Oleh : G MANIMARAN (TMI)
FELDA yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya, Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.
Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam.
The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka.
Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.
Beberapa sumber rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak.
Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka.
“Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Datuk Dzulkifli telah diarah bercuti selama lapan bulan, Datuk Dzulkifli terima surat petang semalam,” kata sumber itu.
“Saya juga ada bercakap dengan Datuk Dzulkifli, saya pun dapat maklumat yang sama,” kata satu lagi sumber yang percaya ia satu langkah awal mahu menyingkirkan beliau dari Felda selain menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF.
Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Tiada komen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut.
“Saya tidak mahu komen,” katanya lagi.
Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.
Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam ‘kontroversi’ semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan.
“Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri,” kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu.
“Bermakna tarikh kuat kuasa surat telah dipercepatkan, proses penyenaraian akan dijalankan semasa beliau bercuti” katanya lagi.
Proses penyenaraian di Bursa Saham dijadual akan dilaksanakan pertengahan tahun depan.
Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka.
Isa menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.
Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara ‘kontroversi’ menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.
Sebelum ini, Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.
Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap. Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Sunday, 11 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
petanda yg menunjukkan pemimpin2 atasan bn tak kisahpun kalu umno kalah hatta di kawasan kubu kuat iaitu di felda..buktinya kehadiran dan sokongan gerombolan melayu tak kira dari parti apa pun semasa ceramah anak dan bapak beserta kepimpinan pas..
ReplyDeleteA majority of these ought to include sturdy, potent hand operated times just like the Back up to Concepts, i would
ReplyDeletesay the Weather system, combined with the Porkert. Some of the significant ways to search for aside from
typically the main features happen to be just how would it be to cleanse, specifically beneficial
it certainly is constructing with disassemble, easiest way made some noise it's always, when this shows a a sufficient quantity assure and / or maybe customer service plan in advance as well as it often will be purchased. This is the good way to detoxify in addition to drop pounds together with. Fire up in addition to alcohol right away.
My website :: best blenders