.

Wednesday, 29 February 2012

GEMPAR! : Nenek ‘Kembali’ Hidup Keluar Dari Keranda


CHINA – Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.

Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.

Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.

Ekoran dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.

Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.

“Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba.

Ketika tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.

“Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar,” katanya.

Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama enam hari.

Oleh: NAIMAH SHAARI/mynewshub

“Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh,....."


“Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng" kata ahli UMNO dan PERKASA



Hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah menubuhkan Sudut Pidato di Padang Kota Lama bukan sahaja untuk membenarkan kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara.


Sudut Pidato mendukung semangat “Pendapat anda mungkin berbeza dengan saya, tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk menyuarakannya.” Sudut Pidato adalah untuk kegunaan umum untuk menyuarakan pendapat tanpa ancaman atau ketakutan. Untuk sebab ini, Kerajaan Negeri jarang menganjurkan acara di Sudut Pidato.

Pada 26 Februari 2012, saya telah sampai pada pukul 6.30pm di Padang Kota Lama untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0, acara yang dianjurkan NGO Pulau Pinang Suaram untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan.



Sebelum ketibaan saya, Ahli Exco kanan Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang sudah sampai pada pukul 6pm telah memberitahu saya bahawa perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

YB Chow berkata bahawa seramai 1,000 orang hadir untuk membantah Lynas berbanding dengan 100 orang ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang menyokong Lynas. Beliau memberitahu saya bahawa ahli-ahli UMNO dan Perkasa sedang bertindak ganas.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menggunakan taktik keras seperti menolak dan mengasak untuk memaksa golongan anti-Lynas untuk beredar meninggalkan padang. Mujur, golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap keganasan ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka hanya duduk atas padang dan enggan beredar seperti yang diarahkan oleh UMNO dan Perkasa.

Saya telah memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke acara Himpunan Hijau 2.0 dan telah sampai pada pukul 6.30pm dalam kereta rasmi PG1.



Setibanya saya di situ, saya telah menjadi sasaran tingkah laku ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri”.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “you jaga”. Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.

Tingkah laku yang ganas ini tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia. Saya tidak faham kenapa mereka taksub sangat untuk menyokong Lynas yang merupakan syarikat Australia. Mereka mempunyai hak untuk menyokong Lynas tetapi ahli-ahli UMNO dan Perkasa tidak boleh menafikan hak orang lain untuk membantah Lynas.



Kemudian, saya telah menaiki pentas untuk memberi ucapan bersama YB Chow. Ucapan saya yang membantah Lynas telah diganggu berulang kali oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang berada kurang satu meter daripada saya.

Dalam ucapan saya, saya telah menekankan bahawa pembantahan terhadap loji Lynas bukan bersifat perkauman tetapi merupakan isu persekitaraan yang menjejaskan semua orang tidak kira agama atau bangsa. Pemprosesan nadir bumi mempunyai kesan radioaktif. Keseriusan kesan-kesan ini terserlah apabila Lynas sendiri tidak boleh mendapat kelulusan daripada Kerajaan Australia untuk membina loji itu di Australia.

Jika loji Lynas meletup, semua orang akan menderita – orang Cina akan menderita, orang Melayu akan menderita, orang India akan menderita, orang Kadazan akan menderita, orang Iban akan menderita. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan daripada kesihatan.

Selepas ucapan saya, saya telah turun dari pentas untuk berjumpa golongan anti-Lynas. Terdapat banyak asakan dan tolak menolak yang berlaku, dengan bahasa kasar dan carutan perkauman serta ancaman ganas terhadap saya dan aksi menunjukkan penumbuk oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.





Saya tidak menyaksikan serangan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun.

Namun demikian, saya terhutang budi kepada Chew yang diserang ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa kerana beliau telah menghalang mereka daripada menyerang saya. Lee terpaksa menerima 8 jahitan atas jarinya serta lebam di kepalanya. Saya percaya lebih ramai telah dipukul oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

Ini bukan kali pertama wartawan dicederakan oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang ganas. Dalam sebuah demonstrasi haram pada bulan Julai tahun lepas, dua orang wartawan telah dicederakan dalam demonstrasi yang dihadiri Senator UMNO Ezam Mohd Nor. Sampai sekarang, tiada tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang telah menyerang dua orang wartawan itu.



Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah meneruskan tindakan ganas terhadap saya dan telah mendekati hampir 1 meter daripada saya semasa saya memasuki kereta. Selepas saya memasuki kereta rasmi, mereka terus memukul kereta saya, meludah ke atasnya dan tidak membenarkan kereta saya untuk berlepas.

Sungguhpun begitu, orang ramai daripada golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap tindakan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.



Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa walaupun sudah 2 hari selepas kejadian tersebut. Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Dato’ Seri Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa, BN pula ingin menyalahkan saya.

Adalah jelas bahawa kecederaan wartawan-wartawan tersebut tidak mencukupi untuk UMNO dan Gerakan untuk membezakan siapa penjahat dan siapa mangsa. Saya percaya bahawa komen-komen yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Gerakan adalah bertujuan untuk mewajarkan tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang tidak boleh dimaafkan.

Apabila UMNO dan Gerakan tidak mahu mengutuk tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan yang meliputi acara tersebut, keselamatan peribadi saya tidak dijamin.

Seperti dua orang wartawan tersebut, jika saya diserang secara ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa, memang sayalah yang akan disalahkan sementara penyerang daripada UMNO dan Perkasa akan menjadi mangsa.

Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan Perkasa harus bertanggungjawab penuh.

Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.


Lim Guan Eng


*Laporan Polis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 28.2.2012*

ULASAN
Nampak gayanya pemimpin UMNO/APCO dan PERKASA tidak berupaya lagi mengawal kebiadapan ahli-ahli mereka. Kemungkinan yang kedua, mereka sengaja hendak memerangkap ahli-ahli Pakatan supaya bergaduh. Dengan itu mudahlah mereka buat dakwaan Pakatan yang ganas. Tidak semudah itu untuk menjayakannya. Rakyat Malaysia yang matang tidak akan mampu dilaga-lagakan oleh orang yang tak cerdik dalam UMNO/APCO dan PERKASA yang dapat idea dari Yahudi tu. Apa-apa pun Pakatan mesti pertahankan ketamadunan manusia Malaysia. Kita kena pertahankan kebijaksanaan sepanjang masa!!!

kredit: tinta mutiara

Guru besar kena gomol sebab tegur kelas bising

GEORGETOWN - Gara-gara tidak boleh menerima teguran, guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Air Itam, dipercayai bertindak mencederakan guru besar di tangan dan belakang kepala.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ia dikatakan berpunca selepas guru besar yang melalui sebuah kelas terdengar bunyi bising sebelum menegur guru kelas berkenaan.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka sebelum guru besar cuba merakam suasana dalam kelas itu menggunakan telefon bimbitnya.

Ketika itu, guru kelas berang dan menggomol guru besar sambil diperhatikan murid termasuk darii kelas terbabit. Mereka hanya mampu melihat aksi kedua-dua guru berkenaan.

Suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu setelah kedua-dua tangan dan belakang kepala guru besar cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. Guru terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan," katanya.

-sumber


Ini pulak petikan dari ekeleh

Pendidikan di negara kita penuh ceria. Ceria dengan pelbagai cerita. Kini, menurut Bernama, kita dihidangkan dengan berita guru besar cedera diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama. Terkini, ia berlaku di sebuah sekolah rendah di Air Hitam, Pulau Pinang.

Semuanya kerana rakaman telefon bimbit. Ceritanya bermula apabila guru besar lelaki berusia 48 tahun meronda pada pukul 8.30 pagi. Apabila sampai di kelas guru tersebut, kelas dalam keadaan bising. Guru besar merakam video menggunakan telefon bimbitnya.

Ia tidak disenangi guru berkenaan dan mengekori guru besar. Apabila berada di tangga antara tingkat satu dan dua guru besar ‘didebik’ guru berkenaan, berlaku pergelutan dan dileraikan petugas lain di sekolah.

Dua-dua cedera dan dua-dua dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Sepatutnya guru tersebut ‘mendebik’ guru besar biar setengah mati. Alang-alang menyeluk pekasam…. Apa prosedurnya menggunakan telefon bimbit merakam guru dan kelas bising. Ini mungkin atau sememangnya guru besar yang banyak karenah dan onarnya. Guru lelaki berkenaan mendapat peluang ‘baik’, makanya…. silap dia pun cedera juga. Mungkin juga guru lelaki terbabit ‘mental’ dengan masalah dan dunia pendidikan hari ini.

Apa pun masing-masing dah mempunyai kenangan yang sukar dilupakan dalam dunia pendidikan negara kita. Nanti bolehlah bercerita kepada cucu tentang penjuangannya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist