Pelaksanaan Saraan Baru pada kali ini memang banyak adegan “hidden agenda”. Diwar-warkan kononnya Saraan Baru ini akan dapat meningkatkan sumber pendapatan kakitangan awam maka sekaligus mereka akan mengundi UMNO/BN supaya terus memerintah Negara. Namun pada hakikat semuanya “indah khabar dari rupa”. Yang benar-benar akan mendapat faedah ialah golongan PTD dan pegawai tinggi kerajaan.
Sehingga hari kakitangan bawahan belum lagi mendapat Lampiran C untuk mengetahui sejauh mana kenaikan gaji yang mereka akan perolehi sebaliknya tempoh untuk menandatangani opsyen sudahpun bermula pada 16hb dan akan tamat pada 30 Disember 2011.
Bagi mengesahkan lagi bahawa SBPA ada agenda tersembunyi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011 tidak dimuat naik ke dalam portal JPA sebaliknya diberikan secara terus kepada Bahagian Sumber Manusia semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan dalam bentuk dokumen “terhad” dan sulit. Padahal Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 tentang SBPA boleh dimuat turun daripada portal JPA tetapi Lampiran C yang berkaitan dengan skim gaji ditiadakan. Sebab itulah kakitangan awam tak tahu berapakah gaji yang akan mereka perolehi pada tahun 2012.
Sebaliknya PP 12 Tahun 2011 dilampirkan sekali dengan jumlah gaji yang akan diperolehi oleh pegawai tinggi kerajaan (tetapi tiada dalam portal) yang kenaikannya memang “gila-gila” iaitu seperti berikut:
Premier 1 - RM60,000.00
Premier 2 - RM45,000.00
Premier 3 - RM40,000.00
Premier 4 - RM35,000.00
Jadual Pemindahan Gaji dari SSM ke SBPA (Dalam RM sebulan)
Turus - 1 8,745.51 > 16,145.00
2 9,620.06 > 17,020.00
3 10,582..07 > 17,985.00
4 11,640.28 > 19,040.00
5 12,698.49 > 20,100.00
Utama A - 1 7,887.03 > 15,070.00
2 8,652.00 > 15,835.00
3 9,491.25 > 16,675.00
4 10,411.99 > 17,595.00
5 11,332.73 > 18,530.00
6 12,253.47 > 19,440.00
(KUP)
Utama B - 1 7,290.00 > 14,065.00
2 7,997.86 > 14,775.00
3 8,774.45 > 15,550.00
4 9,626.45 > 16,405.00
5 10,478.45 > 17,255.00
6 11,330.45 > 18,110.00
(KUP)
Utama C - 1 6,688.03 > 12,250.00
2 7,337.44 > 12,900.00
3 8,049.91 > 13,615.00
4 8,831.56 > 14,395.00
5 9,613.21 > 15,180.00
6 10,394.86 > 15,960.00
(KUP)
Lihatlah betapa jauhnya kenaikan gaji yang akan diperolehi oleh PTD dan pegawai tinggi kerajaan. Sebaliknya kumpulan kakitangan bawahan hanya mendapat beberapa sen sahaja kenaikan gaji. Maka dengan sebab itulah kerajaan (dengan duit rakyat) terpaksa membelanjakan lebih kurang RM200 juta kenaikan gaji bagi pegawai tinggi ini sahaja dan sedikit untuk keseluruhan kakitangan bawahan. Pelarasan sepatutnya merapatkan jurang perbelanjaan gaji sebaliknya ia makin menjarakkan dan terlalu jauh pula.
Filkir-fikirlah kakitangan awam semua. Rasa-rasanya masa sudah tiba supaya sistem pentadbiran negara ini direformasikan supaya rakyat bawahan menjadi tuan bukannya pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan yang bersekongkol dengan mereka yang melaksanakan dasar yang menindas kakitangan bawahan perkhidmatan kerajaan dan rakyat jelata.
AKUTAKPUASHATI /TKO
Saturday, 24 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jangan ini ada percaturan politik....
ReplyDeleteMana bleh nak rapatkan jurang ni bukan negara komunis... jurang antara lulusan u dan tidak mesti ada, kalau nak bagi sama lebih baik tAK PAYAH MASUK U...Cuma jurang tu jangan keterlaluan saja.
ReplyDeletePaK Mat Said...Saidina Abu Bakar As Sidiq x ambil upah mcm tu skali pun...malah klu nak bandingkan ilmu dia dgn ilmu kita zmn sekarang ni...klu kita blajar seratus buah U dan ada degree smpai satu gudang pun masih x mampu nak tandingi ilmu dia...tp upah dia sikit saja...tu tak banding dgn Rasullah lg yg memang tak terbanding dan tak dpt nk banding...malah pakaian yg dipakai(Saidina Abu Bakar) dr hadiah anaknya sendiri pun tp bila dipersoalkn oleh org bawahan dan rakyat...dgn segera dibuang baju itu wlu penerangan telah dijelaskannya...padahal hanya bju tu sja yg nampak baru yang saidina abu bakar ada, yg lain byk compang camping...malah upah org bawahannya lg mahal dr dirinya. TAk salah jurangnya ada tp biarlah berpada2...org kat atas kerja dia mengarah, org kat bawah kerjanya kuli batak melaksanakan idea2 gila org2 atas wlu idea itu ada yg x masuk akal...tp kerana org kat atas rasa dia bos dia boleh arah org kat bawah buat kerja dia.. takpe org kat bawah akan buat krna itu dan mmg itu kerja org kat bawah, buat pula dgn ikhlas krna nak upah yg halal...wlu sya jg ada segulung ijazah dan menikmati gaji ijazah namun saya rasa lebih elok kaji smula skim gaji tersebut, bagi adil krana kita ni semua makhluk Allah...biar org kat bawah pun rasa senang hati gak dgn org kat atas...nak makan ni sementara nyawa ada jer...satu lg, x payah kita 'sohor'klulusan kita, klu lah dlm keluarga pak mat ada yg x berklulusan U, sggup ker pak mat kata mcm tu pd mereka atau ibubapa pak mat xde ijzah, sggup ker pat mat kata' klu mak n ayah nak gaji mahal, masuk U ler...ini bkn negara komunis'...nanti dlm kubur, Allah tanya ke U mana kita masuk dan ijazah apa yg kita ada?
ReplyDeletesokong anon 2.39. Pak Mat tu macam Pak Mat tempe je . Pekak semacam
ReplyDeleteingat peribahasa...berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian...bersakit-sakit dahulu...bersenang-senang kemudian....renungkan...tak payah nak komplen...jalankan ja SPBA ni...dulu kumpulan sokongan b=naik 25% dan profesional 15% kami tak bising pun ....tak kan nak untung sampai 2 kali terutamanya gred 29 ke 32...kalau gred 11-17 tu tak pa lah....
ReplyDeletecuepacs kate pm minta tangguh...tpi kppa kata borg opsyen tidak dilanjutkan...30 tarikh last...
ReplyDeletePak Ma Said (Tempe) jurang tu ada tetapi dalam kes ni terlalu jurang sangat!!!! tak faham ke, bukan kakitangan rendah tuntut gaji mcm lulusan U, biarlah berpada, INGAT!!! DUIT gaji tu DUIT RAKYAT. Bodo...
ReplyDeletetak lama lagi negara kita akan jadi mcm indon laa....rasanya la ni pun dah ada kut....yg kaya makin kaya ...yg miskin papa kedana.....
ReplyDeleteperbezaan gaji lama dgn baru kumpulan bawahan hanya dapat rm100 hingga rm200 jer. padahal kita tahu harga barangan diluar telah naik beberapa kali ganda dari sebelum ini.lepas pru nanti, pastinya kerajaan menaikkan berbagai kos keperluan asas yg akan terus membebankn gulongan bawahan.
ReplyDeleteini lah rupanya 1malaysia yg dilaung2kan pakcik2 dan makcik2 umno.inilah rupanya slogan 'rakyat didahulukan'.
jgn terus menjadi bodoh...kuasa berada di tangan kita pada pru nanti...nyahkan orang2 zalim ini dari menduduki parlimen. nyahkan umno talibarut zionis dari berkuasa.
Betul tu. Gaji naik tapi harga barang naik juga, apa kesannya kepada taraf hidup kita? Sama kan! Kita nak sangat harga barang dikawal!!!!!!
ReplyDeleteTu dia kenaikan kakitangan atasan sampai dari 50% sampai 200%, tapi kenaikan kakitangan pelaksana cuma 10% je. Kesian kesian. Yang kaya makin kaya yang miskin makin miskin.
ReplyDeleteMakin kuat la kakitangan BAWAHAN kerajaan nie makan RASUAH.
SBPA = SKIM BODOH PERKHIDMATAN AWAM
-wakleman
Hah... pegawai tinggi @ kanan kerajaan yang jadi Ahli majils MKN... dalam mesyuarat mereka yang dibincangkan macamamana nak pertahankan umno...
ReplyDeleteMereka bukan bincang keselamatan negara... tapi bincang keselamatan umno.
Mr.Mekdono
kalau dalam kubur tak tanya masuk u ke tidak, macam tu jugak,dalam kubur tak tanya berapa gaji, jadi tak perlulah nak ungkit siapa dapat banyak, siapa dapat sikit , terima saja apa yang dapat,itu baru tandanya orang yang bersyukur.jangan tengok mereka yang tinggi pangkatnya tetapi tengok pada diri kita dan orang yang lebih rendah dari kita,baru kita rasa bersyukur
ReplyDeleteanon 20.54, mmg btul kita kena brsyukur dgn apa yg kita dpt tp apa yg kita pkatakn adalah psl gaji...x slh gred utma gaji naik tggi tp biar la yg bwh pun naik tggi gak,bkn la nk bg pntas yg tggi pun tp biar mreka juga mampu hadapi knaikn hrga brg lps ni yg pasti akn mlambung tggi....xkan org yg msuk u jer nak mkn aym n daging lps ni...itu x baik utk psrn ekonomi ngara...org gred rndah mkn stahun skali jer?lg pun x baik jg utk kesihtan org gred atas klu mkn dging slalu.....hehhehe...
ReplyDeletekeh3 korang blum tau putaq si omar lagi, ini dia tengah main wayang kulit lembu ngan KA kumpulan perlaksana! bila KA awam mula rasa tak puas ati tetiba siomar putaq kelang kelibut nak jumpa najib..omar2 cukuplah jadi barua umngok
ReplyDeleteanon 12:09...Pasal apa la kalo org bawahan mintak keadilan ckit trus dtuduh x bsyukur & nk pintas gaji org atasan...dulu 25% gaji org bawahan banyak mana sgt la kalo nk banding ngan 15% org atasan...kami bkn nya nk rampas hak kamu, kami cuma nk dekatkan jurang je...sbb kami pn kerja jugak & nk isi perut anak bini.
ReplyDeletepremier diujud utk memasukkan org umno ke dlm kerajaan.
ReplyDeletegolongan atasan umno dh sapu semua perniagaan. golongan pertengahan umno nak juga makan. maka mereka buat jawatan premier yg dibuka kepada org luar(umno la tu).
alasan konon utk tingkat prestasi. mengapa mesti gaji terlalu tinggi? guna sajalah sekil gaji lama kalau 'demi berkhidmat utk negara'.
kalau duit byk itu menjadi penyebab premier blh meningkatkan prestasi jabatan kerajaan, maka bagilah juga kakitangan gaji lumayan baru lah prestasi mereka otomatik akan meningkat.
tak perlu guna kaedah terap motivasi lah, kursus lah, ptk lah dan macam2 kaedah lagi tapi pendapatan tk menarik.
dulu kata nak kecilkan jurang pendapatan, sekarang semakin luas jurang.
yg diminta ialah pelarasan gaji, yg diberi pula skim baru. sebab duit tk cukup nk bagi pelarasan gaji. jika skim baru byk perkara blh adjust sana sini.
takpe....sain dulu SBPA......lepas umno kalah kamu kakitangan kerajaan cuepacs dan jpa di bawah pakatan rakyat buat skim baru yg mesra kakitangan kerajaan.
Awat ramai sangat marah Pak Mat. Kan Pak Mat cuma kata patuat ada perbezaan ikut taraf jawatan, tapi janganla terlalu jauh jurangnya.. Rasional ape..
ReplyDeleteini semua wayang la, x reti bahasa ke korang ni, sat g tgk la ade hero lak mengatakan semua ini dibatalkan dan tambahan utk yg bwh juga diberikan, lepas tu berduyun-duyun la pujian yg diterima dan kakitangan awam lak mcm dirasuk melaungkan kesyukuran yg teramat sgt. Game ni dh basi la, x belajar dr perkara sblm2 ni ke? xkn dia org nk gali lubang kubur sendiri kot, bab putar alam ni depa meme terer..cuma kita kne lebih terer klu x kn lipat la jawabnye.
ReplyDeletepembantu kemahiran gred h 4-1 kenaikan lebih tinggi dari gred kanan h 4-3...gaji mati h 4-1.. ssm p3 rm 18++ , sbpa gaji mati rm 2805..bila tolak gaji mati ssm dengan sbpa...kenaikan rm 1000..
ReplyDeletebagi yang kanan pula h 4-3 gaji mati ssm rm 2555.++ sbpa 3140..kenaikan rm 585...kami bukan tolak sbpa,tapi perkiraan gaji yang tak betul..itu kami bantah
pak mat said: mmg negara ini bkn negara komunis...negara ini adalah negara Islam yg dilaung2kan oleh umno... so klu ngaku negara ni ngara Islam buat la cara Islam...bkn cara kapitalis...mmg kakitangan bawahan x ptikaikan gaji org u msti mahal dr x u,tp kerajaan kata nak bg kurang jurang dan meningkatkan trf pndapatan ke arah berpendapatan tinggi...ironinya slps kenaikan gaji pasti barangan akan naik mendadak, klu x percaya...tggu dan rasailah.Jadi jika keadaan berlaku begitu, kenaikkan gaji org bawahan x membawa makna apa2...x mungkin dpt serap pendapatan dgn kenaikkan hrga brangan...tu yg kerja kerajaan,yg x kerja kerajaan mcmana lak? kalau dilihat dan diperhatikn setiap kali kenaikan gaji,pelarasan gaji,pertukaran skim saraan ia lebih menguntungkan org atas shj...org bawah sekadar ciput kera. Tp yg kerja kuat, yang kena marah, yg kena paksa, yg wajib hadir bila pemimpin umno datang hanyalh org bwh jer...wlu pun dtg dgn x rela hati.Kpd anon 20.54:mmg org bwh brsyukur dgn apa yg dapat...tp adakah org atas bersyukur sama? klu betul2 org atas bersyukur, blh tak gaji org atas x payah naik...bersyukur dgn apa yg dpt jer?adakah org atas x bising?atau org atas x memberontak?mmg wajib kita bersyukur dgn apa yg dapat dan sntiasa melihat org yg kurang dr kita utk lahirkan kesyukuran dlm diri tp adakah org atas pun sama2 buat yg dimaksudkan? Ini bkn soal bersykur atau tidak, ini soal perubahan gaji kakitgn kerajaan...melibatkan smua kakitgn kerajaan jd kasi adil la sikit. Bkn org bwh dengki dgn kenaikkan gaji org atas tp biar org bwh pun sama2 rasa apa itu kenaikkan gaji...kalau btul org atas pun bersyukur sama dlm bab gaji ni apa kata kita kerja x payah ambil upah atau upah sekadar jer...
ReplyDeleteanon 12.09: sape kata org atas x bising bila pak lah umum kenaikkan gaji dulu? bknkah slps itu elaun perumahan dan perkhidmatan org atas naikkan...bukahkah begitu? asal rm 200 lbh lps naik ke rm 300 ler...x kira tmpoh khidmat, itu hasil org atas bisingla...tp org bwh x bising pun wlu org bwh xde perubahan sedikit pun slps dr kenaikkan yg pak lah umumkan dulu...bukankah org atas mrh bila tau org bawah kerja luar utk tmbh pndapatan yg halal? sdgkn itu 1 cara org bwh bersyukur dgn apa yg dapat dan berusaha utk sara kluarga...bkn lakukn waktu kerja pun tp dilarang krna takut ganggu prestasi...bkn jual dadah tp jual goreng pisang kat psr mlm pun dilarang dan cuba tgk, adakah stiap kali ada perubahan gaji atau skim saraan, adakah ia lebih untung org atas atau org bwh?
nak gaji tinggi belajaq betui2...pesan kat anak2 kita...nanti bila dah keja tak gadoh nak komplen
ReplyDeleteaku msuk u pun smpai skrg blum dpt kerja wlu aku dpt pointer tggi...aku msuk u msa zmn mahathir...course aku ambik bknnya aliran sastera tp amt popular pd zmn mahathir memerintah...tp almaklum dah hampir beratus temuduga dr gred tggi sampai gred rendah...tp x dpt2 gak..skrg dah mls nk pohon ape2...buat habiskan beras jer...KERAjaan dh x mampu nk sdiakn lg pluang pekerjaan...adik aku yg kluar upsi pun msh tanam anggur lg...khabarnya KERAjaan x mampu nk tempat guru baru...habis dana tp KERAjaan bg alasan kurang kekosongan...balik pd mslh aku,dah beratus tmuduga tp yg dptnya beruk2 yg ada kroni atau babi2 yg main babi2 dlman...giler la mesia ni...aku berani katakan kakitgn KERAjaan yg ada skrg byk yg dpt kerja sbb ada 'join' dgn babi2 besar kt jabatan KERAjaan. Sbb tu yg dh dpt tp cuba lihat kerja yg mereka buat...lebih lmbt dr siput babi..tu blum lg yg minta tips tiap kali org ramai berurusan dgn mereka bila ada kepentingan...yg kuat minta tips kakitgn KERAjaan yg berpakaian seragam ler...tp gaji mintak nk lebih2...kalau x caya, cuba perhatikn bila berurusan di pej. KERAjaan, tgk muka mereka...lebih ramai yg bermuka buruk lebih dr beruk...garangnya lbh dr singa..itukah realiti kebykkan kakitgn KERAjaan yg sntiasa mintak gaji tggi2 x kira org atas atau bwh pun...sama sja..
ReplyDeleteinilah realiti sebahagian kakitangan awam,gaji nak tingi tp kerja malas...yg atas jd penjilat punggung umno yg bawah jd kuli batak umnoporno...sama2 bodo...kerja tahap keldai! baik x payah kerja dr duk makan duit haram...bila berurusan dgn org ramai terutama pakcik makcik kt kg, mereka buat jabatan tu mcm bapak mereka yg punya...siap herdik lg kat pakcik n makcik yg x tau ape2...kakitangan awam yg giler!!! giler kuasa, giler gaji, giler angan2 dan yg jenis garang tu jenis giler babi!!!kalau kakitangan yg bernama jururawat, fuuusss...mmg giler lerrr...nak snyum kt org ramai pun mls giler. Dah tu siap marah lg kt ibu2 yg pergi buat pemeriksaan ank2 atau diri,yg kerja pejabat...tgk org pun mcm nak telan, x blh silap sikit mula la nak tunjuk dia tu org yg garang2...yg jantan sama jer dgn yg bentina...jenis x malu, kerja pun rakyat yg gajikan tp jenis x sedar diri....baru dpt 4-5 ribu dh berlagak dunia ni dia yg punya..
ReplyDelete