.

Saturday 3 October 2009

PR VS BN di Bagan Pinang | Nizar VS Zambry


(Gambar:Perarakan calon Pakatan yang dipimpin oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

Oleh Dzulfikar Mashoor & Hazayani

TELOK KEMANG, 3 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dua calon bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, iaitu dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) selepas menerima hanya borang pencalonan kedua-dua calon tersebut

Walaupun calon bebas dikatakan akan menyertainya namun borang pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pakatan mencalonkan Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar manakala BN mencalonkan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon.

SPR telah memaklumkan, kertas pencalonan calon bebas yang merupakan AJK Bahagian PKR di situ ditolak kerana pencadangnya bukan pengundi kawasan itu.

Sehingga tempoh bantahan tamat, hanya dua borang pencalonan sahaja yang dipamerkan iaitu borang dari calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Dua bantahan diterima terhadap kertas pencalonan namun kedua-duanya ditolak SPR.

Isa menyerahkan borang jam 9.01 pagi manakala Zulkefly pada jam 9.06.
Pernamaan calon diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Segelintir Pemuda Umno yang sudah sampai di gigi bukit yang menempatkan pejabat MPPD memulakan perang mulut dengan segelintir penyokong Pakatan yang masih belum bergerak menuju ke dewan penamaan itu.

Mereka juga melaungkan 'hidup Isa', 'Isa pembela rakyat', 'Pertahankan hak Melayu, Kembalikan Isa ke Negeri Sembilan'.

Di pihak Pakatan Pula, kedengaran laungan 'rasuah...rasuah...', 'reformasi' sebagai respon balas balas kepada sorakan Umno BN._Selanjutnya KLIK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist