Oleh: Shahbudin Husin
Perhimpunan aman "Duduk dan Bantah" Bersih 3.0 28 April ini rupa-rupanya
 amat menggusarkan Najib. Meskipun beliau tidak pernah memberi  sebarang
 komen mengenai perhimpunan itu tetapi tindakan pihak polis dan Dewan 
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang keras dan tiada kompromi di saat-saat
 akhir ini menyerlahkan hakikat tersebut. Jika Najib tidak bimbang, 
mustahil polis dan DBKL sekeras ini.
Sehari sebelum perhimpunan itu, pihak polis telah memohon perintah 
mahkamah untuk melarang ianya diadakan di Dataran Merdeka manakala pihak
 DBKL pula telah memagar kawasan itu sejak Jumaat hingga Ahad untuk 
mengelakkan orangramai berhimpun dan menuju ke dataran itu. Ini bermakna
 jika perhimpunan diadakan juga mereka mungkin berhadapan dengan 
tindakan keras pihak polis sebagaimana yang berlaku dalam Bersih 1.0 dan
 2.0 dulu.
Sebagai rujukan, Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap 
polis ialah Hishammuddin Tun Hussein iaitu sepupu Najib sendiri manakala
 DBKL, walaupun ia terletak di bawah Kementerian Wilayah dan 
Kesejahteraan Bandar tetapi biasanya Datuk Bandarnya mempunyai akses 
langsung dengan Perdana Menteri dalam banyak perkara. Dalam hal ini, 
kebimbangan Najib hanya diselindungi oleh polis dan DBKL sebenarnya.
Soalnya, apakah yang dibimbangkan sangat dengan Bersih 3.0 ini?
Perhimpunan Bersih kali ketiga ini diadakan adalah untuk  menuntut 
kerajaan dan SPR benar-benar mengendalikan pilihanraya dengan bersih dan
 adil dari sebarang tipu helah dan manipulasi yang hanya memguntungkan 
satu pihak iaitu UMNO dan BN. Beberapa pendedahan yang dibuat mengenai 
pelbagai perkara terutama daftar pemilih yang meragukan tidak dilayan 
oleh SPR. Kerajaan pula, walaupun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa 
Terpilih Parlimen untuk memperbaiki sistem dan perjalanan pilihanraya 
tetapi daripada lapan tuntutan dalam Bersih 2.0, hanya satu yang 
ditunaikan iaitu penggunaan dakwat celup pada jari manakala yang 
lain-lainnya tidak dipedulikan.
Berikutan itu dan pelbagai pendedahan lainnya yang mencakupi kekotoran 
dalam daftar pemilih tidak dilayan, maka kesepakatan telah dicapai oleh 
84 NGO untuk mengadakan Bersih 3.0 yang kebetulannya disokong oleh pihak
 pembangkang kerana mereka juga  mahukan sistem dan perjalanan 
pilihanraya yang benar-benar bersih.
Sebenarnya tidak ada sebab untuk Najib dan UMNO berasa takut dengan 
perhimpunan ini.Yang ingin dilakukan hanya acara duduk selama dua jam 
daripada pukul 2 hingga 4 petang untuk menyatakan bantahan agar kerajaan
 dan SPR mendengar suara rakyat. Biarlah mereka berhimpun secara aman 
asalkan tidak merosakkan harta awam di Dataran Merdeka itu. Apa gunanya 
kerajaan menggubal Akta Perhimpunan Aman jika akhirnya bermacam-macam 
sekatan dikenakan untuk berhimpun secara aman.
Lagi pula Dataran Merdeka adaah tempat awam yang sepatutnya tidak 
menjadi masalah kepada mana-mana pihak untuk datang dan berkumpul di 
situ.  Dengan menutup Dataran Merdeka dan polis pula memohon perintah 
mahkamah menghalang perhimpunan itu seolah-olah Dataran Merdeka yang 
menjadi tempat kebanggaan rakyat dan lambang kemerdekaan negara selama 
ini sudah diragut kenerdekaannya. Dataran Merdeka tidak lagi merdeka.
Seharusnya Najib belajar dari pengalaman lalu di mana tindakan keras 
pihak polis sebagaimana perhimpunan  Bersih sebelum ini hanya 
menjejaskan nama Najib di mata rakyat dan juga di persada dunia. Dunia 
akan melihat kekerasan polis sebagai kekerasan Najib juga.  Penentangan 
Najib terhadap pihak yang menuntu pilihanraya yang bersih tidak lebih 
menggambarkan Najib suka kepada kekotoran. Najib harus membuktikan 
pelbagai janji transformasinya dengan jujur dan ikhlas. Lauangan "rakyat
 didahulukan" juga hendaklah benar-benar dikotakan.
Kini Kuala Lumpur sudah mula dipenuhi dengan polis dan gerombolan FRU 
juga sudah mula berkampung di sekitar Dataran Merdeka. Imej ini hanya 
meletakkan nama Najib dalam keadaan yang lebih buruk berbanding jika 
beliau membenarkan perhimpunan tersebut. Kerajaan seharusnya membenarkan
 rakyat berkumpul secara aman sebagaimana  sebelum ini kebenaran untuk 
berkumpul diberi ketika pengumuman keputusan kes liwat Anwar di 
perkarangan Mahkamah Jalan Duta, KL.
Dalam kes Bersih 3.0 ini rakyat tentunya masih ingat janji Hishammudin 
yang pada peringkat awalnya membenarkan ianya diadakan kerana tidak 
dianggap menjejaskan keselamatan. Dengan tindakan pihak polis sendiri 
memohon perintah mahkamah terbukti Hishammuddin hanya beretorik selama 
ini.
Kebimbangan Najib terhadap perhimpunan Bersih ini dan  mahu rakyat tidak
 ikut sama juga terserlah bilamana terdapat  beberapa NGO dan "ulama 
gelandangan" yang tiba-tiba muncul bersuara dan mendapat tempat di dada 
media yang mengaitkan Bersih 3.0  dengan aktiviti lesbian, gay, 
biseksual dan transgender (LGBT) kerana kebetulan Pengerusi Bersamanya, S
 Ambiga merupakan salah seorang penyokong kumpulan itu dan pernah 
menganjurkan program Seksualiti Merdeka.
Selain mengadakan perhimpunan, ulama gelandangan ini juga mengeluarkan 
fatwa bahawa menyertai perhimpunan Bersih 3.0 adalah haram kerana sama 
seperti menyokong LGBT. Ternampak bahawa Najib dan UMNO sudah begitu 
kelemasan sehingga sanggup mengguna apa  saja cara untuk menggagalkan 
Bersih 3.0 meskipun secara umumnya rakyat yang waras dan berakal dapat 
memahami bahawa kedua-duanya tiada kaitan sama-sekali.
Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri sendiri menyokong perjuangan
 kumpulan LGBT ini tetapi beliau menjelaskan bahawa perjuangan mereka 
bukan menyokong seks bebas dan seks luar tabii tetapi semata-mata untuk 
memberi kefahaman tentang hak-hak mereka yang dipinggirkan ini di dalam 
lingkungan undang-undang dan bukannya di luar undang-undang. Jika 
begitu, adakah Mahathir juga berdosa besar dalam hal ini kerana anaknya 
terlibat sama dalam menyokong perjuangan LGBT ini?
Tindakan media UMNO membesar-besarkan kaitan Bersih dengan LGBT tidak 
lebih menggambarkan kedangkalan serta kecetekan pemikiran untuk memahami
 isu yang sebenar. Janganlah ingat propaganda seperti ini dianggap masih
 boleh memperbodohkan rakyat.
Dengan tindakan DBKL memagar sekitar Dataran Merdeka dan pihak polis 
yang seperti sudah besedia dengan segala kemungkinan untuk bertindak 
lebih keras jika peserta perhimpunan tetap juga berkeras mahu berhimpun 
di tempat yang dilarang itu, sukar untuk meramalkan apa yang bakal 
terjadi pada esok hari. Tetapi dengan adanya  perhimpunan ini yang bukan
 sahaja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga semua bandar besar di 
seluruh dunia, yang pastinya nama Najib akan terus kelihatan kotor serta
 hitam dan label itu akan terpahat dalam catatan sejarah untuk 
selama-lamanya/Shahbudin dot com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
