Thursday, 8 October 2009

Kes Isteri Ditetak Suami: Ulasan Dr. Maza | Nizar News

Dr Mohd Asri Mengulas Kes Isteri Ditetak Suami

Disiarkan pada Oct 08, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

Saya dukacita membaca kes isteri yang cedera parah ditetak suami kerana meminta fasakh. Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh mengenai kes yang seumpama ini;


1. Wanita hendak teliti dan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Mendapat suami yang kurang ‘hensem’, kurang harta, kurang nama tetapi baik , atau menjadi isteri kedua kepada suami yang bertanggungjawab adalah lebih baik dan bahagia daripada mendapat suami yang samseng atau menjadi isteri kepada lelaki samseng yang kejam dan zalim.

2. Pihak mahkamah syariah hendaklah mengistiharkan secara segera kelulusan pemohanan fasakh isteri berkenaan. Beliau telah berada dalam keadaan yang amat bahaya. Sepatutnya daripada awal ketika beliau mengadu, mereka hendaklah dipisahkan. Bahkan saya mencadangkan agar pihak mahkamah syariah mengistiharkan secara terbuka kelulusan itu. Ini kerana imej mahkamah syariah yang sering dikaitkan dengan ‘tidak mesra wanita’ dengan isu-isu yang menindas mereka seperti penangguhan kes talak, tidak segera menyelesaikan kes fasakh sehingga masa depan wanita tidak menentu dan berbagai lagi. Tindakan mengistiharkan kelulusan pemisahan rumahtangga mereka itu boleh menjadi tanda adanya kesungguhan membela wanita.

3. Wanita muslimah hendaklah tahu bahawa mereka boleh memohon cerai apabila mereka rasa terancam, atau tidak dapat bahagia lagi dengan suami mereka. Ungkapan sesetengah ustaz atau penceramah “Talak menggegar Arsy Tuhan” adalah unggapan daripada hadis palsu yang tidak wajar disandarkan kepada Islam yang adil ini. Talak ialah jalan keluar terakhir kepada masalah rumah tangga. Perkahwinan bukanlah penjara kejam untuk wanita, sebaliknya ia adalah mahligai kebahgiaan. Jika ia menjadi neraka dunia, maka seseorang wanita hendaklah mengeluarkan diri darinya.

4. Wanita muslimah hendaklah tahu, bahawa dalam Islam ada pelbagai peruntukan untuk mereka melepaskan diri daripada perkahwinan, antaranya khuluk atau dipanggil oleh sesetengah orang sebagai ‘tebus talak’.

Dalam hadis, isteri Thabit bin Qais datang mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan berkata: “Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya”. Lalu RasululLah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia” (Riwayat al-Bukhari).

Maksud ‘membenci kekufuran dalam Islam’ dalam hadis ini adalah penderhakaan tersuami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman. Ada juga para ulama yang menafsir maksudnya terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami. Seorang tokoh fekah terkenal Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) berkata: “Sesungguhnya wanita apabila membenci suaminya disebabkan akhlak atau rupa paras atau agama atau usianya yang tua atau lemah atau seumpamanya dan dia takut tidak dapat menunaikan perintah Allah dalam mentaati suami, maka harus baginya untuk khulu’ (tebus talak) dengan bayaran gantian untuk dirinya.

5. Ketidakadilan yang berlaku kepada wanita muslimah dalam mana-mana zaman atau masyarakat tiada kaitan dengan ajaran Islam yang asal, tetapi lebih merujuk kepada adat, salah faham agama, kelemahan pengurusan syariah dan penyebaran ajaran Islam secara tidak tepat oleh sesetengah pihak termasuk sesetengah penceramah agama. Wanita jangan ragui keadilan Islam, rujuklah Islam yang asal lagi tulen yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.

-dr mohd asri zainul abidin, usm, 8 okt 2009.

2 comments:

  1. inilah akibat apabila undang undang Islam tidak diamalkan sepenuhnya... dimana yang ujud adalah undang undang 365... yang membuatkan mahkamah syariah sebagai 2nd class...

    ReplyDelete
  2. SUDAHLAH 2ND CLASS LAW KAKITANGAN NYA KEBANYAKAAN NYA TAK MESRA PELANGGAN. SEBAGAI PENJAWAT AWAM MENGURUS HAL EHWAL ISLAM BIARLAH TELUS SUPAYA BADAN PENJAGA AGAMA INI TETAP DIHORMATI

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)