.

Tuesday 27 March 2012

Lembah Pantai: Raja Nong Chik VS Nurul Izzah , Apa peluang RNC?

Shahrizat sudah diketepikan tapi mampukah Nong Chik berhadapan dgn Nurul Izzah?



Semasa pilihanraya umum 2008, Umno mengalami kekalahan mengejutkan di Lembah Pantai di mana Shahrizat Jalil kehilangan kerusinya kepada Nurul Izzah, pendatang baru PKR.

Untuk membina keyakinan atas kekalahan itu, Raja Nong Chik yang mengetuai Umno Lembah Pantai dan BN Lembah Pantai telah dilantik sebagai senator dan diberi jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Dengan menjadi menteri atas tiket sebagai ahli senator dan bukan melalui peti undi, Raja Nong Chik dilihat sebagai seorang yang kurang berwibawa di mata warga Lembah Pantai. Rakyat di situ adalah antara yang sangat lantang bersuara walaupun ramai juga dikalangan mereka yang berpendapatan rendah. Walaupun telah banyak dana yang disalurkan kepada kawasan itu demi memenangi hati rakyat di sana, Raja Nong Chik sebenarnya lebih kepada memenuhi aspirasi ketuanya, Najib Razak.

Orang kuat Najib

Raja Nong Chik ataupun RNC terhutang budi dengan Najib atas jawatannya dalam kabinet. Disebabkan takut Shahrizat sekali lagi akan tewas kepada Nurul Izzah yang popular itu, Najib telah memberi lampu hijau kepada RNC untuk menolak Shahrizat daripada senarai calon Umno yang mempunyai harapan untuk bertanding di Lembah Pantai.

Malangnya, skandal RM250 juta NFC telah hangat diperkatakan dan sekarang, ia juga tidak dapat dikawal lagi sehinggakan Najib sendiri yang terkena penangan skandal tersebut. Sama ada kebetulan atau tidak, nampak gayanya RNC telah tersalah pilih isu untuk mengenakan Shahrizat. Sememangnya RNC dituduh sebagai orang dalam yang membongkar isu NFC walaupun beliau secara terbuka menyangkal tuduhan itu.

Pada mulanya, NFC dipilih kerana projek ternakan lembu negara yang telah dianugerahkan kepada suami dan anak-anak Shahrizat diketahui diuruskan dengan begitu teruk menurut laporan Ketua Audit negara. Penyebaran isu itu hilang kawalan setelah ramai lagi musuh Najib yang berminat membongkar isu itu dan ini telah mendedahkan pula penyalahgunaan dana yang dilakukan keluarga Shahrizat.

Skandal itu telah menjadi isu yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat dan mereka juga mahukan jawapan mengenainya. Seperti benarkan pihak NFC telah membeli apartmen mewah bernilai RM 1.7 juta di Kazakhstan sebagai hadiah perkahwinan anak Najib? Ini adalah satu malapetaka buat Najib dan orang-orangnya sekiranya ia dibuktikan benar! Najib harus cepat-cepat membendung isu ini dan mengalih pandangan dan kesangsian rakyat terhadapnya seraya memastikan bahawa pengarah NFC iaitu suami Shahrizat dan anak-anak beliau akan didakwa atas skandal itu.

Sama ada ini akan menghentikan rakyat daripada menunding jari pada penglibatan Najib dan keluarganya dalam skandal NFC masih boleh dipersoalkan. Yang penting, kedua-dua pihak; yang memberi dan menerima harus dibawa ke muka pengadilan. Juga, sekiranya Najib serius mengenai usaha memerangi rasuah, beliau harus tampil untuk disiasat mengenai hal itu.

Meminimakan kerosakkan

Hasil daripada kes RNC dan Najib ini, Perdana Menteri kita itu berkemungkinan terpaksa mengenepikan RNC dengan cepat. Ia lebih sukar daripada apa yang kita bayangkan kerana Najib sendiri telah memilih RNC untuk menggantikan Shahrizat dan juga telah memberikannya jawatan Menteri Wilayah Persekutuan supaya RNC beroleh dana untuk disalurkan kepada Lembah Pantai. Semestinya pihak akar umbi Umno akan berasa marah kerana politik kotor yang dimainkan oleh presiden parti sendiri terhadap seorang pemimpin lama iaitu Shahrizat yang mengetuai Wanita Umno. Ini boleh merosakkan lagi kredibiliti Najib di mata mereka.

Ini mungkin sebab mengapa para penasihat Najib mengeluarkan kata-kata bahawa PM sedang marah terhadap RNC dan menegaskan tiada kaitan antara PM dengan beliau. Disebabkan terdesak, pihak Najib sekarang mengatakan bahawa apa-apa kaitan antara Najib dan RNC adalah dari ibu bapa mereka, nenek datuk dan adik beradik semasa rejim terdahulu dan bukan Najib. Ini sungguh tidak masuk akal kerana tiada sesiapa pun yang memaksa Najib memilih RNC sebagai menteri. PM sendiri yang memilih RNC dan ini memeranjatkan semua pihak.

Yang tidak masuk akal juga adalah Najib tahu bahawa RNC juga boleh kalah dengan Nurul sekiranya beliau bertanding. Walaupun dengan fakta ini dan Washington Post mewar-warkan Najib sebagai seorang jaguh, Malaysia dan Lembah Pantai juga akhirnya akan tahu kenyataan itu.

Jika Najib mahu menghukum RNC sebab menikam Shahrizat dari belakang, dan menimbulkan perbalahan dalaman Umno, beliau seharusnya meminta RNC untuk meletak jawatan daripada kabinet demi keadilan kepada semua pihak. Tetapi, sungguhpun usaha menjauhkan diri daripada RNC dan juga kata-kata tegas beliau demi untuk menyelamatkan diri sendiri, RNC masih tetap akan bertanding di Lembah Pantai.

Sebenarnya, RNC adalah calon yan paling berpeluang untuk menang di Lembah Pantai, hanya kerana telah begitu banyak dana yang disalurkan kepada kawasan itu dan memenangi hati bahagian Umno di situ. Jika RNC kalah, Najib tidak akan berani melantik beliau menjadi Menteri WP ataupun senator.

Wang yang banyak disalurkan untuk memastikan peluang RNC menang

Adakah RNC telah melakukan yang secukupnya untuk memastikan peluangnya memenangi Lembah Pantai cerah pada PRU 13 yang akan diadakan pada Mei atau Jun nanti? Setakat ini RNC telah memfokuskan semua usaha beliau di kawasan bandar tetapi masih kurang pembangunan itu. Beliau tidak pedulikan perasaan Shahrizat dengan menggantung baner beliau di kawasan itu yang memaparkan gambar beliau dan Najib.

RNC juga telah membelanjakan amaun yang cukup besar bagi kementerian beliau untuk Lembah Pantai, membantu pemimpin dan organisasi yang rapat dengan Umno hampir RM50 000 seminggu. Ini yang diberitahu oleh timbalan presiden PKR Tian Chua yang juga menuduh beliau menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan politik beliau sendiri.

Setiausaha politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil mengatakan bahawa jika anda pergi ke laman Facebook RNC, anda akan nampak dalam setiap 30 program yang dibuat oleh beliau, hanya 1 sahaja akan dibuat di luar Lembah Pantai. Program yang di buat oleh kementerian beliau di kawasan itu termasuk Projek 1 Komputer 1 Murid, Kedai Rakyat 1Malaysia, 1 Sumbangan 1 Keluarga, pusat tuyisen dan pinjaman pelajar (PTPTN).

Segalanya dibuat untuk beliau memenangi Lembah Pantai

Najib juga telah memberikan lampu hijau kepada penjawat awam terutama daripada kementerian pertahanan untuk meningkatkan undi BN di sana sungguhpun dengan cakap-cakap yang beliau tidak menyenangi RNC. Jika Umno menang kerusi itu, RNC akan mengawasi dan menjaga semua pembangunan di Kuala Lumpur. Sememangnya RNC tahu bahawa tugas beliau adalah menjaga kepentingan Najib dan ini sudah jelas.

Sangat besar wang yang diperuntukkan kepada pembangunan Kuala Lumpur dan jumlahnya adalah lebih daripada separuh jumlah keseluruhan budget. Antara projek yang dijangaka akan dilaksanakan tidak lama lagi adalah bangunan 100 tingkat, MRT Lembah Kelang, Pengindahan Sungai Kelang, pembangunan Penjara Pudu dan juga projek perumahan juga komersil.

Segalanya akan dilaksanakan dengan ketiadaan Shahrizat sekarang. Tetapi, jika beliau kalah di Lembah Pantai, selepas skandal NFC dan juga pertolongan Najib, RNC bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada jawatan kabinet dan senator beliau. Beliau boleh pergi belayar betahun-tahun lamanya dan selepas itu, bolehlah kembali kepada keadaan asal dahulu sebelum Najib melantiknya menjadi menteri- seorang lagi ahli Umno biasa yang tiada pangkat atau apa-apa walaupun sudah 25 tahun menyertai Umno.

Lembah Pantai adalah harapan beliau kepada masa depan politik yang kukuh tetapi lembu dan kondo Shahrizat mungkin sahaja bakal menguburkan impian itu.

Malaysia Chronicle

2 comments:

  1. RCN tak akan menang di Lembah Pantai.....percayalah...Ini bukan Kuala Lipis atau Permatang Hulu.....

    ReplyDelete
  2. Hey very cool website!! Guy .. Beautiful .. Wonderful .. I will
    bookmark your site and take the feeds additionally? I am satisfied to find a lot of helpful info right here within the submit, we want work out more
    strategies on this regard, thank you for sharing. . . . . .


    Feel free to surf to my weblog; labmundo.org

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist