.

Tuesday 4 October 2011

MALING KUNDANG MENGGANAS, POLIS TUTUP MATA?

Oleh : JAKARIA RAHMAN

PENGURUS Ladang Gabungan Saga Sdn Bhd semalam telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Kinabatangan berhubung tindakan 07 orang ahli kumpulan ‘Maling Kundang’ yang bertindak mengacukan Pedang Samurai kepadanya dan merampas kunci kereta dan semua barang kepunyaan miliknya dari dalam kereta tersebut.

Kumpulan Maling Kundang yang di ketuai oleh PATI dari Indonesia bernama Ullah @ Abdullah bergiat rancak dalam banyak kegiatan haram yang dipercayai didalangi oleh beberapa pegawai atasan Polis di Kinabatangan dan Sandakan.

"Saya terlalu ketakutan sebab itu saya serah kunci kereta saya. Lepas itu semua 7 orang perompak tersebut telah merampas Handphone, kaca mata serta wang tunai yang berada dalam kereta ketika itu," kata Liew San Chong yang menjelaskan kumpulan samseng tersebut telah memecahkan cermin tingkap kereta dan menendang serta merosakkan kereta.

Ahli kumpulan Maling Kundang ini telah mula mengganas apabila seorang petugas daripada VIP Triumphs Sdn Bhd menyampaikan satu saman terhadap mereka. Ketika kejadian berlaku, satu laporan Polis telah dibuat, tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan telah diambil oleh Polis Daerah Kinabatangan.

Menurut siasatan Sabahkini.net, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abdul Kadir berpura-pura membisu dalam perkara ini kerana Ketua Kumpulan Maling Kundang ini adalah rakan karib seorang bekas Ketua Polis Daerah Sandakan dan pegawai kanan polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Menurut seorang aktivis kumpulan samseng Maling Kundang ini, mereka tidak berhenti melakukan jenayah kerana mereka menganggap diri mereka kalis tindakan Undang-undang dan dilindungi oleh pegawai atasan Polis.

Yang peliknya, sejak kumpulan ini bermaharajalela di Sandakan tiada tindakan diambil pihak berkuasa, sebaliknya jika ada orang awam membuat laporan terhadap kegiatan Maling Kundang, belumpun sempat ditangkap, kumpulan tersebut sempat menghilangkan diri; seperti tidak pernah wujud.

Mungkinkah pihak polis menjadi dalang kepada segala dalang kerana jika tidak, sudah pastinya kumpulan ini sudah diberkas/tangkap.

Berikut adalah Laporan Polis Kinabatangan/RPT/1835/11 yang dibuat mangsa;

Pada 30 September, jam lebih kurang 2.28 petang bertempat di Sungai Latangon, Kinabatangan ketika saya bersama 10 orang Pekerja Gabungan Saga berada dalam kawasan tanah milik OKK Hassnar Ebrahim terletak di Sungai Latangon; yang masih dalam pertikaian di Mahkamah Tinggi Sandakan berdaftar Kes No. S-22-58 of 2010.

Tiba-tiba kami didatangi seramai 7 orang yang saya percaya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) lalu mereka kesemuanya menghunus/mengangkat dan menghalakan parang ke muka saya sambil berkata, "Serahkan kunci kereta kamu!"

Oleh kerana saya takut sebab diancam dengan senjata merbahaya, maka saya telah serahkan kunci kereta saya bernombor SAA6410H.

Awalnya kehadiran saya bersama rombongan di kawasan tanah tersebut adalah atas persetujuan dicapai di Mahkamah antara Tuan haji Ansari Abdullah bersama Peguam Syarikat Guaman Peter Lo & Co di mana Puan Jaliha Bte Yusof Pan yang mewakili Defendan dalam Kes Berdaftar SDK 22-47/9 Tahun 2011 Gabungan Saga Sdn.Bhd lawan Melangking Oil Palm Plantation Sdn.Bhd.

Setelah kes seperti salinan berkepil didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman YA Lee Heng Cheong, Puan Jaliha Bte Yusof Pan telah menjamin keselamatan kami untuk mengeluarkan jentera serta peralatan dan barang-barang pertanian/ladang yang saya sewa daripada Gabungan Saga Sdn.Bhd; yang sebelum tarikh tersebut telah ditahan PATI yang dilantik menjadi pengawal oleh pemilik dan atau pengarah Melangking Oil Palm Plantation Sdn.Bhd.

Setelah merampas kunci kereta saya, kumpulan gangster berkenaan yang saya diberitahu bergelar 'Maling Kundang' mereka kemudian masuk dalam kereta seterusnya merampas wang tunai bersama harta milik saya seperti berikut;

01. Kamera

02. Telefon

03. Cermin mata jenis Rayban

04. Cermin mata

05. Bluetooth/Handsfree

06. Parang

07. Cota jenis besi berlipat

08. Toolsbox (Spana Set)

09. Backview Mirror

10. Wang tunai RM500

Setelah itu mereka kemudian memecah semua cermin tingkap sebelah kiri bahagian depan dan belakang. Sebilangan mereka pula menendang pintu depan hingga kemik. Kerosakan yang dilakukan adalah seperti dalam gambar berkepil.

Ketika kejadian gangster tersebut kesemuanya mengikat muka dengan tuala.

Saya buat aduan ini supaya PDRM tangkap dan dakwa kesemua ahli kumpulan Maling Kundang tersebut atasesalahan melakukan rompakan bersenjata, menghunus parang mengarahkan saya menyerahkan harta saya dengan niat hendak mencederakan saya, merosak atau memusnahkan harta benda saya. Aduan ini juga saya buat supaya PDRM tangkap dan dakwa majikan Melangking Oil palm Plantation Sdn.Bhd kerana mengambil pekerja yang terdiri daripada PATI.

Laporan ini adalah lanjutan atau pembetulan kepada laporan awal saya berdaftar Kinabatangan/RPT/1833/2011 bertarikh 1 September 2011./sabahkini.net


9 comments:

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist