Dengan lebih sejuta pesakit di China memerlukan pemindahan buah pinggang dengan segera, maka ia mendorong penderma yang inginkan wang tunai pantas, menjual buah pinggang mereka.
Malah ada antara penderma yang setiap hari merayau di hospital bagi mendapatkan pembeli.
Nanfang Daily mendedahkan ada antara penderma terbabit kini menyesal dan menderita kesan tindakan mereka menjual organ tersebut.
Salah seorang daripadanya ialah He Qing, 32 yang menerima bayaran sebanyak AS$3,167, namun kini selepas hanya memiliki sebelah buah pinggang, dia mula menyesal.
“Tubuh saya mulai susut manakala wajah saya menjadi pucat. Jika saya bekerja keras dalam masa beberapa bulan, saya boleh mendapat duit berkenaan, bukan melalui cara menjual buah pinggang saya,” katanya.
Menurut He, sebelum ini dia mempunyai pekerjaan yang bagus dan keluarga yang bahagia namun selepas isterinya meninggalkan dia bersama anak perempuan mereka, He mula beralih kepada minuman keras.
Dia kemudiannya berhenti kerja, namun dalam masa sama berhutang kad kredit.
Enggan meminjam daripada saudara maranya, dia nekad menjual sebelah buah pinggang.
Manakala Dong Nan, 25, dari wilayah Shaanxi pula berkata, dia mengambil keputusan menjual organnya kerana ingin menebus semula traknya yang telah disita oleh polis atas kesalahan jalan raya.
Namun dia kemudiannya ditawarkan oleh anggota polis untuk menjadi agen dan memberi upah kepadanya jika berjaya mencari penderma.
Sementara Xiao Ding, 22, pula menggunakan wang hasil penjualan organnya itu untuk membayar rawatan menggugurkan anak oleh teman wanitanya./mynewshub