Thursday, 27 December 2012

Sambutan poskad ‘Tanya Rosmah’ hangat

KUALA LUMPUR 26 Dis: Poskad ‘Tanya Rosmah’ kini diterjemah ke dalam Bahasa Mandarin dan akan diedar ke seluruh negara, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

“Sambutan kempen poskad sehingga sekarang sangat menggalakkan. Orang ramai bukan sahaja tanda tangan dengan nama sendiri atas poskad. Malah mereka faham dengan isu dari tiga soalan yang ditanyakan, dan mereka menambah sendiri soalan untuk dijawab Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

“Ketika edaran dibuat, ramai yang tahu tentang kempen AMK ini. Mereka ketawa dengan cara kreatif ini,” kata Khai Loon kepada Keadilan Daily.


Tambahnya, beliau bersama AMK Pulau Pinang turut berkempen dan mengedarkan poskad tersebut di atas Bukit Mertajam, dekat Cheruk To’ Kun sambil membawa replika poskad, Ahad lalu.

“Ia juga peluang kita berjumpa masyarakat sambil mengedar risalah ’100 Hari Janji Pakatan Rakyat’ dan mengajak orang ramai turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari depan,” katanya.

Dalam pada itu, Khai Loon memberitahu, setiap AMK Cabang dan Negeri telah dihantar kit maklumat kempen edaran poskad ‘Tanya Rosmah’.

“Sekarang yang ada ialah dalam Bahasa Melayu dan Mandarin. Tak salah sekiranya mahu diterjemah ke dalam Bahasa Tamil dan Inggeris pula,” kata Khai Loon.

Kempen edaran 50,000 poskad kempen ‘Tanya Rosmah’ dilancarkan pada ‘Jelajah Merdeka Rakyat, Suara Anak Muda’ di Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama 21 Disember lalu.

Tiga soalan ditujukan kepada Rosmah iaitu; sumpah Najib mengenai perkenalannya dengan Altantuya, peranan Deepak dalam pemalsuan perakuan sumpah PI Bala dan sebab mengapa Rosmah masih berdiam diri

-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)