.

Sunday, 30 October 2011

Apa Negara Ni Bapak Ah Long Yang Punya?

SUDAH agak lama penulis ingin menulis mengenai isu ini.

Pastinya semua kita sudah lali melihat iklan pemberi wang sama ada yang berlesen atau haram (ah long) ditampal di merata-rata tempat.

Kalau dahulu iklan seumpama itu hampir tidak ada.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan sudah amat berbeza.

Umpama kanser peringkat terakhir, pelekat pinjaman wang ditampal ikut suka hati dan di mana sahaja dalam jumlah yang terlalu banyak…sampaikan peti surat rumah orang pun jadi mangsa!

Seolah-olah sudah tidak dapat dikawal langsung…mamat rambut karat bawak stiker akan tampal ikut suka dia tanpa rasa segan atau takut.

Peliknya… kalau tak silap, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) ada undang-undang yang melarang penampalan sebarang bentuk notis tanpa kebenaran di tempat awam.

KENAPA TAK MAHU AMBIK TINDAKAN?

NAK KATA TAK TAHU SIAPA YANG TAMPAL …USAH BOHONG LA…DAH JELAS-JELAS ADA NOMBOR TELEFON SIAPA PUNYA ANGKARA MENAMPAL PELEKAT TU….SILAP HARI ALAMAT PEJABAT PUN ADA…SIAP PETA LAGI!

Masalahnya…PBT kita bukan ambik tindakan pada yang menampal notis tanpa kebenaran….paling rajin pun adalah kakitangan PBT yang tolong tanggal iklah-iklan dan pelekat haram tu….itu pun jarang-jarangggggg.

Tanggal apa barang beb….puak tu tampal la balik!

Inilah masalahnya dengan PBT kita kan…

Kalau kata rasuah atau subahat dengan ah long…kang kita dikata memfitnah.

Kata pemalas pun …penulis jugak kena maki nanti.

Mungkin takut kot….takut kena sergah dengan ah long….satu hal jugaklah….tapi itu sudah tanggungjawab anda semua yang berkerja di PBT untuk banteras budaya tak sihat ni.

Takkan kita nak biarkan puak-puak ni sesuak hati menghancurkan dan memburukan negara kita…

Bayangkan kalau diri kita ni pelancong dan ini kali pertama jejak kaki kat Malaysia….

Apa agaknya yang terlintas di fikiran bila tengok notis ada lambang duit dengan nombor telefon ditampal merata-rata tempat.

Jangan haraplah orang luar tu akan ingat kita ni bangsa usahawan berjaya…

Dia orang pun sah leh pikir orang Malaysia ni bangsa loser kuat berhutang dengan ceti haram.

Kalau notis-notis ni takda, mungkin kurang sikit masyarakat kita terdedah dengan ah long.

Ni kalau notis depan mata sepanjang masa…lambat-laun mesti terjebak juga kalau asyik sesak.

Antara yang jadi mangsa dalam isu ini adalah pasukan polis kita.

PBT tido tak buat keje…makin ramai terjebak dengan ah long…kes polis makin bertambah.

Dari simbah cat merah sampai kes bakar dan bunuh….last-last fail siasatan polis yang bertambah.

Apa pun…mesej yang paling penulis nak sampaikan ialah….tolonglah banteras iklan haram ah long yang berleluasa ni.

Negara kita nampak macam negara yang mana 99 peratus rakyat dia tak sekolah dan duduk dalam hutan. Tak ropa macam negara yang ada bangunan berkembar tertinggi di dunia….sana sini bertampal ikut suka hati…kalau lepa sikit…mahu puncak menara KLCC pun ditampal…”Mau pinjam luit ah?”.

Satu memburukan pemandangan…dua menjebak lebih ramai anggota masyarakat kita ke kancah kurang sihat ni.

Kerajaan tak perlu nak buat kempen juta-juta dan nak nasihat berjela-jela kalau perkara dan aspek paling penting dalam pembanterasan ceti haram ini diabaikan…

Sudah terlalu lama puak ni bermaharajalela….sampai adakalnya penulis terpikir….apa negara ni bapak diaorang punya ke, boleh main tampal ikut suka hati?

Oleh: Ak-47

1 comment:

  1. Bila undang-undang tidak tegas inilah akibatnya,seperti tiadfa undang-undang setiapi pelusuk termasuk harta kerajaan habis jadi 'pameran along' ! Undang-undang Malaysia diperlekehkan kerana tiada ketegasan dan ketelusan !

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist