Berita sebelum ini ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html
GURU KECEWA MENANTI ‘POSTING’
October 10th, 2011
Saya mewakili mereka-mereka yang seangkatan dengan saya, merupakan graduan lepasan sebuah universiti tempatan dalam bidang pengajaran bhs inggeris sbg bhs kedua (TESL). Aduan dan ketidakpuasan hati saya ialah tentang penempatan kami di sekolah.
Walaupun telah hampir 4 bulan kami menamatkan pengajian kami, tetapi sehingga hari ini, kami masih belum di beri apa-apa maklumat berkaitan penempatan kami di sekolah. Kami ternyata amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami ini – PENGANGGURAN BERAMAI-RAMAI.
Hal ini amatlah memberi tekanan kepada kami. persoalannya, setelah belajar selama 4 tahun di dalam bidang ini, adakah kami akhirnya hanya akan menjadi graduan menganggur? Menghabiskan masa kami bertahun2 untuk belajar, sayangnya kami tidak dapat mempraktikkan apa yang kami pelajari dahulu di tempat yang sepatutnya.
Perkara ini juga memberi tekanan kepada kami kerana kami perlu membayar wang pinjaman yang kami gunakan ketika belajar dahulu. Walaupun masih belum bekerja, tetapi, kesemua kami yang telah mendapat surat daripada PTPTN yang meminta kami menjelaskan pinjaman kami.
Masalahnya, bagaimana kami mampu membayar pinjaman sebanyak RM26,000 tersebut sekiranya kami masih belum bekerja seperti sekarang ini? Sekiranya kami ingin bekerja di tempat lain, ini juga menyukarkan kami kerana kami tidak tau bila kami akan di panggil posting dan pihak majikan tidak menerima pekerja yang bekerja dengan tempoh yang tidak tetap begitu.
Adalah tidak adil pada kami apabila golongan lepasan KPLI dan GSST, yang hanya mempunyai sedikit asas dalam bidang perguruan ini mendapat tempat terlebih dahulu sedangkan kami yang bertungkus lumus belajar segala aspek perguruan dengan sebetulnya, DIKETEPIKAN sewenangnya.
Adakah golongan lepasan KPLI dan GSST diberi peluang untuk mendapat penempatan terlebih dahulu kerana mereka mempunyai lebih pengalaman berbanding kami? Jika begitu, BERILAH kami peluang menimba pengalaman seperti mereka. TENTUKAN PENEMPATAN KAMI KE SEKOLAH SECEPAT MUNGKIN!
Diharap luahan ini dapat disiarkan dan saya memohon kepada pihak yang berwajib supaya mengambil PERHATIAN sepenuhnya tentang perkara ini.
GURU KECEWA MENANTI POSTING.
By: misscik
http://www.aduanrakyat.com.my/guru-kecewa-menanti-posting "
tawaran dibuat tapi semua memilih tempat untuk bertugas...tak ada yg nak pergi tempat yang kekurangan guru di pendalaman....sekarang terima padah...kalau nak posting cepat pilih tempat yang orang tak hendak pergi...baru nak jadi guru dah nak belagak dah....
ReplyDeletetime isi borang..nak balik negeri sendiri...tak nak pergi sabah atau serawak...takut di pendalaman...takut ini takut itu.... kalau kau dah best student pergilah d sana....ini nak balik kampong sendiri...silaplah kau...
ReplyDeletebelajar edu pun tanam anggur jugak la sekarang..tah hairan pun ratusan ribu graduan aliran lain masih mengnggur tp pandai berdikari sdn.jangan nak salah gomen jer.kejer je la apa2 pun.sabar la sikit..aku 2 tahun keje gaji 6 ratus jer.mcm2 keje aku buat sampai meracun mengecop sawit pun aku buat.sekarang ok la boleh beli kete umah kawin dsb..kuncinya sabar.
ReplyDeletejgn cakap lah nak curahkan pengetahuan sebagai guru ......cakaplaaaa nak gaji tuuu sebab nak kerja.
ReplyDeletekalau nak curah pengetahuan taksemestinya kena jadi cikgu.....p kampong2 buka kelas tusyen bnatu anak2 melayu yg lemah tuuuuu.
Adatuu pulak..sebelum dapt kerja guru ok..bila dah dapat dok kira nak minta tukar balik kerja kata kampong dia...dan atuuu takmau masuk kelas pulak sbb dia kata murid2 nakal dan tak mahu belajar.......hehehe
sabar ye para guru...aku bukan guru, tp aliran lain...dulu aku keje bukan dalam bidang aku pun....3 tahun lebih keje yg bukan2...last2 rezeki anak, dpt keje gomen.....yg penting usaha...x semestinya abis belajar terus jd cikgu...cari pengalaman tpt lain dulu....at least boleh la bercerita dgn anak murid kelak.....rase nya sekolah swasta pun dh banyak..cuba la cari....
ReplyDeleteSabar lah yerr. Dulu bertahun aku menoreh getah kebun orang tua aku...zaman tu siap kena kandar susu getah berbatu-batu ke tempat nak jadikan getah keping, kena mesin bang!
ReplyDeleteBuat lah dulu mana-mana kerja yang patut asalkan halal dan tak miss soru.Insyaallah ada rezeki dapat juga jadi cikgu tu.
Kalau dah rezeki kita dalam kerjaya guru tak ke mana, kalau rezeki kita di kebun getah kenalah terima Qadha dan Qadar Allah swt..AMINNN
Aku ni cikgu,ada sembilan tahun lagi servis ...itupun kalau panjang umur. Aku sikit pun tak berasa nak sambung kerja sampai umur 60 tahun. Kesian kat anak-anak yang menunggu peluang kerja.Yang sebok nak jadi cikgu tu jangan nanti bila dan jadi cikgu bersungut sama bersungut sini sebab sekarang ni pun bidang pendidikan dah semakin mencabar apatah lagi di masa akan datang. Aku sangat bimbang anak-anak yg bakal jadi guru tak tahan dengan sistem pendidikan yg ada di Malaysia.Dah jadi cikgu nanti kau orang tahulah nanti..walaupun kerja sekerat hari tapi nasiblah nanti bila kerja sekolah yg ada dibawaa balik. Orang lain dah tidur ...awak masih sebok tanda buku,tanda kertas periksa,buat persediaan mengajar,isi borang tu,isi borang ni...dan macam-macam lagi kerja yang terpaksa di selesaikan. Jangan ingat jadi guru senang,kalau setakat pegang kapur atau white board marker,kemudian berceloteh aje tak tentu butir...baik tak payah dan lupakan niat nak jadi cikgu ! ada faham !!
ReplyDeleteKeperluan guru di sekolah-sekolah amat diperlukan, malah tugas-tugas guru kini amat membebankan ditambah lagi dengan jumlah guru yang kurang. Namun Kerajaan BN tak mau bagi jawatan tetap pada guru-guru, menambah posisi guru hanya melepas batuk di tangga. Mereka lebih suka beri jawatan kontrak supaya rakyat perlu bergantung pada mereka.
ReplyDeleteJadi untuk membolehkan semua sekolah mendapat guru yang cukup. Tiba masanya semua guru-guru kecuali guru yang bertaraf barua UMNO untuk mengubah pentadbiran pendidikan negara. Kita tumbangkan BN dalam PRU13, insyaAllah akan ada penyelesaian yang baik dalam penempatan penjawatan-penjawatan serta menambahbaik pentadbiran.
Dekat PRU13, kita tuntut bebanan tugas guru-guru dikurangkan. Jangan pandang dan percaya langsung pada janji-janji BN, kerana mereka memang melalui kementerian sedang membuli guru-guru.
Bangkit cikgu, tuntut hak kamu untuk kebajikan diri dan keluarga. Bukan zamannya kamu menjadi lilin yang terpaksa membakar diri untuk kesenangan pemerintah.
akupun cikgu,
ReplyDeletekepada adik2 yang nak jadi cikgu tiada apa yang istimewa untuk menjadi guru.dalam belanjawan baru2ni yang paling banyak dapat secara tersirat adalah PTD. Kepada adik2 kalau nak glamours jadilah pegawai ptd tak sampai 15 tahun sudah M52 cikgu kena tunggu 16 tahun. bagi aku yang dah 19 tahun kerja1993 hanya akan dapat dg48 pada tahun 2013.
apabila jadi cikgu banyak kerja yang percuma kena buat selain daripada mengajar. yang lain kita boleh buat dengan ikhlas seperti kelas tambahan petang dan hujung minggu kursus hujung minggu dan lain-laintanpa bayaran kecuali diwajibkan menghadiri program umno.
kalau nak jadi cikgu jadilah cikgu yang baik
Berdosa kalau hina org nak jadi cikgu..ingat,Rasulullah SAW adalah cikgu..mengajar manusia ke arah aqidah yg betul.Adik2 yg blm posting lagi banyakkan berdoa utk cepat dipostingkan.Apapun jgn sekali-kali pangkah UMNO-BN dlm PRU13 nanti..sebab duit yg patut digunakan utk bayar gaji guru2 baru dah ditelan oleh depa dulu.Guru baru start gaji RM1xxx.xx tp kalau guru lama...tetiap tahun naik RM1xx.xx atau paling bnyak RM2xx.xx(kenaikan tahunan yg lembab).So,pikirla yg mana duit kena keluar banyak..guru baru atau guru lama?
ReplyDelete