.

Friday 10 February 2012

TERKINI : Formula gaji baru SBPA 2012


TERKINI : Semak Draf Cadangan Cuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!!


Kepada kalangan pembaca yang terdiri daripada kakitangan awam ternanti-nanti berita terkini tentang perkembangan semakan sbpa gaji baru 2012, kami ada sertakan draf cadangan memaparkan formula gaji baru yang baru sahaja dikemukakan oleh Cuepacs. Semak lampirannya…..

Kami perhatikan cadangan gaji yang dikemukakan tiada perbezaan yang ketara. Walaubagaimanapun, untuk gred sokongan kelihatan ada perubahan & peningkatan.

Formula Gaji Cuepacs (Semakan Semula SBPA Gaji Baru 2012)


Klik gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas

Kalau sebelum ini, Cuepacs melalui Presiden Datuk Omar Osman mempertikaikan hasrat kerajaan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 apabila membandingkan dengan kadar gaji baru yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

P/S : Apa pendapat anda setakat ini setelah memerhatikan dengan draf cadangan daripada Cuepacs ini mengenai penambaikan SBPA Gaji baru 2012 ini?

Sumber: sini

25 comments:

  1. saya rasa lebihkurang dulu gak...

    ReplyDelete
  2. omar osman patut teliti bukan ikut sedap mulut saja,gaya kepimpimpinan yg auta,kalau kelulusan dah renda dapat yg sepatutnya la,bukan minta lebih,kalau naik 10% semua patut naik 10% juga bagi semua gred perjawatan

    ReplyDelete
  3. tak adil...tak adil.. tak adil...
    memang tak adil...

    ReplyDelete
  4. lebih kurang sama... tk payah nk bentangkan. kelakar betul pak omar.

    ReplyDelete
  5. Begitu lah ... bila orang lain buat .. tak puas hati, tak betul, tak telus dan sebagainya ... Bila di beri dia peluang buat ... lihat apa yang berlaku ... Adakah ini dinamakan keadilan ..

    ReplyDelete
  6. Biaq la dia buat kerja dia, yang hampa dok bising tu hampa tau ka? Hampa tu salah sorang panel ka? Bagi teguran, jangan dok hentam ajer.

    ReplyDelete
  7. ni baru la ok sikit. Tp lg cantek kalau T5 dari SSM turun ke SBPA T5 gak. Ini tak, baik2 T5 dr SSM, turun pegi T3 pulak kat SBPA.
    AKU yg keja awal 2 tahun awal buleh pulak sama dengan yg 2 tahun kemudian. Sedey !

    ReplyDelete
  8. Aik, Kumpulan pelaksana naik 13% ke? kump PnP naik 7%. kenaikan peratus zaman Pak Lah bermula lagi. gaji starting Diploma dgn Ijazah dan nak dkt sama plak. Mana ada PM kata naik 7 - 13% tu, kump pelaksana naik 13% dn kump PnP naik 7%. ermmm

    ReplyDelete
  9. Kumpulan berijazah asyik rugi je, macam tu tak payahlah belajar tinggi-tinggi tutup je semua universiti.Tapi nak rakyat berilmu dah berabis banyak duit org yang tak belajar tinggi-tinggi gaji lebih banyak ape cerite ni.Kita kena adil pada semua.Dulu kumpulan sokongan dah naik 25% kumpulan berijazah cuma 10% je.Ape cerite ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CIRI-CIRI ORANG YANG TERDAPAT PENYAKIT SOMBONG
      Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka’bul Ahbar :
      Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum “Thinatul Khabaal” yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.

      Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

      1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
      2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
      3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
      4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
      5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
      6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
      7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
      8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
      9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

      Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.

      Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.

      Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri:
      “Wahai diri…kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??”

      Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
      1. Baca Surah Ad Dukhan
      2. Selawat
      3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.

      InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
      Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :

      “Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit.”
      Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah

      Delete
  10. saya xrasa x adil.sebab apa yg kta lihat percentage tu dikira daripada gaji sebelum.so katakan gaji sebelum 1889.22 dgn kenaikan 8% hadi rm2040.3576 tapi dibundarkan menjadi rm2045 bagi dg 41. dan kita boleh lihat pula bagi N1/N11 ssm p3t2 gajinya rm796.16 selepas 13% kenaikan menjadi rm 899.6608 dibundarkan menjadi rm 905. nampak macam kenaikannya bnyk tapi sebenarnya tidak.


    dg 41 naik rm155 manakala n1/n11 naik rm 108.84,perbezaan kenaikan rm 46.16, tapi, ada tapinya,kenaikan tahunan bagi n1/n11 cuma rm80 tapi dg 41 rm225.perbezaan rm 145 kenaikan.


    so kenaikan untuk dg 41 pada tahun ini adalah rm380 manakala rm188.84. perbezaan kenaikan adalah rm191.16.


    ianya masih menguntungkan dg41.masih.hehe.


    cahaya pemelihara.

    ReplyDelete
  11. n 1 more thing, kalau perasan itu baru gaji basic, belum termasuk elaunkan? so kalau dah masuk elaun.cuba kira. sangat banyak berbanding sebelumni. ke elaun dah dimansuhkan?


    -cahaya pemelihara-

    ReplyDelete
  12. tapi lebih baik kalau kenaikan semua sama 13%.itu sebaik2nya.


    -cahaya pemelihara-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhyooo 10%, 13%. .aku keje swasta naik baru ni cuma naik 3% je.. HAPUSKAN DASAR SWASTA! semua jadikan bawah kerajaan. Dasar Swasta menrugikan pekerja!

      Delete
    2. dulu-dulu masa kat sekolah ada yg malas belajar...tup-tup dapat keje gomen,,,pastu nak komplen lg gaji sikit la...orang lain dpt banyak.....cuba pikir sikit....org yg belajar sampai kat U tu masa kat sekolah rajin belajar sebab tu boleh masuk U.... pastu nak kena bayar hutang ptptpn lagi...so org yg belajar lebih kena la dapat lebih sikit ini barulah ADIL. kalau tak , lepas ni budak-budak lepas SPM je terus keje kerajaan dan minta itu ini....lu pikir la sendiri...ops terlebih sudah...

      Delete
  13. CIRI-CIRI ORANG YANG TERDAPAT PENYAKIT SOMBONG
    Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka’bul Ahbar :
    Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum “Thinatul Khabaal” yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.

    Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

    1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
    2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
    3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
    4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
    5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
    6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
    7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
    8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
    9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

    Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.

    Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.

    Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri:
    “Wahai diri…kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??”

    Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
    1. Baca Surah Ad Dukhan
    2. Selawat
    3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.

    InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
    Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :

    “Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit.”
    Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah

    ReplyDelete
  14. semua nk komplen xpuas ati gaji sikit la,xadil la...dlu nk dpt gov xkisah gaji berapa...asal dpt keje gov...skrg ni mengada2 plak...

    ReplyDelete
  15. SABAR LA, TU BARU PELARASAN, 2015 NAIK LAGI, 2017 NAIK LAGI. MENJELANG 2020 GAJI MINIMUM 4K PERMONTH. MINIMUM REQUIREMENT UTK GOVT SERVANT DIPLOMA. TAK CAYA? TUNGGU LA TAK LAMA DAH..

    ReplyDelete
  16. a'ah...2020 gaji minimum 4k.masa tu harga barang dah naik 100-200 peratus....same je....xde bezanya...masa tu gaji 4k mcm gaji 1-2k skarang je....

    ReplyDelete
  17. Takkanlah lagi 8 tahun inflasi 100-200% naik barang.. Logik ke kalau harga kereta 8 tahun lagi spec miniumum mcm BLM jadi 100k? Logik ke harga minyak RON 95 naik sampai 5 ke 8 ringgit..

    Kira logik la sikit bang.. Lagipun 4K tu untuk stating gred PRA.. Kalau kerani mungkin dah 5K etc..

    Kalau tak tahu bersyukur tu tak tahulah.. Banyak mana pun tak cukup.. Kalau tengok dulu tahun 80an ayah saya naik motor jr kerja kerani sampai nak dekat pencen baru beli kereta.. Kalau sekarang, kerani pakai vios atau paling kurang persona.. PAR pun mampu pakai kereta.. Adakah tak cukup sebab memang tak cukup atau kita berbelanja bukan mengikut keperluan tetapi kemahuan?

    ReplyDelete
  18. rasanya mmg tak adil..mmglah kenaikan gaji kena ikut gred tp kalau beli barang kat pasar ke supermarket ke,pakai gred jugak ke bang?hahaha...apeeeelah..yang gred rendah cuma naik rm80 dan yang gred tinggi pulak naik rm2000 ke rm3000 tp kalau nak beli sardin kat pasaraya maner ada pakai gred,hrga sama jer tak kira saper yang beli pun...korang fikir2 kan lah...kalau dlm 20 tahun gaji kerajaan naik macam ni,gaji gred rendah cuma dlm lingkungan rm4000 ke rm5000 jer dan gaji gred tinggi pula rm20,000 ke rm25,000...adil ke?...sebaiknya semua keje govment naik sama rata,semua naik 13%...kan adil..

    ReplyDelete
  19. Kalau naik 13% semua gred memang la tak adil.. Gred tinggi lagi byak kenaikannya..

    Sepatutnya gred lantikan persen kenaikan tinggi contoh mcm gred 1, gred 17, gred 27 & gred 41. Gred kenaikan pangkat barulan persen rendah sikit. Barulah ratio gaji nampak rata..

    Memang beli barang kat pasar malam tak ikut gred, tapi kita kena ingat berapa kos yang gred tinggi habis masa belajar. Contoh 10k setahun utk degree x 4 tahun.. Lepas tu bayar pinjaman bulan2 dekat 3 ke 4 ratus sebulan.. Pening kepala belajar lagi.. Ok lah tu.. takkan kita yang senang takyah belajar teruk2 tapi dapat gaji tinggi?

    Bagi saya kenaikan sepatutnya berdasarkan performance seseorang.. apa sumbangan pada jabatan, apa proses kerja baru yang dicipta dan diimplement, cadangan penjimatan kos jabatan etc..

    Kalau tak ada sumbangan pada jabatan kenaikan biasa macam private sector punya cara..

    ReplyDelete
  20. Nampaknya SBPA dah terbatal.. 3 x pelarasan menjelang 2020 pun dah tak ada.. Nampaknya tak adalah gaji basic 4k start 2020.. Terpaksalah akur kenaikan hingga 2020 rasanya tak sampai 800 ringgit..

    kenaikan 15% tetap tak akan cukup.. Sama macm zaman paklah dulu.. Sekarang mungkin rasa banyak, setahun 2 ni rasa macam biasa balik.. Masih tak cukup..

    Sepatutnya cuepacs tak perlu terburu2 dalam kes ni.. Rasanya banyak keistimewaan SBPA dah tak ada..

    ReplyDelete
  21. Haa... amik.. dapat 13% semua gred.. Target nak gaji minimum 4k tak dapat dah.. Gaji maksimum ada balik.. Kesian pada yang dah langgar tiang tu..

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist