Monday, 14 September 2009

Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?| Nizar Info

Entry drp seorang sahabat

Bismillahirahmannirahim..

Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?

Petua Rumah Tangga

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…

So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story…. So kalau isteri dok tension tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….
Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……..

Bujang Susah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)