Oleh: Mohd Sayuti Omar
Keputusan bekas IGP Musa Hasan menarik balik saman malu terhadap Anwar Ibrahim mungkin tidak mengejutkan kerana ia
adalah perkara biasa saja, tetapi tidak begitu bagi saya. Iya semacam
ada sesuatu perkembangan baru di antara kedua-dua bekas IGP dan bekas
Timbalan Perdana Menteri itu.
Musa menyaman Anwar kerana berhubung insiden peristiwa "mata lebam" di
mana Musa dikaitkan sebagai turut terlibat dalam peristiwa tersebut dan
dituduh menyembunyikan beberapa fakta dalam proses penyiasatan peristiwa
berkenaan. Ekoran itu menyebabkan Anwar bertindak membuat laporan polis
terhadap Musa dan Peguam Negara Abdul Ghani Petail.
Alasan Musa untuk menarik saman itu kerana berlaku salah faham oleh
pihak defeden (Anwar) berhubung kedudukannya ketika itu, dan beliau
menerima untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung hari ini, sebaliknya
penyelesaian di luar mahkamah dicapai. Keputusan itu direkodkan di
hadapan Hakim Datuk Asmabi
Mohamad di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari.
Tiada sebarang kos dikenakan oleh mahkamah untuk mana-mana pihak atas penyelesaian itu.
Mungkin penyelesaian sebegitu biasa berlaku dalam mana-mana kes mahkamah
di dunia tetapi kes di antara Musa dengan Anwar ini seakan ada
kesitimewaanya dan sedikit unik. Yang menjadi persoalan kenapa semudah
itu kedua pihak khasnya Musa untuk menerima penyelesaian itu? Kalau
Anwar yang menarik ia mudah untuk difaham tetapi ini Musa?
Jika diikutkan senario, pihak Musa yang bersungguh untuk menyaman Anwar
kerana Anwar dikatakan telah memburukkan reputasinya menerusi laporan
polis bersama Ghani Petail. Tetapi apabila Musa Hasan sedia menarik
balik saman itu ia agak anih sedikit dan menimbulkan tanda soal dalam
minda?Apakah sebelum memutuskan untuk saman Anwar, Musa tidak membuat
penyelidikan dan kajian mendalam?
Di sini tidak perlu diulas panjang lebar mengenai perkembangan ini. Atas
semangat Islam eloklah kalau ada perdamaian di antara mereka. Bagaimana
pun kita tunggulah apakah perkembangan selepas ini. Persoalan apakah
ada natijah atau pun cerita lain disebalik penarikan balik saman itu
akan terdedah juga di hujung waktu nanti. Mungkinkan Musa sudah insaf?
Yang jelasnya Musa yang selaku penyaman kenapa bersedia untuk menarik
semula saman berkenaan? Bukankah dengan bertindak demikian orang akan
menganggap Musa hangat-hangat tahi ayam atau tersalah membuat
perhitungan. Moral di sebalik penarikan itu menjadikan Anwar dianggap
dipihak yang benar. Dan saya tetap mempercayai tempuan tidak akan
bersarang rendah kalau tidak ada mengada?
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
6 hours ago