.

Wednesday, 2 January 2013

Jadual Gaji Baru SSM 2013 Untuk Cuepacs Bantu Kakitangan Awam Naik Gaji Lagi? SEGERA!

Jadual Gaji Baru SSM 2013 : Realiti apa yang berlkau di Malaysia melibatkan sektor awam sudah ada berapa kali yang dilaksanakan. Ada yang sudah berjaya, ada yang sudah melepasi tempoh “matangnya”, ada yang terkandas di tengah jalan dan ada juga yang perlu diberikan penambaikan. Bermula dengan…

Bermula dengan SUFIAN, KABINET, Sistem Saraan Malaysia (SSM), Sistem Saraan Baru (SSB), termausk yang tidak menjadi iaitu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mana SBPA ini mereka lakukan untuk memberikan penambaikan daripada SSM disebabkan tempohnya sudah melebihi 10 tahun lamanya, sistem tangga gaji menghalang kenaikan gaji @ pergerakan gaji tahunan.

Tetapi memandangkan SBPA telah dimansuhkan (perbincangan hangat KLIK SINI), kabinet sedang adakan jawatankuasa untuk menilai & menambahbaik skim sedia ada. Antara yang dicedok daripada SBPA. Antara laiannya ialah :
  1. sistem gaji minimum vs maksimum
  2. pembatalan PTK
  3. “pay for the job” (pasukan beruniform) dan juga “jobs specialization” (yang ini dikira berdasarkan kemahiran, ada insentif @ gaji berbeza bagi mereka yang memiliki kepakaran dan kemahiran yang khusus (contohnya, Pegawai PDRM memilki lesen penerbangan).
Cuepacs 2013 Jadual Gaji Baru SSM 2013 Untuk Cuepacs Bantu 50,000 Kakitangan Awam Naik Gaji Lagi? SEGERA!
Sekarang ini apabila SBPA dimansuhkan, pelarasan gaji hanya diberikan sekitar 7-13% (sekali perbincangan HANGAT KLIK SINI). Dan ini tuntutan daripada Cuepacs yang terbaru kepada pihak kerajaan melibatkan nasib 50,000 kakitangan awam…

Jadual Gaji Baru : Atasi Masalah Tahap Gaji Maksimum @ Gaji Mati 2013?

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji baharu, ia dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau gaji mati tahun depan.

“Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji lengkap bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji,” katanya di sini semalam. [Sumber Bernama]

Masih lagi dalam Sistem Saraan Malaysia (baru). Jadual Gaji Baru SSM 2013 seperti yang diminta Cuepacs ini adalah bertujuan untuk membantu kalangan kakitangan awam yang “langgar dinding” sahaja. Secara teorinya, jadual gaji baru  adalah bertujuan untuk menambah bilangan tangga gaji supaya kalangan kakitangan awam yang telah “langgar dinding” berpeluang untuk naik gaji lagi.
 Mana-mana yang sudah “langgar dinding” biasanya :
  1. Perkhidmatan mereka dengan sektor awam pun sudah tidak lama sahaja lagi
  2. Mana-mana yang berhajat untuk naik pangkat pun, harapan cukup tipis
  3. Jikalau kalangan Pembantu AM Pejabat (PAP) para gred rendah terutamanya, sekurang-kurangnya dengan insentif ini dapat menghargai perkhdimatan mereka. Dapatlah merasai pencen yang lebih sedikit daripada kebiasaan
  4. Manakala kalangan yang 48 pula contohnya, terubatlah hati. Walaupun berhajat naik 54 sekalipun, hakikatnya tidak semudah itu. Andaikata mereka-mereka ini melompat ke sektor swasta, yang masalah kalangan HR juga bukan? Jadi tuntutan seperti ini ada kebaikannya juga.
Tahun hadapan (esok sudah tahun baru 2013, sekejap rasanya masa berlalu), berdasarkan sumber yang kami perolehi setakat ini,  akan dibuat pelarasan gaji @ jadual gaji baru bagi kalangan kakitangan awam yang sudah mencapai tahap maksimum @ langgar dinding.

Banyak isu yang perlu disemak dan difikirkan mengenai “imbuhan” keran ia melibatkan kos yang tinggi. Itu tidak dikirakan elaun dan kemudahan. Apa respon balas nada pula?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist