(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 6 Ogos: Kerajaan Selangor akan melihat terlebih dahulu
hasil dan keberkesanan Program Pengukuhan Demokrasi sebelum memutuskan
sama ada membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Kerajaan
Persekutuan atau tidak, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan
pada 17 Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan
kumpulan berkaitan.
“Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas
terlibat dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum
lagi.
“Kita juga sedang meneliti dengan penuh minat penambahan dan
pendaftaran pengundi baru seramai 490,000 orang di negeri ini,” katanya
kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Hotel Holiday
Villa, Subang Jaya mengulas mengenai kemungkinan Parlimen dibubar antara
September hingga November tahun ini.
“Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau
tidak) kerana kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR
benar-benar bersih dan sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan
Demokrasi ini,” ujarnya.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk
membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk
merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing
yang diarah mengundi BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34006
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
2 hours ago