Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.
“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011
Berikut adalah lembaran pengumuman duit bonus raya penjawat awam atau kakitangan kerajaan tahun lepas. Bagaimana pula dengan tahun ini, adakah pengumuman yang sama akan di ulang sekali lagi sebagai sedikit penghargaan kepada penjawat awam.
Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.
Dengan situasi kini yang menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Malah turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah sejumlah sebulan gaji.
Sungguhpun tidak mustahil, ianya masih lagi sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama orang terdekat.
Oleh yang demikian, pihak forblogger mengalukan segenap lapisan pembaca portal ini mengutarakan sebarang pandangan dan sedikit harapan pada ruangan komen dibawah berhubung perkara ini – Bonus Raya 2012 @ forblogger.net.
kalau tahun ni takde bonus... jadi senasib paklah la si najib
ReplyDeleteada bonus atau tidak.. aku tetap undi PR
ReplyDeleteBAGI AKU AMBIK...UNDI TETAP PR...
ReplyDeleteitu ala baik kah?
ReplyDeletedripda bg bonus baik bg ak smua,blh ak g haji
ReplyDelete