.

Saturday, 3 March 2012

5 'Ratu Putar Alam' Di Buru


[HM] IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.

Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.

Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta./DCM

ORANG BN YANG SEMAKIN SAMSENG


Ooi, you can't talk your way out of this
YOURSAY 'There is always a platform for your type of grievances and certainly the CSL/LGE debate is not one of them.'

Jessie Ooi defends poser to Guan Eng


your sayCapricorn: Dear Jessie Ooi, it takes courage to admit mistakes and ask for forgiveness, and most folks would likely be receptive to your gesture if they sensed sincerity and humbleness.

However, you missed the opportunity to make things right. As a fellow Malaysian and a Chinese, I was ashamed of your conduct and mannerism while watching the debate.

I was equally disturbed and hugely disappointed with the behaviour of the other participants who posed questions; most were uncouth and lacking grace - uncommon traits among Malaysians of all races.

My children were both confused and amused with the commotion that was being telecast live - I had to interrupt and ensure they understood that was not the right way to behave.

I will show them the admirable behaviour of the students during the Khairy Jamaluddin/Rafizi Ramli debate in London, to help my children understand that civility is respected and appreciated.

I have asked my family to forgive the transgressions of Jessie and company, with the hope they will learn.

Ruben: You are the Selangor MCA Beliawanis chief and you claim that your question was misinterpreted. Jessie, I think you better resign from your post because a lot of people would have thought that you were definitely ‘kurang ajar' plus very far from being eloquent.

HYL: First of all, when you put questions to speakers at seminars, think and phrase your words carefully. Then talk calmly. These are fundamentals and basic rules that we are taught on making speeches and addressing the public.

When you speak in anger and get so worked up, you're talking incoherently and nonsense comes out from your mouth. It shows that you have a very disorganised mind.

Anonymous_3f7d: Holy cow! The law is the law and if you would like to be considered as part of a civilised society, you would just abide by the law, which is enforced to ensure law and order and civic consciousness in our society.

I remember more than 16 years ago when I was studying and working in the UK, you just have to go pay a 20-pound fine to have the traffic wardens unclamp your car if you've been found to exceed the parking time allocated.

So, in instances like that do you go and shout yourself hoarse, Jessie Ooi? Nobody does that because everybody knew that was the law and you just have to abide by it.
Lynn: If you are really interested to fight for a better Malaysia, you will ensure the rule of law to be consistently implemented and not indiscriminately practiced as and when deemed suitable, subject to the whims and fancies of politicians.

When the rules are consistently practiced, people know and appreciate that the law is applicable to everyone, even BN politicians. That's the problem plaguing this country now where BN politicians get away with everything.

Don't try to talk your way out of this. You came across as an opportunitist, and frankly a really stupid one. Don't try as you'll do more harm than good.

Changeagent: Thanks for the explanation, Jessie Ooi. Next time you mention that you're 'half a Penangite', we'll remember that you're actually not referring to Penang.

Joker: Misinterpreted by the media and public, so says Ms Tow Truck. Short-time limit, she laments. Your whole 'speech' was televised live, for goodness sake.

Is it a given that all MCA leaders are idiots and think all Malaysians are fools like them? How long would it take you to insert in 'Selangor assessment rates' in your ranting that night?

If you have spoken clearly instead of shouting yourself hoarse, you could have framed your question properly.

One more thing Ms Tow Truck, breaking the law means breaking the law. Illegally parking your car means your car is liable to be towed regardless if your car is blocking the traffic or not.

Does that mean I'm guiltless if I overspeed, run the red light and make illegal U-turns as long as I don't block or crash into anyone? Is it okay if Chua Soi Lek has another affair so long as he is not caught and the woman is participating in it willingly?

Anonymous: My daughter asked me why that ‘chaychay' (sister) was so angry? It was very rude to point fingers and shouting at someone, my daughter said.

She is only five years old. I am indeed very proud of my daughter. Shame on you, Jessie!

1M: About the assessment, I don't think you were referring to Selangor. You were actually making the assumption that Penang also raised the assessment since Selangor did it, without checking it out.

You bombarded LGE, thinking it could give you instant fame like that lady (Ceylyn Tay) from Gerakan.

And about the towing incident in Penang, I believe you were there since you said you were an eyewitness. I can't help thinking, why didn't you question the enforcement officers on the spot the way you did with LGE?

You were so fierce, I'm sure the enforcement officers would not dare touch those cars. You said in your recent statement, "I say what I must, I do what I must" - have you said anything to Ibrahim Ali so far?

Justice Pao: Ibrahim Ali will scream, "Shit, shit, shit!"

ULASAN

Demikianlah tabiat buruk terbaru yang dipegang oleh anggota parti-parti komponen BN. Tak kira UMNO/APCO, MCA, MIC, dan lain-lain. Kalau yang Cinanya cakap terpekik terlolong macam murai tercabut ekor, yang Melayunya pula bukan sahaja mengugut dan menggunakan bahasa kesat bernada perkauman malahan juga merosakkan barangan dan kenderaan. Mengapa pemimpin mengajar anak buah mereka menjadi biadab dan tidak bertamadun? Inikah warga 1 Malaysia yang Najib laung-laungkan?

Rakyat tidak perlu mempedulikan manusia-manusia yang kurang ajar ini. Kita ajar pemimpin mereka di peti undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti. Suara Rakyat Suara Keramat. Lawan Tetap Lawan. Kita hanguskan UMNO/APCO-BN yang tunjuk samseng itu!!! /tinta mutiara

'IBLIS' PERNAH ISLAMKAN UMNO?

PERCAYAKAH anda bahawa Umno pernah memelihara `Iblis'? Dan, paling ajaib `Iblis' ini wujud di dalam Umno hanya untuk memperbertulkan Umno agar kelihatan lebih Islamik walaupun tidak boleh disamakan dengan PAS yang darah dagingnya adalah Islam.

Aku masih ingat, sebelum `Iblis' ini masuk gerombolan Umno, Umno tiada banyak bezanya dengan MCA dan MIC cuma Umno untuk Melayu, itu sahaja. Aspek agama Islam, bagaimana MCA dan MIC memandang Islam, begitulah otak-otak pemimpin Umno melihat Islam. Hukum Islam pada mereka hanya berkisar soal haid, nifas dan nikah kahwin. Sebab itu tidak pelik satu makhluk tua yang pernah menjadi pemimpin Umno dan pemimpin negara sehingga kini lidahnya fasih menghina hukum Allah. Itu berkat terlalu lama berada di dalam parti yang wujud hasil dari kerja penjajah.



Umno hanya boleh dipuji sedikit (jika mahu puji) adalah sewaktu `Iblis' ini diimport menjadi ahli Umno. Beliau tidak mengambil masa terlalu lama untuk naik menjadi pemimpin di dalam Umno dan kesemua jawatan di dalam Umno beliau tidak pernah naik hasil dari telunjuk pemimpin lain, ertikata naik dengan pengaruh orang lain. Pak Lah naik jadi Presiden Umno dan PM kerana telunjuk orang tua yang rosak akidah bernama Mahathir Kutty. Kemudian Najib juga naik kerana telunjuk Pak Lah. Jawatan utama di dalam Umno mereka `faraid' sesama mereka, manakala yang di bawah menjadi `berok Pak Yeh'.

Mungkin Islam lebih baik di bawah tok aji ini?

Manusia yang dianggap seperti `Iblis' oleh Nazri Aziz ini bernama Anwar Ibrahim dan beliau naik di dalam Umno adalah kerana kekuatan pengaruhnya. Beliau bertanding Ketua Pemuda Umno menewaskan tokoh hebat bernama Suhaimi Kamarudin. Bukan seperti Najib yang menang bertanding Ketua Pemuda Umno adalah kerana sokongan dan pengaruh dari Anwar Ibrahim juga waktu itu. Begitu juga, hebatnya Ketua Wanita Umno waktu itu bernama Rafidah Aziz, beliau tumbang di tangan Siti Zaharah Sulaiman kerana Siti Zaharah disokong kuat oleh Anwar Ibrahim. Bahkan, orang tua rosak akidah bernama Mahathir Kutty berjaya menang tipis ke atas Ku Li di dalam perebutan Presiden Umno juga adalah kerana kekuatan pengaruh Anwar berada bersamanya ditambah pula dengan tipu daya mamak bendahara itu.

Tangisan buaya, rakyat terpedaya...

Anwar berjaya `mengislamisasikan' Umno walaupun ketika itu beliau bermula hanya dengan jawatan Menteri biasa sehinggalah ke jawatan nombor dua tertinggi iaitu Timbalan Perdana Menteri di mana kerja-kerja dan program berbentuk Islamik diteruskan oleh Anwar di dalam kerajaan. Pada ketika itulah imej Umno berada di tahap tertinggi, manakala PAS agak sukar untuk berdepan dengan Umno kerana kerja-kerja Islamik yang dilakukan oleh Anwar di dalam Umno sedikit menyukarkan PAS untuk berkempen. Benar, sepertikata Almarhum Us Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu bahawa konsep Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diperkenalkan oleh Anwar di dalam kerajaan hanyalah sekadar tempelan seumpama wanita memakai gincu di bibir, namun bagi Melayu ketika itu Anwar Ibrahim sedang cuba untuk memperbaiki Umno.

Jangan pelik kalau bapak dia hina hukum Hudud....

Universiti Islam, Bank Islam, Takaful dan beberapa sistem kewangan berunsurkan Islam diperkenalkan di dalam kerajaan adalah dari idea Anwar Ibrahim. Sistem pendidikan yang menekankan moral dan akhlak, pelajar lelaki memakai seluar panjang, pelajar perempuan pula berbaju kurung dan bertudung adalah hasil dari Anwar sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran. Kakitangan pejabat kerajaan ditetapkan seminggu sekali mengadakan majlis tazkirah di jabatan masing-masing juga adalah di antara program yang dibentuk oleh Anwar. Beliau juga tampil mendahului sejarah pemimpin utama di dalam Umno yang mampu menjadi Imam Solat dan membaca Khutbah kemudiannya baru lah Pak Lah sewaktu Pak Lah menjadi PM. Sejarah Umno tidak pernah mencatatkan Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, jauh sekali Mahathir Kutty kerana Mahathir adalah tokoh utama di dalam sejarah Umno yang paling kuat menentang hukum Allah sehingga kini.

`Kasih Sayang 1 Malaysia"
Namun, oleh kerana sejak azali lagi Umno memang dilahirkan bukan untuk perjuangan Islam, maka kemasukan Anwar ke dalam Umno tidak menjadikan Umno itu Islam. Walaupun beberapa usaha Anwar untuk memperbaiki Umno agar lebih Islamik disokong kuat oleh ahli-ahli Umno di akar umbi, tetapi Umno hakikatnya amat anti kepada tokoh Islamik. Siapa tokoh Islamik yang boleh berjaya di dalam Umno? Us Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS memasuki Umno hanya layak menjadi tukang baca doa makan. Begitu juga bekas Imam Masjid Negara, us Firdaus yang sekarang mungkin kembali menjadi Imam kampong. Jamil Khir pula sibuk mendirikan mahligainya di samping belasah duit zakat.

Ahli-ahli Umno dan Bn pun naik meluat dengan perangai pemimpin mereka

Akhirnya Anwar menerima kifarah' apabila dipecat dari Umno dan kerajaan. Bahkan, beliau difitnah dan dizalimi oleh puak-puak yang tidak mahu Islam itu berkembang. Hikmahnya, Anwar Ibrahim seorang tokoh Islam kini boleh mengenali siapa Umno sebenarnya. Beliau sedar beliau telah tersasar sewaktu memilih Umno dahulu, justeru itu beliau kini berusaha sedaya upaya untuk menebus kembali kesilapannya yang lalu.

Kini, Anwar bersama kita. Tidak hairanlah sekarang ini Umno cuba untuk mengungkit kembali sejarah lampau Anwar ketika berada di pihak Jahiliyyah dahulu. Kita tidak lagi memandang sejarah lampau Anwar, kerana Khalifah Islam bernama Omar Al-Khatab yang dijanjikan Syurga oleh Nabi itu juga lebih hebat sejarah lampaunya dari Anwar. Allah memandang manusia di akhir usianya, bukan di awal usianya. Apatah lagi Nazri Aziz yang menggelar Anwar seumpama `Iblis', apakah jasa Nazri Aziz terhadap Islam? Lihat sahaja akhlak keluarga beliau kita akan tahu sikap Nazri Aziz dan Mahathir terhadap Islam tidak banyak bezanya./wfauzdin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist