Monday, 30 December 2013

“Mana anak Rosmah dapat banyak duit beli kondo?

(Ainudin Othman)
PETALING JAYA 30 DIS: Anak Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kepada umum sumber kewangannya sehingga boleh membeli unit kondominium USD33.5 juta (RM110 juta) di New York seperti dilaporkan portal Sarawak Report.

“Berdasarkan gaji beliau yang bekerja dengan KPMG dan HSBC London selama lapan tahun, memang tidak logik beliau mampu beli kondo semahal itu.

“Kecuali gajinya mencecah berjuta-juta ringgit sebulan, baru dia mampu membeli kondo tersebut menggunakan duitnya.

“Saya jangkakan jumlah yang beliau boleh simpan dalam setahun berdasarkan gaji beliau selepas ditolak perbelanjaan adalah sebanyak RM 150 000 sahaja,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat KEADILAN.

Kata Rafizi, Riza juga perlu menjelaskan penglibatan beliau dalam bidang pelaburan perfileman di Hollywood dengan jumlah yang besar.

“Beliau menceburi bidang pelaburan perfileman menggunakan wang pelabur dari Asia dan Timur Tengah.
“Jadi, kita nak tahu siapa pelabur dalam syarikatnya yang mempunyai wang sebanyak itu dan bermurah hati memberinya wang membeli kondo tersebut.

“Mengikut laporan yang kita baca dalam Sarawak Report dan lain-lain, cara beliau melabur tidak secara konvesional iaitu memerlukan sokongan bank, jaminan dan lain-lain,” ujarnya.

Tambah Rafizi, beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan ada laporan yang mengaitkan penglibatan syarikat tersebut dalam isu ini.

“Saya akan dapatkan penjelasan. Walaupun berdasarkan pengalaman saya, amat sukar untuk memperoleh jawapan daripada pihak 1MDB,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57850
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)