.

Friday 2 October 2009

Pakatan Rakyat jangan leka: Bagan Pinang | Nizar News

Oleh Aiman Amir, Port Dickson

Walaupun banyak isu yang boleh PR main dan putarkan semasa kempen di Bagan Pinang, namun harus diingat bahawa di Bagan Pinang persekitarannya berbeza dengan Manik Urai, Permatang Pasir, Bukit Gantang serta lain-lain PRK sebelum ini.

Bagan Pinang sangat unik, terutamanya dengan kehadiran undi pos yang hampir 30 peratus dari jumlah pengundi berdaftar. PR tidak boleh bernostalgia dengan kemenangan peti undi pos pada PRU yang lepas-lepas.

Demi kemenangan di Bagan Pinang Najib-UBN akan melakukan tekanan ke atas TENTERA yang berada di kawasan Bagan Pinang, dengar khabar mereka telah diberi amaran jika membuat undi rosak atau mengundi calon selain Umno-BN maka tindakan tatatertib akan diambil ke atas mereka.

Bermakna mereka telah di ugut sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab�apa tindakan PR dalam situasi ini?

PR jangan mudah leka dan terlena dengan kemenangan PRK yang lepas-lepas, perlu realistik�.selain isu tempatan, PR juga harus menjelaskan isu nasiaonal kepada rakyat, kebajikan mereka�tentang kenaikan harga minyak di pasaran baru-baru ini,kenaikan harga barang yang mendadak,isu PKFZ, isu PPSMI yang ditangguhkan penamatannya, BI dalam sains dan matematik tidak akan dihapuskan.

Percayalah kata saya, pemimpin Umno serta masalah integriti calon Umno di Bagan Pinang harus dimanipulasi seoptimum mungkin.

kempen biar berhemah,rakyat sudah celik politik, kemenangan mungkin sudah di tangan.

Cuma tinggal lagi untuk di genggam. Selamat Mengundi buat rakyat Bagan Pinang._ HarakahDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist