SUNGAI PETANI – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta ahlinya tidak menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga mereka benar-benar berpuas hati dan memahami sepenuhnya tawaran tersebut.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, saranan kepada ahlinya itu dibuat kerana pada pengetahuan Cuepacs tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan dalam perkara tersebut.
“Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas. Malah taklimat Cuepacs ke sembilan negeri mendapati ramai ahli menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas tentang SBPA,” katanya di sini hari ini.
Omar berkata, antara perkara utama dibangkitkan ahli Cuepacs yang merupakan penjawat awam ialah kesan kepada penjawat yang mendapat prestasi markah kurang dari 70 peratus.
Dalam pada itu, katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga dilihat terlalu singkat.
Justeru, katanya, Cuepacs akan membuat keputusan esok sama ada menerima tawaran skim SBPA dan keputusan itu akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan Cuepacs dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.
Menurut beliau, keputusan penting lain termasuk meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA juga akan diputuskan./mynewshub
Thursday, 15 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MENGAPA JAWATAN PREMIER DIBUKA KEPADA ORG LUAR?
ReplyDeletejawatan premier di buka kepada org luar dgn bergaji sgt lumayan.
apapun alasan lunak jpa, yg sebenar ialah supaya pemimpin umno bwahan dapat pekerjaan di sekstor awam sambil memantau pengaruh bn dikalangan k/t awam.
MENGAPA GAJI JAWATAN PREMIER SGT LUMAYAN?
mengapa dibayar gaji sgt lumayan kalau demi utk meningkat prestasi sektor awam? kenapa tk guna sekil gaji sediada demi berkhidmat utk negara.
JAWATAN PREMIER SAJA KE YG BEKERJA? K/TANGAN LAIN SEMUA TK GUNA KE?
kalau gaji lumayan dianggap penyebab prestasi sektor awam akan lebih hebat, mengapa jawatan premier saja dpt gaji lumayan? bagilah semua k/t gaji lumayan sama.
sektor awam bukan bersifat komersial, maka apa perlu dibuka kepada org luar utk memegang jawatan?
APA JAMINAN RAHSIA KERAJAAN TIDAK BOCOR KEPADA MEREKA YG BERKEPENTINGAN?
apa jaminan rahsia dan kepentingan kerajaan tidak bocor kepada syarikat2 bila mana org luar yg berkepentingan memegang jawatan penting kerajaan?
UMNO BYK GANGGU INTEGRITI PEG ATASAN KERAJAAN DEMI TAMAK HALOBA
sebenarnya umno dan bn byk menghadapi masalah dgn pegawai atasan sektor awam yg berintegriti dan mempertahankan etika kerja bersih dan telus.
PENYINGKIRAN KP KERJA RAYA DAN ISU ISTANA NEGARA
buktinya ialah penyingkiran KP Kerja Raya dan isu kos berlipat ganda projek istana negara. semua itu menjadikan peg atasan kerajaan mangsa kerana tidak mahu terlibat dgn mereka yg membazirkan wang rakyat demi perut buncit mereka sendiri.
PENIPUAN PEMIMPIN UMNO DAN BN SUDAH MENULAR DAN AKAN MEROSAKKAN SEKTOR AWAM YG SELAMA INI BRINTEGRITI DAN TIDAK MAHU MELAYAN KERENAH ORG POLITIK UMNO DAN BN.
tutup saja lah Institut Integriti Malaysia. org politik dh nak rampas integriti perkhidmatan awam.
negara ke arah kehancuran.