.

Thursday 6 October 2011

PANAS !!! : INSPEKTOR 'SAHAB' DITUDUH MEMBUNUH?

BAPA mangsa bunuh, Borhan Bin Sulaiman, 52, akhirnya dapat membuat laporan polis di Balai Polis Keningau setelah menunjukkan laporan Sabahkini.net dan mendesak polis menjalankan siasatan rapi kerana mengesyaki anaknya, Kartini, 22, telah dibunuh oleh Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011 di Taman Adika, Keningau.

“Saya terpaksa membuat laporan polis kerana tidak ingin ada pihak lain yang menjadi mangsa dan sangat sedih dengan layanan polis terhadap keluarga kami yang masih berduka. Lagipun polis melakukan siasatan ala kadar dan cuba melindungi Inspektor berkenaan,” kata Borhan yang kesal kerana usahanya untuk membuat laporan polis sejak tarikh kematian anaknya dihalang polis yang bertugas.

Akibatnya, beliau terpaksa menghubungi Sabahkini.net untuk menyiarkan kekesalannya dan bercadang untuk membuat laporan di Balai Polis Karamunsing; tetapi akhirnya beliau dibenarkan membuat laporan polis setelah menunjukkan berita yang dipaparkan Sabahkini.net.

Dalam laporan polisnya, Keningau/RPT/4523/2011 Borhan menyatakan bahawa;

“Saya, Borhan Bin Sulaiman, NRIC 590525-12-5467, di sini membuat satu laporan kes bunuh, Kartini Bte Borhan, merupakan anak saya sendiri telah dibunuh dengan kejam. Kejadian berlaku pada 29.9.11 di sebuah Perumahan No 7, Taman Adika, Keningau, di mana mangsa tinggal menyewa sebuah bilik tersebut. Saya selaku ayah mangsa minta siasatan lanjut, bukan semata-mata berkait rompakan dan saya selaku ayah dan keluarga mangsa mengesyaki Ahmad Rizal Omar selaku pegawai polis berpangkat inspektor yang menghantar mayat anak saya, Kartini Bt Borhan pada tarikh 29.9.11, kira-kira jam 5.30 pagi ke Hospital Keningau terlibat disebabkan alasan-alasan keraguan yang kami kumpul.”

Dalam pada itu, Borhan turut kecewa dengan sikap seorang wartawan yang ‘dihantar’ Polis Keningau yang memfitnah Allahyarhamah anaknya mempunyai kaitan dengan seorang penjenayah, Samsuddin Abu @ Buyong yang bakal dijadikan ‘Kambing Hitam’ dalam kes berkenaan; semata-mata untuk menakutkan mereka.

“Anak kami tidak pernah mempunyai hubungan dengan Samsuddin dan kami kesal kenapa anak kami dibabitkan? Kami tidak gentar menghadapi penjenayah di mahkamah, tetapi kami kesal kerana polis cuba memujuk kami bersetuju dengan teori mereka,” kata Borhan yang tidak gentar memberi kenyataan kepada Sabahkini.net sekalipun dilarang Polis Keningau.

Borhan turut mengadu bahawa pada 30 September 2011, ketika jenazah anaknya dibawa ke Kota Kinabalu untuk bedah siasat menggunakan land rover, beliau dan isterinya serta keluarga ketakutan kerana pemandu land rover polis, Jerome, memandu terlalu laju dan tidak menghormati jenazah yang terlontar ke kiri kanan.

“Kami bertolak dari Keningau jam 7.30 pagi dan sampai ke Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu jam 8.30 pagi. Memang terlalu laju kerana biasanya dua jam baru sampai,” kata Borhan yang menggesa agar polis tidak terus menakutkan keluarga beliau kerana mereka telah melantik peguam untuk mendapatkan inkues daripada mahkamah.

- MUTALIB M.D / sabahkini.net

5 comments:

  1. Beri keadilan untuk Allahyarhamah Kartini.

    ReplyDelete
  2. What is this , what is this are we living in the jungle.

    ReplyDelete
  3. POLIS RAJA DI MALAYSIA KAH ?

    ReplyDelete
  4. pihak forensik dapati hanya ada tapak kaki 2 org dlm rumah tu.....
    buyong yg bakal dijadikan kambing hitam berada di kem semasa kejadian.....
    polis blh tunjukkan sms @ masa panggilan minta tolong dr kartini jika benar sms@panggilan itu wujud......
    larat pula si polis angkat mayat kartini kalau benar beliau pun cedera teruk.....
    kenapa polis tersebut tdk dibenarkan dilawat di wad hospital sekalipun isterinya sendiri...
    doktor mengesahkan bahawa cedera di bdn polis tersebut adalah kesan tikaman polis itu sendiri....
    ?????????

    ReplyDelete
  5. yg salah tetap salah

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist