Monday, 6 August 2012

Tun Salleh Abas temu Rafizi lepas Aidilfitri bantu kes Bafia

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas akan bertemu Rafizi Ramli selepas hari raya ini untuk membincangkan perihal perundangan bagi membantu Pengarah Strategi KEADILAN itu berhadapan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.
“Dia (Tun Salleh) ada hubungi (saya) untuk beri sokongan. Bukan sebagai peguam, tetapi lebih kepada penasihat. Lepas hari raya, kami akan jumpa untuk bincang tentang sudut pembelaan,” kata Rafizi dihubungi Keadilan Daily.

Tun Salleh pada Jumaat lalu menyatakan kesediannya memberi nasihat perundangan kepada Rafizi yang kini berdepan tuduhan berkaitan projek kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Merujuk perbualannya pula bersama Tun Salleh baru-baru ini, Rafizi berkata, kerahsiaan Bafia wajar dipertimbang, sekiranya wujud dakwaan penyelewengan yang melibatkan kepentingan rakyat.
Katanya, Tun Salleh berpandangan bahawa, ada perkara dan dokumen sulit yang perlu didedah kepada umum.

“Tun (Salleh) kata, tak boleh ketepikan kepentingan awam. Jenis kerahsiaan dan undang-undang perlu diambilkira dalam setiap  kes. Ada ruang dalam kes ini untuk dihujah,” jelas Rafizi.

Rabu lalu, Rafizi, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedah penyata akaun projek NFC.

Beliau didakwa mendedah penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC, Mohamad Salleh Ismail.

“Kalau nak ifut Bafia, pegang akaun orang pun dah kira salah. Tapi kes (NFC) ini untuk kepentingan awam,” kata Rafizi.

Beliau dikatakan mempunyai akses kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya, 7 Mac lepas.

Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Bafia yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a).
Akta ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank, Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34029

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)