Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
  • Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia

Koleksi Gambar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan Sulu?


Jikalau berdegil juga, ada baiknya askar Malaysia tembak sahaja demi keselamatan semua rakyat Sabah amnya. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan Malaysia jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negaraIni melibatkan maruah negara. Sudah terlepas masuk ke dalam negara penceroboh yang mengatakan mereka waris raja Sulu sudah dikira penghinaan kepada keselamatan negara Malaysia.
  • Kami mahu segera tarik keluar penceroboh (waris Sultan Sulu) dari kawasan kedaulatan Malaysia(Lahad Datu Sabah)
Yang menarik perhatian kami mengenai pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh waris Sultan Sulu ini apabila kami bandingkan situasi pencerobohan di negara lain :
  1. Di Amerika : Arizona border agent shoots, kills man suspected of illegal crossing (Sumber : Reuters)
  2. Di Iran : Detention of american hikers/spies (allegedly crossing into Iran) (Sumber : Wikipedia)
  3. Di Korea Utara : North Korea sentences US journalists to 12 years hard labour (Sumber : Telegraph)
  4. Di Rusia : Chinese workers arrested in Russia for illegally crossing border (Sumber : Peopledaily.com.cn)
  5. Di Israel : Saudi man home after 6 years in Israeli jail for border crossing (Sumber : Digital Journal
  6. Bagaimana pula di Malaysia? Pencerobohan Lahad Datu Sabah? Penyelesaiannya?
 Apa pandangan anda pula mengenai perkembangan isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?


-berita semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)