Saturday, 15 October 2011

Hot !!! : BUKTI INSPEKTOR POLIS BUNUH KARTINI ?

“HELLO, saya ditikam, tolong datang segera!”

MUNGKIN itulah panggilan terakhir yang diterima kekasih gelap Kartini Binti Borhan, Inspektor Ahmad Rizal Omar yang kononnya bergegas ke rumah sewa Kartini di Taman Adika, Keningau untuk membantu; sehingga beliau turut menjadi mangsa serangan perompak?

Mungkin tidak? Cerita berkenaan hanya skrip ciptaan Rizal semata-mata untuk menghapuskan bukti dan mengelak daripada menjadi tertuduh dalam kes pembunuhan kejam, Kartini.

Mengikut rekod panggilan telefon DiGi milik arwah, pada 28 September 2011, arwah Kartini ada menelefon Rizal pada jam lebih kurang 5.27 petang selama 5 minit 32 saat ketika arwah berada di rumah bapanya, Borhan.

Tetapi pada malam kejadian tidak ada sebarang panggilan keluar daripada telefon arwah Kartini. Siapa yang menggunakan telefon arwah yang Rizal serahkan ke Balai Polis Keningau sebagai salah satu bahan bukti?

Mengikut rekod panggilan DiGi, pada 28 September 2011, arwah Kartini ada membuat panggilan ke 0178107953 (Anak saudara arwah) pada jam 5.03 petang selama 11 saat; ke 0138816607 (Rizal) pada jam 5.20 petang selama 5 minit 32 saat; pada jam 5.26 petang selama 2 saat; ke nombor 0128032999 (Ah Heng) selama 13 saat.

Berdasarkan tempoh panggilan berkenaan, termasuk kepada Anak Saudara Arwah dan Aheng, hanya panggilan kepada Rizal sahaja yang berjaya kerana tidak mungkin sesiapa dapat bercakap dalam masa kurang daripada 20 saat.

Mengikut rekod panggilan telefon bernombor 0168105653 (milik arwah Kartini) yang dikeluarkan DiGi dan diserahkan bapa Kartini, Borhan kepada Sabahkini.net, hanya dua panggilan dilakukan melalui telefon bimbit berkenaan pada 29 September 2011.

Rekod DiGi tersebut mencatatkan, pada 29 September 2011, sekitar jam 10;30:57 pagi, satu panggilan dibuat ke nombor yang tidak dikenali 0138515934 selama 23 saat dan satu lagi panggilan ke telefon bimbit Rizal yang bernombor 0138816607 pada jam 16:47:48 (jam 4.47:48 petang) selama 3 saat, sedangkan ketika itu telefon berkenaan sudah berada di Balai Polis Keningau.


AJAIB.....Siapa guna telefon arwah Kartini? Siapa telefon Rizal?

Menurut Borhan, selepas post mortem di Hospital Queen Elizabeth, beliau dimaklumkan bahawa arwah anaknya dibunuh dengan kejam sekali kerana terdapat beberapa tikaman pada rusuk kiri sedalam lebih kurang enam inci, sehingga menembusi jantung dan paru-paru. Tiga tulang rusuk arwah patah. Terdapat kelaran di kedua belah tangan sehingga terputus urat nadi.

Manakala Dahi arwah dihentak ke objek keras seperti simen dan bibirnya hancur seperti ditampar dengan kuat berkali-kali.

Tentu ramai tertanya-tanya, bolehkah bahan kes disentuh atau digunakan tanpa pemantauan kerana mengikut rekod DiGi, pada jam lebih kurang 11:14 malam 29 September 2011 ada yang menggunaan telefon arwah Kartini untuk perkhidmatan Value Added Service 0300 yang disediakan pihak ketiga seperti memuat turun lagu, ringtone dan video?

Persoalannya, siapa yang menelefon Rizal (dakwaan Rizal ketika membuat laporan polis) memberitahu bahawa Kartini ditikam perompak kerana Kartini hanya mempunyai satu telefon bimbit dan tidak ada panggilan dibuat ketika beliau masih hidup antara jam 5.27 petang 28 September sehingga beliau disahkan mati oleh Pakar Forensik pada jam lebihkurang 1.00 pagi, 29 September 2011?

Mustahil juga bagi Kartini membuat panggilan telefon daripada Bilik Mayat Hospital Keningau menggunakan ‘Kuasa Psikik’ pada 29 Oktober kerana ketika itu telefon bimbit arwah berada di balai Polis Keningau.

Semakan Sabahkini.net mendapati jenazah Kartini dihantar ke Hospital Keningau pada jam lebih kurang 5.15 pagi 29 September 2011, tetapi Rizal turut ditahan untuk dirawat kerana mengalami kecederaan pada masa yang sama.

Mengikut rekod Polis, Rizal membuat laporan polis pada jam 6.00 pagi 29 September 2011. Persoalannya, bagaimana Rizal boleh ke balai polis sedangkan dalam masa yang sama beliau dirawat di Hospital Keningau?

Borhan sempat menjelaskan bahawa mengikut susur galur keluarga, isterinya, Suriaty berketurunan Murut-Dusun Bingkor, manakala beliau berketurunan Banjar-Dusun Bingkor; kedua mereka merupakan cucu cicit Gunsanad. Selain Kartini, Borhan dan Suriaty mempunyai empat orang anak lagi iaitu Hasnizah, Mohd.Noorizuan, Bolkhar dan Sulastrie. Kartini merupakan anak ketiga. Namun di mana pemimpin Murut ketika Kartini ditimpa malapetaka dan keluarganya dihina?

Bagi Borhan, walaupun Kartini telah meninggal dunia, tetapi arwah anak kesayangannya sentiasa menghantar khabar dari pusara kerana satu persatu bukti ditemui, tetapi tidak diendahkan polis sehingga pihaknya memikirkan untuk mengarahkan peguam memohon inkues daripada mahkamah kerana bimbang bukti yang ada dilupuskan pihak tertentu dan banyak prosedur forensik tidak dilakukan sebelum jenazah dikebumikan.

“Bukan tidak percaya kepada polis, tetapi mereka lalai sehingga banyak bukti musnah begitu sahaja, terutama kesan pada kereta, rumah, pakaian dan tubuh badan terutama kuku arwah yang dipotong pihak tertentu; serta kesan pada badan Rizal, tida langsung diambil kira,” kata Borhan yang mengharapkan peguamnya dapat memfailkan permohonan inkues dalam kadar segera.

Tambahan lagi, Borhan yakin Rizal tidak berseorangan melakukan jenayah berkenaan kerana ada pihak yang membantu Rizal melupuskan bukti, termasuk pakaian dan pisau yang digunakan untuk menikam arwah.

Setakat ini, Polis telah menangkap Rizal, Ah Heng (teman lelaki Kartini) dan Samsuddin Buyong untuk membantu siasatan, namun Borhan percaya ada penjenayah masih bersembunyi di Balai Polis Keningau yang berselindung di sebalik uniform.

Mungkinkah roh Kartini masih mengingati bait-bait Sajak Usman Awang ‘Suara Dari Pusara’, yang pernah dipelajarinya di sekolah ketika memasuki zaman remaja kerana Usman mencatatkan;

Ibu

Menangislah dengan air mata tuamu,

Dari kemiskinan kita yang lebih tua

Kulihat mereka menaburkan bunga

Dan ucapan takziah yang berjela

Yang mengagumkan sekali

Setelah kematian berdarah …..

Atau mungkinkah roh arwah Kartini merintih menuntut keadilan bagi menebus maruah keluarga yang dinista dan dilemparkan pelbagai tohmahan sehingga masyarakat memandang serong terhadapnya ketika masih bernyawa pada 28 September dan saat menunggu nazak menjelang jam 1 pagi 29 September, kerana dalam sajak ‘Penjual Air Batu’ Usman Awang menukilkan;

Bilakah ruang keadilan

memberi isi,

Para penjaja dalam hayatnya wajah berseri?

Bila nanti undang-undang jadi perlindungan,

Semua manusia tanpa kasta menerima keadilan.


-MUTALIB M.D/sabahkini.net

5 comments:

  1. saya cadangkan kes mcm ni kena serah pada angkatan tentera untuk disiasat kerana pihak ibu bapa tidak percaya kepada PDRM

    ReplyDelete
  2. kes yg melibatkan integriti PDRM semakin banyak..pernah terbaca dlm paper satu ketika dulu,peratus kepercayaan masyarakat terhadap integriti PDRM(2009) x sampai pun 80%..mungkin kini tinggal 20 percent ja!

    ReplyDelete
  3. apa blh buat la pdrm skrg itu la kenyataan yg berlaku! satu yg buat hal semua kena..apa2 pn syabas kpd pdrm krna tdk memihak siapapn yg bersalah tu tetap bersalah tak kira apa pangkatpn..baru la negara aman damai..;]

    ReplyDelete
  4. mcmana nk percaya klu polis pn backup kwn sendiri maybe ada saksi pn takut beri keterangan..! u must think about it's

    ReplyDelete
  5. ada sesuatu yang menjadi tanda tanya kes ni....terlalu banyak kebenaran yang di tidakkan.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)