.

Friday, 11 January 2013

KECOH!!! : Kereta Pacuan Empat Roda JPJ Dibakar Selepas Kemalangan 10 Kenderaan



Wah ini betul-betul kecoh ni.
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.
Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.
Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.
Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.
Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”
Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.
Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.
van jpj dibakar 2
Di saat kita menuntut agar orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri, kita juga mahu pihak berwajib dapat memahami yang undang-undang juga harus ditegakkan secara berhemah.
Jika kita mahu rakyat rasional, pelaksana undang-undang sendiri kena berhemah dan menunjukkan contoh yang baik agar ia dapat dicontohi oleh masyarakat secara keseluruhannya.
Pasti ada sesuatu yang membuatkan orang ramai cukup marah dengan kejadian ini.
van jpj dibakar


Berhemah bukan bermakna tidak boleh bertegas, bertegas tidak bermakna tidak boleh berhemah.
Malah motto PDRM sendiri sebagai contoh, TEGAS DAN BERHEMAH!

Kita nak tahu apa penjelasan JPJ dalam hal ini…yang pasti masyarakat di situ sudah MENJELASKAN  apa yang mereka rasa.

-mynewshub


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist