.

Tuesday 1 November 2011

Minum Arak Atau Tidak…Apex Jawab Selepas Sukan Sea

KUALA LUMPUR – Sebaik gambar penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex berhibur bersama teman wanita baru, Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya tersebar, wujud persoalan sama ada kumpulan berkenaan meminum arak ketika itu.

Ini kerana, dalam gambar-gambar itu dengan jelas kelihatan beberapa botol arak dan gelas yang dipercayai dituang air berkenaan di atas meja di hadapan mereka.

Apex ketika dihubungi Mynewshub.my berkata, beliau buat masa ini enggan menjawab sebarang isu atau gosip berhubung tuduhan itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada persiapan pasukan negara untuk temasya Sukan Sea di Indonesia.

“Bro (wartawan), bagi saya fokus game (permainan) dulu, saya mintak sangat jasa baik semua pihak bagi saya fokus untuk Sukan Sea ini dulu.

“Nanti selepas game saya boleh jelaskan,” katanya melalui sistem pesanan ringkas.

Pasukan bola sepak bawah 23 tahun akan berlepas untuk menyertai Sukan Sea ke-26 pada Jumaat ini.

Gambar Apex berhibur dengan Dahlia dan kawan-kawan di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini disiarkan beberapa blog hiburan ternama negara seperti Oh! Bulan, Rotikaya.com dan Media Malaya.com.

Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.

“Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja, namun dalam gambar menunjukkan beberapa botol minuman keras yang sudah dibuka,” kata laman web hiburan terkenal itu.

Bagaimanapun, Oh! Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap Apex dan Dahlia.

Apex juga tidak dilihat memegang atau meneguk sebarang minuman dalam gambar tersebut.

Penyiaran gambar itu bagaimanapun mengundang kritikan yang pedas daripada anggota masyarakat.

Apex sebelum ini bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi bagaimanapun pertunangan itu putus Ogos lalu./mynewshub


3 comments:

  1. nak bagi jawapan YA atau Tidak pun susah sangat..faham faham la tu...ooo..Gomo Kelate Gomo.. patutlah kalah..

    ReplyDelete
  2. umno dan arak = isi dengan kuku

    ReplyDelete
  3. Budak KELANTAN!!! Kat tempat sendiri takde, buat perangai kat tempat org, hidup KELANTAN!!! Kat tempat sendiri alim, buat palat kat tempat org, hidup KELANTAN!!!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist