IPOH – Bukan sekadar tisu biasa, penggunaannya yang dipercayai boleh
tampil hebat di ranjang boleh juga menjadi punca lelaki mengalami
masalah mati pucuk dan bengkak saraf.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan
Ismail berkata, tisu yang di seludup dari Indonesia dan China itu
dikesan mengandungikimia Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic yang
digunakan sebagai ubat bius dalam pembedahan.
Menurutnya, tisu yang boleh dibeli semurah RM3 setiap bungkus itu
mengakibatkan alat kelamin rasa kebas selepas disapu tisu berkenaan.
“Ramai yang menyangka ia dihasilkan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan
berikutan kandungan kimia tidak dinyatakan pada bungkusan produk.
Maklumat palsu juga disebarkan mendakwa
tisu ini juga mempunyai kebaikan untuk mencegah penularan penyakit kelamin seperti siplis, gonorrhea dan Aids,” katanya.
Mazlan berkata, pihaknya telah merampas sejumlah tisu itu ketika
melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kedai ubat di Sungai Siput.
“Kandungan tisu ini mempunyai banyak bahan kimia keras dan kimia
perosak menjadi punca urat saraf lelaki rosak seterusnya akan mati pucuk
jika disapu berterusan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya terhadap produk
rangsangan seks sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih
dahulu,” katanya./~sinar harian
Rafizi tak hadir pertemuan antara Anwar dan ahli parlimen PH
37 seconds ago