PEMUDA PAS KUTUK PESTA BIKINI
PESTA.....Acara ini dianggap sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.
Oleh : JAMILAH KAMARUDIN
PETALING
JAYA : Pemuda PAS hari ini mengecam keras pesta bikini ‘Wet and Mad
Wednesday’ yang dipromosikan secara terbuka anjuran kelab malam The Pool
di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya
menganggap acara ini sebagai pesta seks kerana penganjur tanpa segan
silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan mensyaratkan kod
berpakaian ghairah termasuk pakaian renang.
“DPPM menganggap acara ini sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.
“Lebih menyedihkan kerana aktiviti ini bukan dianjurkan di negara Barat, tetapi ia sudah bertapak di negara ini.
“DPPM menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia.
Manusia seperti haiwan
“Manusia
sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta
melakukan apa sahaja yang mereka inginkan,” katanya dalam satu kenyataan
kelmarin.
Nik Abduh turut mempersoalkan bagaimana penganjuran program ini mendapat kelulusan daripada kerajaan mendapat publisiti meluas.
Katanya,
sebagai negara Islam kerajaan Malaysia yang mempunyai suara ulama’
sewajarnya melarang dan menentang perkara ini dianjurkan
sewenang-wenangnya.
“Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini?
“Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.
“Tidak
apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks
bebas, perzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran
anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.
Justeru,
pihaknya mendesak Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mufti Wilayah Persekutuan dan
lain-lain agar segera bertindak dengan mengambil tindakan tegas terhadap
penganjur./~sabahkini