Jelajah di internet akhirnya saya ketemu juga. Rivers of Babylon yang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jerman di era tahun 70-an bernama Boney M. Penyanyi-penyanyi Boney M adalah Liz Mitchell, Marcia Barnett, Maizie Williams dan seorang jejaka Bobby Farell. Mereka semua masih lagi hidup kecuali Bobby Farrell yang telah meninggal dunia pada 30 Oktober 2010. Selain daripada lagu ini kumpulan ini juga terkenal dengan lagu Daddy Cool. Klik sini
Mengungkap bait-bait lagu ini, ada baiknya kita mengetahui latar belakang dan sejarah bangsa Israel.
Saat itu bangsa Israel telah terpecah menjadi 2 kerajaan iaitu kerajaan Israel di sebelah utara dengan ibu kotanya Samaria dan kerajaan Yehuda
di sebelah selatan dengan ibu kotanya Yerusalem. Lalu kedua kerajaan ini
sama-sama dijajah oleh negara tetangganya. Israel dijajah bangsa Asyur (Assyria) sedangkan Yehuda dijajah bangsa Babel (Babylon) yang sekarang ini kita kenal dengan nama Iraq.
Pada tahun 587 BC, hampir seluruh
penduduk Yehuda diangkut menjadi tawanan ke negeri Babel yang sama
sekali asing bagi mereka. Di sana mereka harus menenerima agama,
kebudayaan dan bahasa orang-orang Kasdim tersebut. Bahkan nama
mereka pun diganti, contohnya Daniel berganti nama menjadi Beltsazar.
Di negeri buangan itulah mereka teringat
akan tanah air mereka. Mereka duduk sambil menangis di tepi
sungai-sungai yang ada di Babel, salah satunya adalah Sungai Efrat
yang sangat terkenal sejak zaman purba. Yang lebih menyakitkan lagi,
para penjajah itu mengolok-olok mereka dan meminta mereka menyanyikan
salah satu lagu pujian untuk Tuhan yang biasa mereka nyanyikan di negeri
asal mereka.
Diilhamkan
Rupa-rupanya bait lirik lagu Rivers Of Babylon ini telah
diilhamkan daripada petikan dalam siddur Psalm 137:1. Siddur adalah
(dalam bahasa Hebrew: סידור; plural סידורים siddurim) merupakan buku
untuk upacara sembahyang orang Yahudi mengandungi kumpulan lengkap
tatacara dan rukun sembahyang mereka.
Lirik dan Makna Lagu
Maksud lagunya lebih kurang beginilah
Di tepian sungai-sungai Babel, di sanalah kita duduk sambil menangis,
apabila kita mengingat Zion.
Sebab di sanalah orang-orang yang menawan,
menyiksa kita dengan meminta kita menyanyikan nyanyian sukacita.
Bagaimanakah kita menyanyikan nyanyian TUHAN di negeri asing?
Jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem,
biarlah menjadi kering tangan kananku!
Biarlah lidahku melekat pada langit-langitku, jika aku tidak mengingat engkau,
jika aku tidak jadikan Yerusalem puncak sukacitaku!
Lirik lagunya saling tidak tumpah sama seperti ayat di dalam buku sembahyang orang Yahudi. Makanya peminat muzik kumpulan Boney M berhati-hatilah apabila mendengar lagu mereka kerana kebanyakkan lirik mereka menyokong Yahudi dan adalah tidak terkejut jika mereka adalah sekelompok kaum Yahudi yang berkulit hitam dikenali sebagai Fallashah yang berasal dari Habshah atau Ethopia.
Sumber :
1. http://takmirpenang.blogspot.com/2010/06/rivers-of-babylon-boney-m.html
2. http://topsycious.wordpress.com/2010/09/20/rivers-of-babylon/
3. Youtube