Monday, 5 March 2012

3 HARI LAGI (8 MAC 2012), PENGUMUMAN PENTING SBPA...


Perhimpunan Penjawat Awam 8 Mac 2012. Pengumuman Penting? SBPA?


Dalam kata mahu diadakan perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri seminggu selepas perasmian sidang parlimen pada minggu hadapan (19 Mac 2012), berita terbaru SBPA yang diperolehi, dijangka YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak akan membuat pengumuman penting pada hari Khamis ini 8 Mac 2012.

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

  • Tarikh : 8 Mac 2012
  • Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
  • Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hadir bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Lagi Cadangan Cuepacs : Penambaikan SBPA

Tidak mahu & tidak bersetuju beberapa nama jawatan yang terkandung dalam SSM ditukarkan seperti yang ada pada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Antaranya ialah :

  1. Pemandu kepada Pembantu Operasi
  2. Penyelia Asrama kepada Pembantu Tadbir
  3. Penolong Pengurus Asrama kepada Penolong Pegawai Tadbir
  4. Pengurus Kolej Universiti kepada Pegawai Tadbir
  5. Pembantu Penerbit kepada Pembantu Penerangan
  6. Pegawai Penerbit kepada Pegawai Penerangan.

Antara sebab Cuepacs menentang cadangan tersebut adalah kerana :

  1. bertentangan dengan aspek tugas mereka
  2. gred bagi jawatan berkenaan juga didapati tidak berkembang

P/S : Diharapkan tiada lagi desas-desus tarikh pengumuman SBPA untuk terus ditunda selepas ini & ramai mengharapkan hasil yang muktamad oleh pihak-pihak yang terlibat dalam semakan semula gaji SBPA

PP/S : Adakah antara pengumuman penting Perdana Menteri pada 8 Mac 2012 (perhimpunan penjawat awam) nanti bakal menyaksikan hasil keputusan semakan semula gaji SBPA 2012?

-berita semasa

2 comments:

  1. Teman koje sendiri jd idak la teman kesah pun. Cume riso rege barang mencanak naiknye. Gomen yg naik gaji org lain yg kene tempias rege barang. Idak gitu yub/yong??

    ReplyDelete
  2. tidak begitu..

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)