Saudara Pengarang,
SUKACITA saya ingin merujuk artikel yang ditulis oleh Jafar Mustafah di Sabahkini.net bertajuk 'Kenapa Salahkan Menteri KKLW?' yang tersiar pada 8 Januari 2013.
Sebagai penduduk Kampung Lupak Meluas, Sandakan dan keluarga kami yang menjadi mangsa rumah runtuh, memang kami tidak menyalahkan kerajaan melainkan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terutama sekali menterinya,
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melantik FELCRA sebagai Agensi
Pelaksana yang langsung tidak bertauliah.
Dalam
sepuluh orang rakyat di negara ini, khusnya di Sabah, mungkin hanya
Jafar seorang sahaja yang menyokong dan mengangkat kaki Shafie Apdal dan
selebihnya mengutuk habis-habisan Menteri berkenaan.
FELCRA
bukanlah agensi bertauliah yang mahir dalam bidang kejuruteraan awam
atau struktur binaan kerana mereka hanya mahir tanam kelapa sawit dan
getah.
Persoalannya,
kenapa Shafie memandai-mandai menterbalikkan akauntabiliti awam dengan
melantik FELCRA sebagai agensi pelaksana semua projek KKLW? Mungkin
kerana angau dengan artis sehingga buat tabiat sudah Menteri yang
menggelarkan dirinya 'Blue Eyed Boy' Perdana Menteri Malaysia.
Realitinya,
Jafar kalau bercakap mengalahkan Ketua Menteri Sabah dan paling ketara
betul mengangkat kaki atau membodek Shafie sehingga ke tahap 'Gaban'.
Tidakkah
Jafar sedar bahawa sudah beberapa kali rumah PPRT yang dibina FELCRA
atau kontraktor mereka runtuh menyembah bumi, dari Semporna sehingga ke
Sandakan; sekadar untuk memberi tahu manusia yang bertamaddun bahawa ada
sesuatu yang tidak kena dengan KKLW dan menterinya.
Saya
agak kesal kerana Jafar berlagak seperti 'Pelesit' yang mempertahankan
'Iblis' dengan menyalahkan semua kontraktor yang bertanggung jawab
membina rumah-rumah PPRT/PBR tetapi melindungi dan mempertahankan
'Sifunya' (Shafie) sebagai 'maksum' dan 'tidak bersalah'.
Memandangkan
FELCRA telah dilantik sebagai pemantau, agensi pelaksana atau penyelia
projek, maka mereka hendaklah memastikan semua spesifikasi dipatuhi dan
tidak menjalankan pemeriksaan sambil lewa; bukan sekadar meluluskan
bayaran projek agar masing-masing mendapat habuan.
Dalam hal ini, bagi mencapai kepincangan sifar atau 'Zero Defect'; FELCRA
boleh bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk
mempastikan rumah-rumah tersebut berkualiti dan bukannya membiarkannya
sebagai 'Kanding Kambing'; malah memberi alasan lebih jahil daripada
kanak-kanak tadika; "Tiang Rumah dicuri!"
Agak
melucukan kerana Jafar ini hanya temberang sahaja dan semua penduduk
Kampung Air, Kampung Bokara dan Kg Karamunting mengenali Jafar sebagai
'Pengilap Kasut' Menteri terutama Menteri KKLW dan siapa sahaja yang
boleh meluluskan projek kepadanya.
Jafar
yang hidup dengan menjual 'Air Liur Basi' bukanlah siapa-siapa di
Sandakan dan kami merasa rugi kerana Kerajaan melantiknya sebagai
Pengerusi JKKK yang hanya tahu membodek.
Salam Hormat,
JAMALUDIN IKBAL BIN DANDI
Kg Tabah Baru, Karamunting
sabahkini.net