oleh: Mohd sayuti Omar
Tepatnya malam Isnin lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din
telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
Pertemuan di antara kedua sosok ini jarang berlaku akhir-akhir ini.
Haron Din dikatakan kurang mesra rakyat dengan Anwar tidak seperti
diawal-awal zaman reformasi lalu. Lantaran itu jarang kelihatan mereka
berada atas pentas sama akhir-akhir ini.
Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua menimbulkan
titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan
menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah
ia ada membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah
ada pencemaran ke atas konsensus sebelum ini?
Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala
Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi.
Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama
dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi
tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah...
Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti
pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP.
Tetapi yang nyata tiada wakil DAP.
Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan
menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil kalau
pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah
dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120
atau 122, DAP 40 dan PAS 60 atau 63. Apakah ia mengenai kerusi perdana
menteri? Tetapi bukankah secara lisannya Pakatan Rakyat sudah
menyetujui Anwar yang akan dilantik menjadi perdana menteri? Atau ada
idea baru mengenai jawatan ini?
Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa perwakilan muktamar
memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga layak
menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia
dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk
diilusikan. Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri.
Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu membawa mesej
daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau pun
atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden
PAS, Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan
akan pertemuan ini dalam masa terdekat.
Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak disampaikan
sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung, Mustapa
Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din.
Atau kerana Haron Din adalah 'memanda tua' maka beliau dihantar kerana
Anwar juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini?
Pertemuan yang berlangsung lebih satu jam dan dihidangkan dengan susu
pekat panas, buah-bauhan, kopi 'O' serta sandwis itu bakal menjadi isu
kalau ianya tidak ditangani secara telus dan terbuka. Maksudnya tidak
menjelaskan apakah tujuan di sebalik pertemuan itu.
Adalah tidak elok kalau apa-apa pertemuan yang ada hubung kait dengan
Pakatan Rakyat tetapi tidak disertai sama oleh satu lagi fraksi DAP.
Lainlah kalau pertemuan itu bersifat terbuka seperti mana pertemuan Nik
Abdul Aziz dengan Karpal Singh di rumah pengerusi DAP di Pulau Pinang
dua minggu lepas.
Tunggulah hasil pertemuan atau buah butir pertemuan itu akan diketahui
juga kelak. Dan selok-eloknya tujuan pertemuan eksklusif pada malam hari
itu dihebuhkan kepada umum dan tidak baik kalau sampai ia pecah
sendiri.
Orang politik tidak boleh menyimpan buah berbau di dalam rumahnya kerana
lama ke lamaan ia akan merebak juga baunya ke luar. Baik jelas sebelum
orang tahu dari sumber lain kerana banyak definasinya nanti. Dalam hal
ini sebaik-baik pihak yang perlu mendedahkan ialah Haron Din kerana dia
yang mendatangi Anwar Ibrahim maka dia dilihat ada hajat besar. [wmk.kl.10:38 am 07/02/13]
Sunday, 10 February 2013
Comments (24)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Apakah Hajat Besar Haron Din Jumpa Anwar?
2013-02-10T22:51:00+08:00
Nizar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat7 years ago
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
awang liku · 636 weeks ago
mat bro · 636 weeks ago
maie58 · 636 weeks ago
headhunters. · 636 weeks ago
akki · 636 weeks ago
lan token · 636 weeks ago
kahkahkah
lan token · 636 weeks ago
kahkahkah
joe · 636 weeks ago
Cik ros · 636 weeks ago
Pemerhati · 636 weeks ago
Majoriti rakyat cerdik dan berfikiran matang..dari idea dan tingkah laku anwar, mereka memang TAK YAKIN yg anwar mampu untuk transform negara untuk jadi lebih baik dari sedia ada..rakyat memang suka jika kerajaan sedia ada boleh diganti dengan kerajaan baru yg lebih baik..cuma kemampuan anwar untuk menjadikannya lebih baik yg diragukan..
akki · 636 weeks ago
Abah kau?
Datuk kau?
atau sipenakut berdebat tu?
hahaha
bagindali · 635 weeks ago
Pemerhati · 636 weeks ago
Paling sedih dan malang..mana maruah rakyat malaysia jika kita berPMkan pengikut nafsu serakah..siapa boleh nafikan yg watak yg berzina dengan chinadoll tu anwar..siapa boleh nafikan anwar dot2 ngan shamsidar, isteri orang kepercayaan dia sendiri iaitu azmin ali..cerita azizan, saiful biar pun suka sama suka atau paksarela, namun ianya perbuatan yg amat buruk bagi makluk yg bernama manusia...
Mungkin Dato' Harun mewakili rakyat Malaysia pi jumpak anwar nak bagitau dia yg rakyat Malaysia tak rela berPMkan dia..
akki · 636 weeks ago
aku · 636 weeks ago
najibpsy · 636 weeks ago
razak · 636 weeks ago
lan token · 636 weeks ago
kahkahkah
ijalan · 636 weeks ago
ibnielias · 636 weeks ago
ibnielias · 636 weeks ago
Pandangan positif · 636 weeks ago
ron · 636 weeks ago
org skg ni bukan nak bincang dg cerita tahyul video seks anwar ka tingkah laku beliau..org skg ni sibok psl peralihan kuasa dan soal kedudujan melayu dan islam seterusnya nnti..spt isu kalimah dan seumpamanya..krn cabaran yg harus ditanangi ialah berkongsi kuasa dg dap yg dulunya agak ekstreem ttg penerimaan islam..
so itu yg mungkin dibincangkan..
hang ni..masih dok percaya dg cerita sumpah tahyul 3 jahanam(datuk t) tu lg ka..cerita tu klu betul pun org dh tak nak pikir dah..
ada ramainya org2 bengap mcm nko ni la buat senang kak ros nk bershoping sakan..kesian nko..
positif · 635 weeks ago