.

Saturday 12 November 2011

Ramai akan sabotaj BN jika tidak dipilih jadi calon PRU ?

Jangan sabotaj parti jika tidak dipilih jadi calon PRU

12/11/2011 3:11pm

DENGKIL 12 Nov. — Anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berharap anggota parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan Perdana Menteri berhubung winnable candidate , tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.

"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa winnable candidate tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan winnable candidate,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh Barisan Nasional (BN) Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di sini hari ini. — Bernama

P/s- seperti biasa ramai yang akan "tikam belakang", maklumlah pintu duit sudah tertutup...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist