.

Thursday, 10 November 2011

Kes-kes Kelahiran Paling Pelik Di Dunia


Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg.


Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.


Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination).

Kembar Hitam dan Putih

Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)

Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.


Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan

Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).


Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri.





sumber

Penjelasan Jamil Khir tentang Isu "Najib Selesai Haji Lebih Awal"

[Bernama] SEPANG: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau


P/s: Kah kah kah!!! Salah tafsir atau jahil atau teruja melampau???

Kredit : DCM

RAMAINYA YANG MELUAT DENGAN KAK HAJJAH NI !!

Separuh Suka Rosmah Dan Separuh Benci Rosmah

Oleh: mohdnoorawang

Kelibat susuk tubuh montel lagi ayu bersama Pm Najib dan wajah montel insan yang bernama Rosmah Mansor sering dijadikan berita utama dan durasinya cukup panjang mengalah menteri kabinat yang lain. ITULAH ISTERI PM NAJIB RAZAK.

Hampir 95% pegawai tinggi dan rendah dijabatan menteri perdana dan jabatan yang lain MELUAT DENGAN PENAMBILAN ISTERI PM NAJIB. Sehingga adayang mengatakan KUASA PENENTU DATANG DARI ROSMAH, JIKA CERITA INI BENAR (AGAR TIDAK BENAR) MENANDAKAN NAJIB DENGAR CAKAP BININYA.

Bagi ahli politik dan wakil rakyat BN/UMNO rata rata cukup meluat dengan penambilan Rosmah Mansor, dari menteri dan wakil rakyat BN/UMNO. Mungkinwakil rakyat BN/UMNO yang lain agak bodoh buah fikir dan gerak politiknya jika dibandingkan dengan Rosmah Mansor.

Sokongan Rosmah Mansor hanya datnag dari wanita kampong dan desa. terutama masyarakat melayu. Bagi kaum lain hanya suka diluar didalam cuku meluat.

UMNO dan sokongan dari rakyat biasa dan ahli politik yang lain melebelkan Rosmah Mansor adalah punca rakyat ramai benci kepada UMNO. Malah dikatakan jika Rosmah Mansor bersikap rendah diri dan tidak tayang kemewahan, UMNO dan Najib akan gah dimata rakyat Malaysia.

Rosmah Mansor salah satu elemen yang merosakkan peribabadi PM Najib Razak. Malah wanita UMNO pun kurang senang dengan karenah Rosmah Mansor ada waktunya mengalah menteri UMNO yang bernama Sahrizat Jalil yang dikaitkan dengan projek lembunya.

Tidak hairan jika ada wakil rakyat UMNO yang dikatakan bkal keluar dari perut UMNO yang penuh dengan wang rasuah dan gejala samseng bodoh.

Sepatutnya Rosmah Mansor bini PM Najib tidak melakukan apa yang dilakukan oleh Rosmah Mansor. Mungkin PM Najib sukar kawal nafsu Rosmah yang suka belanja besar dan berlagak bagaika menteri kabinet.

Rosmah Mansor dan Najib Razak gagal menjawap dengan tepat pembelian cincin berlian RM24 juta dan bag tangan 11 biji dengan harga ratusan ribu ringgit setiap satu.

FIKIRLAH FIKIRLAH NAJIB RAZAK, UMNO SUDAH TIDAK RELEVEN DAN MCA SERTA KOMPENEN BN YANG LAIN BAKAL MENUNTUT YANG LEBIH BESAR DARI UMNO. UMNO DIIBARATKAN SINGA TIADA GIGI DAN PATAH KAKI SEBELAH. KOMPONEN BN YANG LAIN TIDAK TAKUT KEPADA UMNO.

Walaupun Najib dikatakan korbankan 400 ekor lembu (raya haji) dengan harga mencecah RM2 juta, rakyat tertanya tanya BANYAKNYA DUIT NAJIB,....IMEJ NAJIB TERCEMAR DENGAN TAHI LEMBU DAN WAJAH LEMBU./tranungkite.net


Ahmad Said nak saman blogger : Fitnah Khalwat

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.

Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.

"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.

"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.

Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.

"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya.
-Bernama-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist