.

Tuesday, 26 February 2013

DUA TENTERA 'SULTAN SULU' DITEMBAK MATI?

TENTERA......Dua orang tentera ini merupakan pemimpin yang berpengaruh dalam tentera Sultan Sulu yang terkepung di Tanduwau, namun tidak diketahui apakah mereka  dua daripada yang dikhuatiri terbunuh?

SABAHKINI.NET menerima maklumat tidak rasmi daripada koresponden bahawa dua daripada 300 orang ketumbukan tentera 'Sultan Sulu' di Kampung Tanduwau, Tungku telah ditembak mati.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, kematian mereka bukan disebabkan tembakan pihak berkuasa Malaysia; sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan bekalan makanan dan berselisih pendapat.
 
Kematian dua tentera itu akan menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan ruang dan peluang oleh Kerajaan Malaysia.

Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Haji Musa dan Majid. Menurut Koresponden Sabahkini.net, beliau dan saksi lain mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar kematian dan kecederaan belum dapat disahkan.

Setakat ini pihak berkuasa Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tembak menembak ini.

Sabahkini.net akan mengeluarkan siri khas berhubung insiden pencerobohan ini dalam masa terdekat. Bagi tentera yang memiliki MyKad, mungkin tiba masanya pulang ke Filipina setelah menerima BR1M 2.0 sebelum tertembak!
 
-sabahkini.net

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kalau dah ada myKad Malaysia, ambik BR1M kemudian datang ke Selangorlah, ambik elaun jari berdakwat pula nanti....Apahal nak balik Filipins...kahkahkah
Cukup cukup sudah para peminpin umno bn haram jadah samseng syaitan jalanan memperkuda dan memperbodohkan rakyat malaysia dah 55 tahun jangan beri mereka peluang dan harapan, kita rakyat malaysia wajib gulingkan kerajaan pipinan umno bn.
callybambang's avatar

callybambang · 646 weeks ago

Kalau kita merujuk semula kenyataan Datuk Seri Nazri TanSri Aziz 6 tahun yang lepas berkaitan isu PTI dari Kepulauan Sulu, amatlah wajar kesemua PTI dan pemegang KP Projek di Sabah dipindakan ke kawasan Parlimen Datuk Seri Nazri kerana beliau lebih faham tentang isu PTI dari Sulu. Syabas Datuk Seri.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist