.

Wednesday 24 August 2011

Kes Masuk Kristian - Apa Kata Timbalan Presiden Perkim


"Penganut Islam yang terpedaya dengan pujuk rayu Kristian yang menggunakan wang sebagai umpan untuk menukar agama tidak perlu diberi perhatian kerana mereka tidak berpegang teguh kepada iman"


"Yang harus dipersalahkan ialah individu itu sendiri. Mereka memilih jalan mudah sehingga sanggup menggadaikan agama, sedangkan banyak cara lain boleh dicari sekiranya berhadapan dengan masalah"




Begitulah pandangan Profesor Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, Timbalan Presiden Perkim. Beliau memberikan pandangannya itu di dalam Akhbar Sinar selasa 23/82011 (m.s 7).


Beliau juga mendedahkan bahawa jumlah mereka yang masuk islam di seluruh negara adalah bertambah dari tahun ke tahun. Namun angka sebenarnya tidak dapat didedahkan kerana ia adalah isu sensitif.


Perkim menjalankan berbagai aktiviti bagi berdakwah dan menarik orang ramai kepada Islam. Antaranya dengan penyampaian risalah dan penerangan. mereka juga menyediakan program bantuan kebajikan kepada para muallaf agar kebajikan mereka terjamin./WartaSubhi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist