.

Monday 5 October 2009

CHELSEA VS LIVERPOOL : Chelsea Menang | PR VS BN macamana.....| Nizar Info

LONDON: Chelsea kembali di tahta Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Liverpool 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi ini.

Selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, akhirnya penyerang antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka memecah kebuntuan Chelsea.

Ini diikuti jaringan Florent Malouda bagi memastikan Chelsea selesa di depan liga merampas daripada Manchester United.

Chelsea kini mempunyai 21 mata selepas mencatat tujuh kemenangan manakala Liverpool jatuh dari empat pasukan teratas di belakang Arsenal.

Terdahulu Arsenal membelasah Blackburn Rovers 6-2.

Manchester United kini di tangga kedua dengan 19 mata, diekori Tottenham Hotspur dengan 16 mata, manakala Arsenal dan Liverpool masing-masing 15 mata.


Berikut adalah keputusan lain perlawanan bola sepak Liga Perdana England yang berlangsung tengah malam dan awal pagi ini.

Arsenal 6, Blackburn Rovers 2

Chelsea 2, Liverpool 0

Everton 1, Stoke City 1

West Ham 2, Fulham 2

- Reuters_KLpos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist