KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu
menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan
menggunakan pedang samurai.
Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah
kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk
menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang
wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar
Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar
AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29,
merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.
Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?
Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah
melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak
dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat
melainkan saya sendiri.
Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.
Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.
Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?
Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum
kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah
mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.
Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan
tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja
di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.
Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan
antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang
percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila
ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”
Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu
Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki
itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.
Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.
Kenal sejak dalam kandungan
Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?
Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.
Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil
Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai
sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya
membenarkan dengan syarat saya menemaninya.
Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya
bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi
bingung dengan kenyataan Muhdalina.
Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi
pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah,
mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang
bersamanya bagi menegakkan keadilan.
Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina
memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki
baju kurung berwarna merah.
Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi
untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk
tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.
Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.
Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?
Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya
kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal
serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”
Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.
Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).
Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya
hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.
Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.
Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.
Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.
Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi.
Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik,
sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar-
tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan
dirinya sebagai hero filem tersebut.
Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya./~sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-