NAIB Presiden PKR, N Surendran (gambar sisipan) menganggap hukuman setahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan bagi kesalahan menghina mahkamah ke atas imam yang membaling selipar itu, sebagai keterlaluan dan tidak sesuai.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakan imam itu melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.
Dalam mempertahankan Hoslan, Surendran berkata dalam satu kenyataan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mengambilkira persekitaran yang timbul daripada kes itu dan telah gagal untuk mengimbangkan keadilan dengan belas kasihan.
Menurutnya, imam Hoslan tidak diwakili peguam dan sangat emosi ketika dia melakukan perbuatan tersebut.
Dia juga, tegas Surendran, adalah seorang bapa yang bergelut untuk membesarkan tujuh orang anaknya dan kesnya telah tertangguh sejak tahun 1999.
"Teguran keras atau denda sudah mencukupi dalam kes ini," katanya.
Menurut Surendran yang merupakan seorang peguam, mahkamah perlu memelihara maruahnya dengan kekuatan autoriti moral, bukan dengan memenjarakan orang.
Beliau menggesa badan kehakiman melihat pada diri mereka ketika keyakinan orang ramai merosot kerana persepsi bahawa hakim-hakim tidak bebas dan telah gagal melindungi hak asasi rakyat Malaysia.
"Kekurangan keyakinan dan rasa hormat ini boleh membawa kepada berulangnya kejadian seperti kes membaling selipar," katanya./sabahkini.net
Lagi pelajar sekolah maut, motosikal gagal memotong
59 minutes ago
Satu lagi bentuk kezaliman di negara ku..... penjara se tahun kerana membaling selipar ke arah panel hakim... tak kena pulak tu. Kalau qisas pun tak sabit kan. Bila manusia sudah gelojoh dgn kuasa yg ada di tangan, (walaupun kuasa yg sedikit)ini lah jadi nya. Wahai rakyat Malaysia..ayuh perbetulkan keadaan, jgn tunggu Allah murka.. tak tertanggung nanti!!
ReplyDelete