Thursday, 16 February 2012

Hukum Forex Haram – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan!!


Sebelum ini persoalan membabitkan hukum Forex haram atau halal acapkali menjadi perdebatan dan persoalan dikalangan apa yang boleh kami istilahkan sebagai “kaki forex”.

Dan tahun lepas pun JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan bagi membincangkan perkara-perkara seperti :

  1. Kefahaman Umum Terhadap Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Kedudukannya Dalam Syarak
  2. Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Pandangan Syarak Mengenai Pegendaliannya
  3. Perdagangan Mata Wang (Forex) Kedudukannya Dalam Undang-undang dan Kesannya ke atas Ekonomi

Dan hasil daripada muzakarah tersebut terdapat beberapa rumusan dan kesimpulan yang telah dicapai antaranya ialah :

  • Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabit tertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharar dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.
  • Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia

Walaubagaimanapun, semalam satu ketetapan telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Forex.

Hukum Forex : Haram atau Halal?

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. – BERNAMA

Dahulu secara faktanya antara sebab ekonomi Malaysia pernah jatuh tahun 1997/1998 adalah tindakan kerajaan Malaysia bermain forex antarabangsa yang “duduk dalam sistem kapitalis” sehingga telah memberikan ruang kepada spekulator George Soros untuk sabotaj ekonomi Malaysia.

Bagi kami ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu-satu kemusykilan untuk dijadikan panduan tambahan kepada umat Islam di Malysia hari ini. Dan tindakan Majlis Fatwa meletakan hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dalam kajian dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua.

Yang berada dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini pun bukannya sebarangan orang. Kalangan ulama dan yang ada pengetahuan tinggi dalam ilmu agama.

“Adakah kita mahu terus menunggu jawapan yang kita ingini barulah kita akan terima & berpuas hati dengan ketetapan daripada kalangan yang pengetahuan tinggi dalam agama terutamanya melibatkan hukum”

Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami sendiri supaya Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia jenguklah-jenguklah sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya.

Kami mahu lihat sendiri apa pendirian Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengenai soal-soal yang melibatkan Sara 1Malaysia, kadar faedah yang dikenakan pihak bank kepada pelanggannya selama ini, PTPTN caj pelajarnya dikehendaki bayar balik lebih dari jumlah pinjamannya. Dan mungkin kalangan anda sini mahu menambahnya?

Samada kerajaan nak ikut atau tidak itu perkara nombor 2. Yang penting kami mahu melihat sendiri ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu.

P/S : Apa respon anda sebaik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan hukum Forex haram?


sumber

30 comments:

  1. Kami nak majlis fatwa kebangsaan keluarkan fatwa skim sara satu malaysia sebab skim tersebut menjanjikan keuntungan tetap setiap bulan.

    ReplyDelete
  2. forex haram, sara 1M halal.. pe emm cakap

    ReplyDelete
  3. Benda yang tidak mendatangkan apa2 hasil kepada kerajaan akan menjadi haram...Bukit tinggi yang tertonggol kat Genting...ada Ulama2 kat Malaysia kata haram...sila jawab?

    ReplyDelete
  4. Dah nama pun berniaga. Dah tentulah untung rugi tak menentu. Apa punya fatwa ni? Mana dia nas dan dalil? Mana ada bank yg tak berurusniaga forex? Termasuk jugalah bank Islam.

    Apa yg dia orang buat semua halal. Apa yg rakyat buat jadi haram kalau tak ada kepentingan. Perniagaan korporat kat mesia ni pasti untung. Kalau rugi kerajaan akan bailout. Yang mcm ni HALAL kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju sangat dengan hang. Mana nas dan dalil? Lepas tu, apa maksudnya tidak menepati hukum syarak. Aqad jual beli adalah sunat muakkad bukan wajib. Jangan aku akad dengan kapir dah la. Tak bolehlah aku meniaga dengan cina, india, mat salleh. Memang giler.

      Lepas tu, dok sama mas dinar dengan wang ringgit. Yang Nabi haram setau aku EMAS DINAR yang dijadikan matawang takut dimanipulasi yahudi face valuenya dengan barangan yang boleh ditukar.

      Aku hairan boleh sama pulak mas dinar dan wang kertas.

      Kalu kata kita jenis niat berjudi, aku faham lah (macam kita minum air biasa kemudian kita kata macam minum arak)

      Lepas tu FOREX Islam macamana pula?

      Aku nak tanya juga, depa yang buat fatwa tu pernah masuk FOREX ke?

      Baiklah korang tengok Ustaz Azhar Edrus dan sorang lagi ustaz tu..aku lupa nama dia. Cakap sikit, bagi nas dalil.

      Aku hairan betul...mana persetujuan Raja-Raja Melayu (yang mana kaum kerabat depa pun main FOREX gak - pi la fatwa depan raja-raja..aku nak tengok apa nak jadi)

      Wallahualam - Allah lagi tahu niat aku nih.

      Delete
    2. Haa, yang jatuh tahun 1998 pasal Soros tu TAK ADA KAITANNYA DENGAN FOREX. Itulah, orang suruh mengaji, tak nak mengaji sekolah. Jatuh tahun 1998 dulu pasal MONEY LAUNDERING. Ini yang aku geram ni!!

      * Jual beli matawang diharuskan oleh syarak (sapa cakap? wahhabi ke?),
      Gharar syubhah mendenye? Yang kita dok makan hari ni, tak de syubhah ke? Operasi sistem bank islam dalam kerangka konvensional - tak ada zaman Nabi - tak boleh sama dengan baitulmal. Aku masuk duit dalam bank, aku kuar dengan ATM - itu bukan syubhah ke? Kenapa la tak cerdik sangat nih!!

      Delete
  5. BNM yg beri taklimat?! apa motif disebaliknya? Selama ini kita tahu yang BNM dah lama nak cuba control duit keluar masuk Malaysia nie ... bab forex nie dia tak dapat control sb byk cara org boleh buat ....

    ReplyDelete
  6. Terpulanglah pada masing2 punya pendapat, yg aku pelik, hari tu keluar fatwa ASB haram, tiba2 alih2 kata halal pulak, cepat betul PNB bersihkan akaun dia....
    Kalau nak ikutkan aktiviti bank di Malaysia lagi banyak haramnya termasuk pengunaan kad kradit.....dan lagi meluas pengunaannya, kenapa tak keluarkan fatwa sekali......
    Aku kadang2 jadi was2 dgn majlis fatwa ni....macam kerajaan juga....flip plop....
    Macam kes DSNajib yg melawat kuil Hindu Bt Caves juga....mufti kata haram, rosak akidah, dua tiga hari lepas tu, bila semua org dah kecoh.....dia kata boleh pulak, mufti yg sama......
    rasanya forex ni jadi haram sebab kerajaan tak leh nak cukai individu2 yg untung forex....
    Semuga ALLAH beri hiadayah pada semua rakyat Malaysia, dah jauhi Malaysia dari ulamak2 yg jual ugama utk perut mereka....

    ReplyDelete
  7. kadang2 bende yg halal pun boleh jadi haram...bergantung pada niat la bro...yang penting kita yakin n faham pe yang kita wat,insyaAllah.....yg baik datng dari Allah,yng buruk dtng dari Allah juga tetapi atas kesilapan diri sendiri.wslam

    ReplyDelete
  8. Dalam perspektif hukum Islam, Perdagangan Berjangka Komoditi (PBK) (forex adalah bagian dari PBK) dapat dimasukkan ke dalam kategori almasa’il almu’ashirah atau masalah-masalah hukum Islam kontemporer. Karena itu, status hukumnya dapat dikategorikan kepada masalah ijtihadiyyah. Klasifikasi ijtihadiyyah masuk ke dalam wilayah fi ma la nasha fih, yakni masalah hukum yang tidak mempunyai referensi nash hukum yang pasti.

    Tuan-tuan boleh merujuk tulisan Dr Obaidullah dan Dr Humayun Dar adalah tokoh akademik finance taraf dunia.

    ReplyDelete
  9. sesuka mak bapak diorang je nak haram, sume pakai tiket agama, tapi otak takda. ingat diaorang dah takda kerja lain nak buat.

    ReplyDelete
  10. Kalau nak ikutkan, hisap rokok pn haram. Tapi ade org hisap jugak. Memang malang betul dapat kerajaan macam ni. Puii

    ReplyDelete
  11. dlm islam ...mana ada amalkan 'double standard'
    mengapakah haram pada individu...tak haram pula pada instituisi atau badan2 kanun yang berlesen..

    ReplyDelete
  12. kenapa tak nak pertikaikan babi itu haram sebab duit tak masuk...?

    ReplyDelete
  13. kenape mufti cuma keluarkan fatwa haram secara terpilih?... banyak yang haram... contohnya... main saham tue pun haram.. pasal kerugian tak menentu... urusniaga tertangguh... sume bank yang menawarkan simpanan ataupun secara pinjaman secara riba juga patut difatwakan secara jelas ttg pengharamannya... kenape mufti selalu mengeluarkan fatwa mengikut keuntungan kerajaan semata-mata.. jikalau kerajaan tidak mendapat keuntungan apa-apa daripada urusniaga tersebut.. maka difatwakan HARAM.. manakala urusniaga yang sudah terang-terangan mengandungi riba tidak difatwakan sebagai HARAM..... nie ler mufti dunia... takut hilang jawatan...

    ReplyDelete
  14. merujuk pada fatwa yg dkeluarkan.forex adalah haram kerana.1.spekulasi.2.intenet individu.3.keuntongan tdak menentu...soalanya..dimana bezanya dngan pasaran saham bskl..tolong jelas kan

    ReplyDelete
  15. untung rugi x menentu?? itu je sbbnye..then promot BSN.. ??

    ReplyDelete
  16. perggggggggg..... aq skrg BUNTU................. halal n haram pd masa kini cam nak sama je.... semua nampak KABURRRRRRRRRRRRRRRR.... p sapa yg rsa diri dia btul teruskanlah, dan sapa yg rsa diri dia salah DIAMLAH yg lbh baik.......

    ReplyDelete
  17. bolehkah saya bertanya?
    sudahkah anda membaca artikel daripada majlis fatwa kebangsaan dunia?adakah majlis fatwa kebangsaan malaysia sudahpun membuat perbincangan teliti tentang forex dengan semua ulama seluruh dunia?
    kenapakah 9/10 majlis fatwa kebangsaan di seluruh dunia mengatakan forex adalah harus tetapi negara kita sendiri mengatakan ianya haram?adakah sebab pendapatan daripada forex tidak boleh dicukai oleh kerajaan..saya minta anda jawab sebelum mengatakan sesuatu..sila buat kajian teliti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhhh, ayat killer tuh...terbaaek...

      Delete
  18. Rasanya fatwa tu berat sebelah...di forex haram..tp boleh lak pelaburan BSN..ni mesti ada orang kuat BSN ini wat cadangan...apa yang perlu dibincangkan ialah leverage itu...

    ReplyDelete
  19. Senang cerita kenapa ahli ulama seluruh dunia mengatakan Harus dan kenapa ahli ulama tu sahaja yang mengatakan haram

    Kalau Buat undian dari segi nilai dan keputusan para ulama seluruh dunia termasuk malaysia, ramai yang mengatakan harus.

    ReplyDelete
  20. pinteren urang malaysia ketimbang arab ye pemahaman forex duh pusing tujuh putaran

    ReplyDelete
  21. sapa rasa Forex ni halal,boleh teruskan,cuma pilih broker yang mempunyai islamic account.

    ReplyDelete
  22. mmg betol.. benda ade lesen semua halal. cth perjudian toto, magnum, kuda kata halal sbb ade lesen. knp genting blh kata halal. knp arak bt kat malaysia kata halal? buang semua tu blh fatwa keluar forex haram. ade berani x fatwa malaysia? knp diam?...

    ReplyDelete
  23. setiap perniagaan ade untung n rugi.. .. perlaburan asb.. ni aku tanya, setahun ade 12 bln, apa yg dibuat dlm masa 12 bln ? kalo pada aku, dlm tempoh tu asb akan trade untuk bagi kepada pelabur asb. kalo x trade mcm ner nak bg dividen perlabur asb. sapa yg untung, org yg ade kepentingan dlm asb... kerajaan malaysia x tgk ramai melayu kaya sbb dia nak org melayu bergantung kepada kerajaan... kaum laen dah kaya, kaum kita dalam mundur lg. tun mahathir nak maju malaysia pon dia trade duit rakyat untuk naik taraf hidup melayu... melayu blh kaya

    ReplyDelete
  24. Hey I know this is off topic but I was wondering
    if you knew of any widgets I could add to my blog that automatically tweet my newest twitter updates.
    I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

    my web blog: volet roulant sur mesure

    ReplyDelete
  25. What's Taking place i'm new to this, I stumbled upon this I have found It positively helpful and it has aided me out loads.
    I'm hoping to contribute & help different customers like its aided me. Great job.

    Also visit my web blog; parquet chene massif pas cher

    ReplyDelete
  26. Mari sini aku nak ckp kepala bana kau haram...ade kau pantau bank2??ade ke??lmbat bayar kene denda lepas tu kadar % sehingga 13.++ setahun kalau pnjaman selama 6taun kira laa sendiri...tu halal??xde pulak aku tgk puak nih bersuara...penindasan berlaku...gaji kecik bawah 2k % lebih tinggi gaji lebih dari 2k % lebih rendah itu halal??bukan ke tu salah satu cara penindasan??haa??jwp lah...halal ke tuh??bahalol lame da ni aku simpan...mohon pihak2 konon nye islam lah sgt nih menjawap...dgn jelas...eeeiii panas je hati aku...nmpk sgt islam boleh dijual beli...ingat ko pun akan kene tanam nant...duk lam lubang kubur itu jam jawap laa pak2 lebai sekalian...konon haram...pasal xbaya cukai mmg lah haram...puiii (% simbul bg intres)

    ReplyDelete
  27. saham...ASB..ASN...semua haram klu dibandingkan dgn forex....cth simpan rm 100 dlm masa 5 tahun drpd rm 100 tadi menjadi rm 200,so mana dtg rm 100 lagi ??mereka jwb rm 100 itu sebagai bunga...bunga itu riba tuan ularmak woii....kenapa tak cakap haram asn asb toww.saham lagi bapak haramnya...dgn senang boleh di manipulasi oleh sesiapa pun....seluruh bank2 dlm Malaysia ada unit utk trade forex...kenapa tak kata haram?sbb bank ada lesen..sbb byr cukai ??oooo mcm tu ye jual arak ada lesen halal ye..jual arak takda lesen haram...teruknya FATWARE ni...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)