.

Friday, 6 April 2012

Alhamdulillah!: Kini Aisyah sertai PAS

Penyanyi, Aishah berkongsi pengalamannya di Program 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak - 4 April 2012



Takbir!... Allahu Akbar

[MESTI BACA]: Hapus PTPTN dan Pendidikan Percuma; Impian atau Realiti


Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion.

YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.

Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.

Along Negara.

Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.
Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :

a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)
c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Kurangkan beban rakyat

Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.

Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.

Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni. Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :

a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?

b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS

g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang
h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion
i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta
j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ]

a] Projek Menara 100 tingkat

b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.

c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.

Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.

Bagaimana PTPTN boleh mansuh.

Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.

Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi .- Suatu Sorotan .

Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.

Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.

Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :

Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka

Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya.

Contoh pengiraan [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,
3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,
4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,
6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,
8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,
18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]

Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus. Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. - Surah al A'araaf : 96

*** Artikel ditulis oleh Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

kredit

Epilog Cinta ADUN UMNO

PKR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP 'DATUK S' DAN TYT

-sabahkini,net

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PARTI Keadilan Rakyat kelmarin membuat laporan polis terhadap seorang ADUN Sabah 'Datuk S' dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah berhubung isu kerakyatan songsang seorang warga Filipina yang diberi MyKad bernombor 670315-12-5012.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Sabah, Citra Bin Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net semalam berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis kerana berdasarkan bukti yang dinyatakan di dalam artikel Sabahkini.net bertajuk 'Gundikku PATI' yang disiarkan pada 4 April 2012.

"Kita telah mengenalpasti siapa 'Datuk S' setelah menjalankan siasatan rapi berdasarkan laporan Sabahkini.net daripada EPISOD I, EPISOD II dan yang terkini, tetapi kita tidak dapat dedahkan di media nama sebenar Datuk S, melainkan hanya untuk makluman PDRM," kata Citra yang memaklumkan tujuan mereka membuat laporan ialah untuk membanteras gejala tidak sihat, terutama isu kerakyatan songsang diambang penubuhan RCI.

Isu kerakyatan songsang, kata Citra bukanlah perkara baru di Sabah, tetapi kini menjadi 'EPILOG CINTA' seorang wakil rakyat UMNO yang telah bersubahat dan menyalahguna kuasa untuk melindungi PATI dan mendorong Kerajaan memberi kerakyatan Malaysia kepada gundiknya, PIA BINTI DAHLAN yang menggunakan Mykad berkenaan untuk memperolehi harta dan pasport antarabangsa Malaysia.

Berikut ialah isi kandungan laporan polis Citra, KNK/RPT/846/12 yang diemail kepada Sabahkini.net semalam;

"Pada lebih kurang jam 10 pagi, ketika berada di rumah saya di Kunak, saya terbaca satu artikel dalam portal SABAHKINI.NET bertajuk GUNDIKKU PATI! yang saya anggap begitu serius berhubung dengan kegiatan subversif yang dilakukan oleh seorang ADUN BN yang bernama 'Datuk S' (nama sebenar dinyatakan dalam statement kepada polis) dengan menggunakan kedudukannya sebagai Penggubal Undang-Undang dengan bersubahat memalsukan data peribadi PATI sehingga mendapat MyKad melalui jalan songsang.

"Saya datang ke Balai Polis IPD Kunak untuk membuat laporan agar PDRM menyiasat dan menangkap ADUN berkenaan di bawah Undang-Undang Jenayah.

"Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat penglibatan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Armani Mahiruddin dan Haji Dahlan Abdul Karim dalam isu kerakyatan songsang PIA BINTI DAHLAN yang menggunakan MyKad bernombor 670315-12-5012 dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Pengarah Jabatan Imigresen Sabah di bawah undang-undang jenayah kerana meluluskan permohonan pasport Antarabangsa Malaysia bernombor H16691775 kepada PIA BINTI DAHLAN sedangkan beliau sedar dan mempunyai dalam simpanannya rekod PIA BINTI DAHLAN adalah Warganegara Filipina yang masuk secara sah tetapi gagal memperbaharui Visa dan tinggal secara haram sebelum mendapat MyKad berkenaan.

"Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana 'Datuk S' memperolehi RM50,000 secara tunai bagi membayar deposit rumah PIA BINTI DAHLAN di No 19, Lorong 12, Ujana King Fisher Park, serta membeli Toyota Rush bernombor SAB599A serta membuka Salon Rambut di B 13, Tingkat 2, Centre Point, Kota Kinabalu sedangkan pendapat gaji dan elaun beliau tidak mencukupi untuk menyara kemewahan PIA BINTI DAHLAN.

MILIK....Rekod JPJ ini membuktikan Toyota Rush tersebut milik Pia Binti Dahlan, tetapi deposit dan ansuran bulannya dibayar oleh Datuk S.

"Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat 'Datuk S' dan Pengerusi Badan Berkanun Kerajaan Negeri (nama agensi disebut dalam Statement) kerana menyalahguna kuasa membenarkan 'Datuk S' tinggal di Hyyat Hotel lebih kurang sejak setahun lalu dan membayar segala bil hotel berkenaan, termasuk Pegawai Perhubungan Awamnya (nama dinyatakan dalam Statement) sedangkan beliau mempunyai rumah di Kota Kinabalu.

"Memandangkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah begitu sensitif dan kerajaan ke arah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) maka saya mendesak agar siasatan menyeluruh diadakan bagi membendung gejala yang berlanjutan sekian lama ini, terutama penglibatan penggubal undang-undang dalam kegiatan jenayah, salahgunakuasa dan rasuah."

Bosan konflik punca 69 ahli keluar Umno

Bosan dengan konflik yang tiada penghujung melanda Umno bahagian ini menyebabkan ramai pemimpin di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bagi mereka hubungan dingin Ketua Bahagian, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail tidak mampu dipulih lagi, biar pun ada kenyataan menggambarkan keadaan sebaliknya

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kedap, Abdul Rashid Daud berkata, permusuhan di peringkat bahagian belum reda kerana masing-masing mahu menjadi ketua.

Katanya, situasi itu sudah merebak ke peringkat akar umbi sehingga menyebabkan aktiviti parti tidak dapat diadakan seperti biasa.

“Pemimpin Umno Rantau Panjang tidak berkesudahan bermusuhan sesama sendiri. Sedangkan PAS nampak lebih padu perjuangan mereka.

“Sebab itulah kami merasakan tidak teragak-agak dan tiada sebab tidak mahu menyokong PAS. Perjuangannya bersandarkan agama,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai PAS beramai-ramai malam tadi.

Seramai 69 ahli dan penyokong Umno dari Cawangan Kampung Dangar dan Kampung Kedap menyerah borang menyertai PAS di majlis tersebut.

Borang berkenaan diserah Wan Zaidi Wan Hanapi kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang diadakan di rumah bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Dangar, Ismail Daud.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang.

Sebelum ini konflik yang melanda Umno Rantau Panjang mengundang campur tangan Perhubungan Umno Kelantan. Biar ada kenyataan hubungan Abdullah dan Mohd Zain sudah pulih, namun keadaan di akar umbi menggambarkan sebaliknya.

Sementara itu di Kubang Kerian difahamkan lebih 300 bekas ahli dan penyokong Umno di bahagian terbabit dijangka menyerah borang menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Sempena program itu diadakan ceramah perdana dihadiri Menteri Besar.

-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist